Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club Brand

Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club | Sebut sahaja perihal awet muda,pastinya masing-masing tak senang duduk.Mula mencari cermin untuk ‘menilik’ satu persatu kedutan di muka.Dengan keadaan pemanasan global yang tidak terkawal membuatkan muka mudah naik jeragat,berkedut dan kusam.Gaya hidup yang tidak menentu juga tidak membantu kulit kita untuk kekal awet muda.Minggu lepas saya berkesempatan untuk sembang santai dengan pengasas DIVA Club Brand iaitu Datin Arnoorzz dan beliau sempat ‘pecahkan’ beberapa rahsia beliau untuk sentiasa kelihatan awet muda.

IMG 20140630 WA0007 Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club Brand

Ar-Noorzz 45 tahun masih kekal sihat dan awet muda.

Elak Minuman Berkafein Dan Air Manis

Tips awet muda pertama yang dikongsikan oleh Datin Ar-Noorzz ialah elakkan minuman berkafein.Kandungan kafein yang tinggi dalam minuman membuatkan proses metabolisma kita menjadi lemah serta mengganggu pertumbuhan badan yang sihat.Selain itu minuman berkafein dan berwarna juga menjadi punca gigi menjadi kuning.Elakkan juga minuman manis.

IMG 20140630 WA0006 Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club Brand

Bersama anak bongsu,Puteri 14 tahun

Banyakkan Minum Air Suam

Kalau bab minum air suam,saya yakin ramai yang susah nak konsisten.Jangan terkejut sebab ada juga orang yang tak pernah minum air suam sepanjang  hidupnya.Banyakkan minum air suam dalam kehidupan seharian kita kerana terlalu banyak khasiatnya yang tersembunyi.Biasakan diri membawa sebotol air suam bersama kita setiap kali berada di luar.

Rajinkan Diri Dengan Berzumba

Zumba merupakan aktiviti senaman yang semakin popular hari ini.Ramai yang sudah ‘terjebak’ dengannya dan ianya ternyata memberi kesan yang positif dalam hidup .Amalkan zumba style dua (2) seminggu untuk gaya hidup yang lebih sihat.Datin Ar-Noorzz juga seringkali disangka sebagai kakak tatkala berjalan dengan anak lelaki sulungnya yang berusia 19 tahun.

IMG 20140630 WA0005 Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club Brand

Datin Ar-Noorzz ketika bercuti di Milan 8 tahun dahulu

Senaman Pernafasan Dan Teknik Stretching

Saya sendiri kagum dengan Datin Ar-Noorzz yang rajin bersenam termasuklah senaman pernafasan dan teknik stretching yang sentiasa dilakukan oleh beliau.Senaman pernafasan dan teknik strecthing turut membantu kita untuk kelihatan awet muda dan sihat.

IMG 20140630 WA0004 Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club Brand

Imej Terbaru semasa sesi penggambaran pelancaran produk Bionic Booster DNA

Disiplin Dalam Pemakanan

Tak semua orang mampu berdisplin dalam soal pemakanan.Tetapi dalam usaha untuk kelihatan awet muda,disiplin dalam soal pemakanan perlu di pandang serius.Elakkan makanan berminyak,makanan segera dan makanan yang tercemar.Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran hijau untuk kulit yang lebih sihat.Kalau boleh,banyakkan makan di rumah kerana itu pilihan yang terbaik.

Banyakkan Makan Ulam-Ulaman

Banyakkan makan ulam-ulaman dalam pemakanan seharian kita.Khasiat yang terdapat pada ulam-ulaman ini terlalu banyak.Antara ulam-ulaman yang digalakkan oleh Datin Ar-Noorzz ialah pucuk ulam raja,timun,daun gajus,kacang botol dan salad.

IMG 20140630 WA0003 Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club Brand

Datin Ar-Noorzz bersama puteri tunggalnya yang mewarisi kecantikan asli darinya

Penggunaan Minyak Zaitun Dalam Masakan

Biasakan diri menggunakan minyak Zaitun dalam masakan seharian kita.Minyak Zaitun mempunyai banyak khasiatnya yang tersembunyi antaranya awet muda,jerawat,parut,sakit sendi,kardiovaskular dan juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.Ini antara tips yang di amalkan oleh Datin Ar-Noorzz.

Tidur Yang Cukup

Biarpun sudah memiliki 3 cahaya mata,2 lelaki dan 1 perempuan,Datin Ar-Noorzz masih mampu berdisiplin dengan waktu tidurnya.Tidur yang cukup memastikan badan kita bertenaga penuh pada keesokan harinya.Datin Ar-Noorzz cukup berdisiplin dengan waktu tidurnya.Baginya kerja yang berlebihan tanpa tenaga yang mencukupi tidak membawa makna apa-apa memandangkan kita memaksa badan kita bekerja keras.Badan juga perlukan waktu untuk ‘cas’ baterinya.

IMG 20140707 WA0004 Tips Awet Muda Pengasas DIVA Club Brand

Menghabiskan masa 2 minggu berpuasa di Korea tahun ini atas urusan perniagaan bersama keluarga tercinta

Antara tips di atas,kalau dapat konsisten dengan salah satu darinya,InsyaAllah misi untuk kekal awet muda akan berjaya.Apa yang penting bertindak dahulu.Ilmu dah dikongsi,Langkah seterusnya ialah tindakan dari diri kita sendiri.Tapi sebenarnya ada satu lagi ‘rahsia’ yang di amalkan oleh Datin Ar-Noozz yang membantu beliau kelihatan awet muda.Tunggu artikel saya yang seterusnya untuk mengetahui rahsia tersebut.

Maklumat lanjut mengenai DIVA CLUB BRAND:

Website:www.divaclub.com
Fanpage:Diva Club Brand
Twitter:@divaclubbrand
Email:[email protected]
Hotline:012-999 1151 (Kuala Lumpur)/ 012-999 1161 (Kedah)/012-999 1171 (Johor)/012-999 1181 (Kelantan)

Selamat Mencuba!