Home Blog Page 198

Hanya Allah yang mampu membalasnya Umi….

0

Salam Ramadhan Puteri ucapkan pada yang menjengah blog ini tika ini…
Moga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna bg diri kita..

Apa yang ingin Puteri kongsikan disini ialah mengenai sebuah kisah benar yang Puteri baru sahaja selesai membaca kesemua 6 bahagiannya.

Ianya mengenai seorang ibu yang benar2 ikhlas,sabar,tawadhuk,tabah dan reda dengan segala ujian yang diberikan kepadanya..

Bila Puteri mula2 membaca tajuk kisah itu,dalam bayangan kepala Puteri cerita ini mesti membosankan.Tapi sangkaan itu ternyata salah..!
Air mata saya mula menitis tanpa disedari sebaik membaca perenggan kedua kisah itu..

Saya teruskan pembacaan saya sehingga ke part 3.Tapi sampai ke part 3,saya tidak mampu meneruskan pembacaan saya lagi..Hati saya menjadi amat sebak.Air mata saya mengalir begitu deras.Saya terbaring di katil saya sambil membayangkan wajah umi saya.Saya tidak mampu meneruskan lagi pembacaan saya sebab saya tak leh kawal diri saya dah..Saya terus masuk tidur dan mula pejam mata perlahan2 sambil bayangan wajah umi di minda saya..

Keesokan harinya di dalam kelas ,saya teringat tentang adik Iqbal.Hati saya mula menjadi sebak kembali.Tapi saya sorokkan kesedihan itu bimbang takut saya xmampu mengawal air mata saya nanti..

Baliknya dari kelas,saya terus landing di atas katil kesayangan dan mula on9 dan sasaran saya adalah blog yang saya baca mengenai adik Iqbal semalam.

Saya sambung pembacaan saya semalam.Sekali lagi..!Air mata saya mengalir lagi..!Ya Allah,Yang Maha Kaya..!

Akhirnya saya telah habiskan kesemua kisah2 adik Iqbal itu.Alhamdulillah..Banyak yang saya dapat hari ni melalui kisah adik Iqbal tuh..

Ibu adik itu bagi saya seorang yg sgt3 tabah..!Saya terfikir sejenak tentang umi saya.,,Tentang diri saya..
Telah banyak yang umi saya lakukan untuk diri saya ..Air mata ini tak henti2 mengalir membasahi pipi saya..:'(

Umi telah banyak berkorban masa,wang ringgit untuk saya..Tapi apa balasan yang telah saya beri untuk Umi??

Umi bagi saya seorang amat kental jiwanya,tabah hatinya..Sabar dalam mendidik anak2nya.Tidak pernah pun umi mengeluh letih dalam memberikan kasih sayang kepada kami ,anak2nya.

Malah umi sentiasa melemparkan senyuman meskipun dirinya penat mencari rezeki.Saya tak tahu adakah saya mampu menjadi setabah umi kelak saya berumah tangga nanti..

Jiwa seorang Ibu begitu signifikan..Sehinggakan saya tidak mampu menyelami apa sebenarnya yang berada di fikiran umi tatkala melihat kami berada di depan matanya..

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri saya sekiranya umi pergi sebelum sempat saya membalas kebaikan dan kasih sayang umi.

 gh

Saya rasa tidak perlulah saya menulis panjang tetapi tidak ber ‘isi’.Jadi saya harap pembaca sekalian dapat merungkaikan apa yang sebenarnya nak disampaikan oleh saya.

Apa yang saya mampu simpulkan di sini ialah seorang Ibu itu amat mulia di sisi Allah..Kasih sayang seorang ibu kekal dengan kita dan mengalir di dalam jasad kita selama-lamanya..

Hargailah ibu sebelum mereka tiada di mata kita selama-lamanya.

p/s:korang boleh baca mengenai kisah adik Iqbal di link nih..

http://akunaziem.blogspot.com/2011/06/part-1-abang-tunggu-mak-di-syurga-ya.html

Salam Ramadhan.T_T

~PERSONALITI MENGIKUT WARNA~

0

Assalamualaikum…dah lama asenya Puteri xupdate blog nih…rindu sgt3…
Hari nih da msuk 3Ramadhan..Alhamdulillah..

Hari nih Puteri nak bercerita and share dgn korang semua pasal personalit mengikut warna kegemaran masing2…
Semua org ade warna kegemaarn kan…jadi cuba kenal Diri anda melalui warna kegemaran nih…^_^v

BIRU MUDA

 suka merendah diri.

suka mengalah dan tidak sanggup menghadapi cabaran.
sanggup berkorban demi kepentingan orang lain.
cerdas dan bijak.
sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tidak menonjol.
agak pendian tetapi seorang pendengar yang baik.

BIRU

 berterus terang dan jujur.


cepat beri kemaafan tetapi tegas.

tidak mahu mengalah dan senang meletakkan sasaran dalam hidup.
setia pada pasangan.
-senang untuk pegang wang (telaga duit jugak lah nie…! huhuhu)
– mahu kemahuannya dituruti.
MERAH

berani.
– emosional dan tegas.
– sanggup hidup susah daripada berusaha.
– tamak dan gelojoh.
– suka hidup senang lenang.
– mementingkan persahabatan dan tidak gemari persengketaan.
MERAH JAMBU
tegas tetapi agak manja.
– mudah tersentuh dan menyimpan perasaan.
– suka romantis dan bermadah.
– tidak senang dengan bising dan peperangan.
– tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir.
– cepat marah tetapi mudah redanya.
HITAM
suka bermurung.
– prihatin.
– kuat menghadapi cabaran.
– tidak mudah terpengaruh.
– setia pada suami.
– baik hati tetapi cepat tersinggung.
PUTIH
mempunyai perangai elok dan tulus.
– tidak banyak prasangka.
– berkata benar, jujur, dan rendah hati.
– ramah dan sopan-santun.
– ‘open-minded’ cepat berubah ikut keadaan.
– suka menolong tetapi sukar untuk menerima bantuan kerana lebih senang berdikari.
KELABU
suka mengelamun.
– romantis.
– penyabar.
– tenang tetapi sukakan sesuatu yang penuh cabaran.
– suka mengada-ngada dan bergosip.
UNGU
murah hati.
– merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
– penuh inisiatif.
– pandai tetapi emosi.
– dingin dan kehendaknya meluap-luap.
– suka menggunakan orang lain untuk berjaya
HIJAU
 seseorang yang sukakan kedamaian.
– cintakan kebahagiaan.
– tidak suka peperangan dan huru-hara.
– patuh pada agama.
– teguh pendirian.
– agak konservatif.
KUNING
-amat menyukai ilmu.
– gemar membaca.
– tekun dan cerdas.
– tabah menghadapi cabaran.
– lebih suka mendengar pendapat orang lain daripada buat keputusan sendiri.
– teguh pendirian dan mudah berdolak-dalik.
COKLAT
-memiliki sifat keibuan.
– suka merendah diri.
– sopan dan halus budi.
– hati sentiasa was-was takut tersalah.
– sukar memberi kepercayaan.
– takut untuk membuat keputusan.

JINGGA
-seorang yang tahan lasak.
– garang dan berrhati kering.
– mudah dipercayai tetapi sukar mendengar kata.
– sukakan wang dan agak kebendaan.
– suka menjadi perhatian tetapi sukakan persaingan.
– suka meluahkan apa yang dirasai melalui kata-kata dan kadang-kadang agak menyakitkan.
HAaaa….lepas korang da baca nih…jgn lupa tinggalkan komen @follow my blog yerkk,,,,:)

..~~Mungkin ke akan terjadi…?~~

3

Kul 4.20 ptg td ak bru sdh ckp tepon dgn umi..Ak nervous nak tepon umi sbb umi mintak no.si ‘N; nih…ntah kenapa…Thats why ak tepon umi…Ak tanya umi kenapa…Umi cakap xdak ape…kami bersembang mcm biasa sampailah umi tanya dia belajar kat mana..Ak gtau la semuanya,,,Umi tanya ak pernah jumpa ke x…Ak ckp la xpernah..Ak takut sgt2…Macam mana kalau umi xberkenan dengan dia…Yela,sbb ak lebih tinggi pelajaran daripada dia..Ak xkisah sgt pasal education dia asalkan agama dan ikhlas,,,Memang la education penting..Tapi ak dahulukan agama dan ikhlas…Education no.3..Lepas je ckp tepon dgn umi…Ak sedih…Ak da mula selesa dengan dia..Ak rasa tenang bila kenal dgn dia…Ak berharap jgk dgn dia…Tapi mungkin ke akan terjadi semua yg ak harapkan tu???Mungkin k??parents ak memilih sedikit..ak xleh nafikan tuh..hurmmm…

Tulah sebab ak fobia dan trauma dengan Cinta dan sayang..Ak takut apa yang ak harapkan xmenjadi kenyataan…

Ak takut nak menyayangi lelaki lagi…
Ya Allah…jika benar dia untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku…permudahkanlah segala urusan kami..
Kenapa bila aku mula nak merasai kebahagiaan,ada dugaan mengujiku??…..
Sedihnya Ya Tuhan hatiku tika ini…
Aku hanay mampu berserah padaMu Ya Allah…
Berikanlah yang terbaik buat diri ini…amin…..

Wsalam…=(

Makeup by Amni

Makeup service for engagement,wedding,dinner and other event. Kindly Whatsapp for makeup reservation +60145121425

Shopping Your Makeup Here!

Artikel Terkini

Get Connected

7,193FansLike
12,748FollowersFollow
23FollowersFollow

Click Below For FREE GIFT!