PARENTING

Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App

Oct 26, 2019
budak perempuan main handphone

Cara Kawal Anak Main Gadget

Kalau dilihat pada hari ini,gadget bukan lagi satu kehendak.Tapi lebih kepada keperluan.Ya,satu keperluan untuk yang dah berumur 18 tahun ke atas.Tapi macam mana pula dengan anak-anak kita yang baru nak kenal dunia?Ke ada parents yang takut nak bagi gadget dekat anak?Atau risau tak tahu cara kawal anak main gadget nanti?Semua tu mesti sedang bermain di fikiran kan?Tapi tak pe,Amni akan share macam mana Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App dekat bawah nanti.Baca sini Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App .

Ini pendapat Amni,mungkin tak sama dengan pendapat orang lain.Sebab lain parents,lain pendekatan atau pengajaran dia untuk anak-anak.Bagi Amni,gadget tak salah.Yes,teknologi tak salah.Yang salah adalah kita sebagai pengguna yang tidak memanfaatkan teknologi tu dengan sebaiknya.Kalau kita tak ikut peredaran masa dengan menggunakan teknologi,mungkin kita akan ketinggalan banyak dari orang lain.

Dari segi pendidikan sekarang pula,zaman kita dulu belajar tak sama dengan zaman anak kita belajar sekarang.Kalau dulu kita belajar dengan kapur dan papan hitam sahaja.Tapi sekarang hampir kesemua anak-anak kita belajar menggunakan gadget di sekolah.Bayangkan kalau anak kita tak didedahkan dengan teknologi,macam mana agaknya perkembangan dia?Sekali lagi Amni cakap,gadget dan teknologi tak salah.Semuanya bermula dari diri kita ya.

Tapi untuk parents yang baru nak perkenalkan gadget dekat anak,mungkin boleh amalkan 5 tips di bawah ni untuk kawal anak main gadget.Sedikit sebanyak membantu terutama parents muda tu ye.

Limitkan Masa Anak Dengan Gadget

Bagi Amni, ini yang pertama sekali Amni akan buat.Limitkan masa anak pegang gadget.Terus terang pada anak yang dia boleh pegang gadget berapa jam.Untuk kali pertama mungkin boleh cakap dia hanya boleh pegang selama 20 minit sahaja.Cuba amalkan selama seminggu dengan hanya 20 minit sahaja.Lama-kelamaan dia akan terbiasa dengan peraturan tu tanpa perlu memberontak.

kids answering phone

Setting ‘Parenting Control’ Pada Gadget

Jangan pernah anggap anak ‘tak pandai’. Anak kita ni umpama span.Terutama fasa 6 tahun pertama.Pastikan kita sebagai parents terus setting ‘parenting control’ pada gadget atau apps tertentu.
Ini untuk elakkan anak kita ‘tertekan’ portal yang tidak sepatutnya.Nampak remeh kan,tapi besar fungsinya pada anak-anak kita.

IbuBapa,Anak Dan Gadget

Sekiranya mampu,luangkan masa menggunakan gadget bersama anak.Jangan biasakan diri untuk biarkan anak pegang gadget berseorangan.Banyak aktiviti yang ibu dan ayah boleh buat bersama anak menggunakan gadget.Sekarang zaman sangat canggih.Pelbagai aplikasi dan games boleh digunakan bersama.Inilah masa untuk ibu ayah eratkan hubungan antara anak.Nampak biasa kan?Tapi sebenarnya anak kita akan hargai moment-moment seperti ini.

Excited kids having fun using smartphone sitting together on sof

Cara Kawal Anak Main Gadget Guna Da Vinci Kids App

Kalau ibu dan ayah memang tak ada masa untuk anak.Pendek kata ibu dan ayah super duper busy dengan bisnes atau kerja masing-masing.Amni nak sarankan ibu ayah berikan gagdet dan hanya muat turun Da Vinci Kids App.Kenapa Amni tekankan HANYA? Sebab macam Amni cakap dekat point dua (2) tadi.Anak ni kita bijak ya.Jadi dia akan explore dengan sendirinya gadget tu tanpa disuruh.Tapi bila hanya ada Da Vinci Kids App dalam gadget dia,lebih dari cukup dah sebenarnya untuk dia!

Apa Itu Da Vinci Kids App?

 

iphone 7 plus

Da Vinci Kids App ni sebenarnya satu aplikasi  hiburan yang berbentuk pendidikan yang memfokuskan STEM skill dan SOFT skill anak-anak kita.STEM skill adalah Science,Technology,English dan Maths.Soft skill yang dimaksudkan pula ialah skill seperti komunikasi,budaya,pergaulan dan pengiraan.Pendedahan yang diberikan oleh Da Vinci Kids App ni ditonjolkan melalui 2500+ video yang boleh ditonton selama 24 jam sehari tanpa henti.Kandungan video dari Da Vinci Kids App ni jugak penuh dengan lawak,imaginasi dan unsur pendidikan yang sangat bermakna.Dan paling penting hampir kesemua kandungan video dari Da Vinci Kids App ni pernah memenangi anugerah bertaraf dunia.

 

apps apa yang bagus untuk anak

Gabungan Hiburan Dan Pendidikan

Amni bagi contoh mudah ye.Kalau di TV,biasanya anak kita akan banyak habiskan masa sebab setiap rancangan yang bersiaran adalah pada waktu berbeza.Tapi dengan Da Vinci Kids App ni,semuanya dalam satu.Ibu dan ayah pun tak perlu risau sebab Da Vinci Kids App ni menawarkan suasana pembelajaran yang selamat dan positif serta menyeronokkan.Malah siaran kartun dan dokumentari sudah digabungkan dalam satu aplikasi supaya anak dan ibubapa pun boleh belajar bersama.

 

 

Kandungan Asli Dari Da Vinci Kids App

Kalau nak tahu,semua video dalam Da Vinci Kids App ni dihasilkan sendiri oleh team produksi mereka.Jadi ibu ayah akan lebih merasa selamat dengan kandungan berkualiti tinggi dan penuh dengan pengetahuan untuk anak mereka.Amni paling suka pasal Da Vinci Kids App ni sebab kandungan video dan aktiviti dalamannya bukan terhad untuk anak-anak sahaja.Malah untuk ibubapa dan seisi keluarga.Mungkin ada sesetengah topik yang anak kita tak faham,kita sendiri tak tahu nak terangkan macam mana.Tapi dengan Da Vinci Kids App,ibu dan ayah tak perlu risau.Da Vinci Kids App ni mampu untuk hasilkan penceritaan yang menarik dan mudah untuk difahami walaupun topik tersebut sangat kompleks.

a group of kids with teacher

Kategori Video Da Vinci Kids App

Bahagian ni Amni paling suka ye.Sebab kategori video dalam Da Vinci Kids App ni banyak dan sangat bagus untuk anak kita.Antara kategori video dalam Da Vinci Kids App ni ialah Games,Quizzes,Clever Stuff,Inspiring Art,Amazing Animals,How Stuff Works,Fascinating History,Delicious Food,Mother Earth,Mathemagic,Handmade,Our Body,Sports dan Human Behaviour.Boleh dikatakan hampir kesemua topik penting dalam aspek kehidupan sudah dicover oleh Da Vinci Kids App ni.Bagi Amni kandungan video dan aktiviti yang direka dalam Da Vinci Kids App ni bagus sebab dia buatkan rasa ingin tahu yang tinggi dari anak kita,cungkil bakat kreativiti anak dan salurkan ilmu yang betul untuk anak kita.

Dipercayai Oleh IbuBapa Seluruh Dunia

Paling best sebab Da Vinci Kids App ni dah digunakan dan dipercayai hampir di seluruh 100 wilayah jajahan seluruh dunia.Da Vinci Kids App ni jugak ada 19 versi bahasa pilihan di 3 benua berlainan.Setakat ni pengguna Da Vinci Kids App sudah mencecah hampir 35 juta pengguna di seluruh dunia.Kalau ibu dan ayah tak cukup yakin lagi,Amni nak tepuk dahi la hehe.

Artis Dan Selebriti Jadi Terlibat Sama!

Kenal Brad Pit?Kenal Morgan Freeman dalam cerita Angel Has Fallen?Kevin Bacon dari X-Men:First Class?Ketiga-tiga artis popular Hollywood ni terlibat dalam Da Vinci Kids App.Mereka terlibat sebagai pengalihsuara untuk video Da Vinci Kids App.Brad Pit sebagai pengalihsuara bagi siri dokumentari.Morgan Freeman pula dalam siri yang membincangkan keseimbangan alam sekitar.Selain dari mereka,ada beberapa orang selebriti dan pengacara terkenal terlibat iaitu David Mitchell,Stephen Fry,Michael Johnson,Adrian Pang,Prof Jim Al-Khalili dan Dr Helen Czerski.

brad pit and morgan freeman

Satu Aplikasi Satu Matlamat

best learning apps for kids

Well said.Da Vinci Kids App ni sudah memadai kalau ibu ayah nak bagi pendedahan dari segi STEM skill dan SOFT skill kepada anak melalui penggunaan gadget.Tapi walaupun gadget membantu melalui Da Vinci Kids App,ibubapa masih perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk personaliti dan pengetahuan anak-anak.Jangan lepaskan 100% kepada gadget.Kita sendiri masih diperlukan oleh anak-anak.

Da Vinci Kids App boleh dikatakan umpama satu rumah yang penuh dengan ilmu pengetahuan.Ianya cukup menghiburkan,membuka minda dan merupakan aplikasi yang sangat sesuai untuk anak dan seisi keluarga.Malah ianya merupakan aplikasi video-on-demand yang interaktif,bebas dari sebarang unsur keganasan dan kandungan yang tidak sesuai.

Jadi bagi ibubapa yang berminat untuk memuat turun aplikasi Da Vincci Kids App,boleh memuat turun melalui Google Play ataupun App  Store.Jangan lupa untuk masukkan kod kupon berikut untuk langganan percuma selama 3 bulan.

MASUKKAN KOD BERIKUT:
MYDAVINCI
KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN

da vinci kids app malaysia

Maklumat lanjut:

Website: www.davincikids.tv
Instagram: @davincikids.my
Facebook: Da Vinci Kids Malaysia

Have fun parents!

 

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Car Seat Berlabel Keselamatan R44 & R129 Diiktiraf Di Malaysia – MIROS Nov 1, 2019 at 3:37 PM

    […] penggunaan car seat bermula 1 Januari 2020.Ini satu langkah yang sangat wajar untuk pastikan anak kita selamat dan sihat sepanjang perjalanan dalam […]

  • Leave a Reply