TIPS TRAVEL

5 Tips Penting Sewa Kereta Di Alor Setar

Oct 7, 2019

 5 Tips Penting Sewa Kereta Di Alor Setar

Bila sebut Alor Setar,Kedah sememangnya Amni akan tersenyum lebar dulu sebab di sanalah banyak kenangan manis Amni dengan sahabat baik Amni,Wani.Satu lagi Amni paling suka pergi Alor Setar ni sebab banyak tempat makan yang sedap dan murah (bagi Amni) .Paling tak boleh nak lupa mee banjir (maaf dah lupa nama penuh mee) ni.Sampai dua kali Amni tambah.Sedap dia memang tak paling kiri kanan dah haha.Kalau datang Alor Setar ni bagi Amni kalau nak jimatkan kos,datang naik kapal terbang dan turun dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.Dari situ ambil kereta sewa dan berjalanlah sepuas hati korang .Namun sebelum nak  ambil kereta sewa di Alor Setar , baca dan hadam dulu 5 Tips Penting Sewa Kereta Di Alor Setar supaya tak mudah kena tipu dan dapat jimatkan wang !

kereta sewa alor setar

5 Tips Penting Sewa Kereta Di Alor Setar

Tips Sewa Kereta Pertama – Cari Syarikat/Pengusaha Kereta Sewa Yang Dipercayai !

Macam mana nak pastikan syarikat/pengusaha kereta sewa tu boleh dipercayai?Haa masa nilah neuron-neuron dalam kepala tu kena ligat berfikir.Hehe.Ok Amni bagi point macam mana nak pastikan syarikat/pengusaha kereta sewa tu betul-betul ‘trusted’ :

  • Ada website/instagram/facebook page yang AKTIF
  • Review yang minimun 4 star ke atas
  • Testimoni dari pelanggan
  • Buat carian di google mengenai syarikat tersebut

4 point ni dah cukup nak pastikan sesebuah syarikat/pengusaha kereta sewa tu untuk dipercayai.Walaupun syarikat/pengusaha kereta sewa tu dicadangkan oleh kawan-kawan atau saudara-mara,pastikan korang ikut 4 point di atas sebab malang ni tidak berbau.Dah kena atas dahi baru terduduk.hehe.

Tips Sewa Kereta Kedua-Hubungi Syarikat Kereta Sewa Yang Dipilih

Bagi Amni , kalau bila kita buat panggilan dekat syarikat/pengusaha kereta sewa yang kita pilih tu, sebenarnya boleh tingkatkan lagi peratus kepercayaan kita pada dia.Tapi tengok jugak cara dia angkat panggilan kita.Kalau dia jawab lebih kurang je,memang pangkah terus.Bisnes servis ni,komunikasi paling penting baru pelanggan percaya dan repeat dengan kita.

Jadi untuk lebih kepastian, buat panggilan pada syarikat/pengusaha kereta sewa yang korang pilih.Tanyakan pada mereka samada syarikat dan servis kereta sewa mereka masih beroperasi ataupun tidak.Kalau ya,terus tanya adakah harga kereta sewa yang dipaparkan pada website mereka masih valid atau ada perubahan.Kadang-kadang benda macam nilah yang buat isu misscommunication berlaku.

servis kereta sewa alor setar 2019

Tips Sewa Kereta Ketiga – Pilih Kereta Sewa Ikut Keperluan Dan Keselesaan

Bab ni pun penting.Kalau korang ada lebihan perbelanjaan,boleh pilih kereta sewa ikut selera korang.Namun kalau nak berbijak dalam merancang kewangan sambil berlibur,pilih kereta sewa ikut keperluan sahaja.Sebagai contoh kalau korang datang melancong dalam linkungan 2-4 orang dewasa , boleh pilih kereta sewa Axia,Viva atau Myvi . Namun kalau korang datang bersama anak kecil,pilih kereta jenis sedan atau mpv .Bila travel dengan anak kecil ni,keselesaan tu paling penting bagi mereka.Silap hari bulan meragam sepanjang hari.Bercuti pun tak best.hehe

servis kereta sewa alor setar 2019

Tips Sewa Kereta Keeempat – Pastikan Kereta Sewa Tiada Caj Tersembunyi

Bila sebut harga kereta sewa ni,korang kalau nampak harga kereta sewa murah mesti laju je nak booking tanpa bertanya secara jelas .Inilah silapnya kita sebagai penyewa.Lepas tu viralkan cerita yang bukan-bukan.Padahal silapnya dari diri sendiri.Haa.Tepuk dahi please!Haha

Sebelum nak bayar booking atau sewa kereta, pastikan korang jelas dengan harga kereta sewa tersebut.Tanyakan terus pada mereka samada ada caj tertentu atau tersembunyi dikenakan.Ada  sesetengah syarikat/pengusaha kereta sewa akan mengenakan deposit kunci,caj lebihan kilometer ataupun caj ganti-rugi kerosakan.Jadi isu-isu seperti inilah yang korang perlu ambil berat dan mintak ‘clarification’ dari syarikat/pengusaha kereta sewa supaya tidak ada salah faham di kemudian hari.

servis kereta sewa alor setar 2019

Tips Sewa Kereta Kelima – Ambil Gambar Luaran Dan Dalaman Kereta Sewa

Tips ni sangat penting.Untuk elakkan diri kita sebagai penyewa dipersalahkan sekiranya ada isu-isu berbangkit selepas proses serahan kereta mahupun semasa penggunaan kereta.Sebaiknya ambil gambar dalaman dan luaran kereta sebelum dan selepas sewa kereta.Ini untuk dijadikan bukti sekiranya ada isu semasa proses sewa kereta.Macam Amni cakap,malang tidak berbau.Biarlah kita terlalu berhati-hati daripada kita merintih dalam hati sekiranya berlaku perkara tidak diingini.Oleh sebab itu perkara ni nampak remeh namun sangat berguna di waktu kita memerlukan.

servis kereta sewa alor setar 2019

Servis Kereta Sewa Terbaik Di Alor Setar

Memandangkan Alor Setar merupakan favourite city Amni kalau nak pergi bercuti,jadi Amni nak kongsi dengan korang Servis Kereta Sewa Terbaik Di Alor Setar. InsyaAllah servis mereka antara yang boleh dipercayai dan terbaik di Alor Setar,Kedah.

kereta sewa murah alor setar 2019

Kereta Sewa Alor Setar Tawar Kereta Sewa Murah

Kereta Sewa Alor Setar merupakan perkhidmatan sewa kereta yang diuruskan oleh Ridho Travel and Tours dan beroperasi di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah,Kedah.Pelbagai jenis kereta sewa ditawarkan oleh Ridho Travel and Tours   . Proses pengambilan kereta juga mudah memandangkan proses penghantaran kereta diuruskan oleh mereka sekitar Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,Shahab Perdana, KTM Alor Setar dan juga  sekitar hotel di Alor Setar Kedah.

Jenis Servis Sewa Kereta Yang Ditawarkan Oleh Ridho Travel and Tours

Apa yang menarik dari Ridho Travel and Tours ni mereka bukan sahaja tawarkan servis sewa kereta pandu sendiri.Malah kalau korang nak sewa kereta beserta pemandu pun boleh atau mat saleh panggil ‘Car rental with chauffeur’ . Kalau nak sewa kereta untuk majlis perkahwinan pun boleh ya.Siap dengan hiasan untuk kereta lagi.Memang padu betul servis sewa kereta dari Kereta Sewa Alor Setar ni hehe. Tetiba rasa nak pergi Alor Setar terus lepas ni haha.

 

Jenis Kereta Yang Boleh Di Sewa Di Kereta Sewa Alor Setar,Ridho Travel And Tours

Kereta Sewa Alor Setar ni boleh dikatakan hampir semua jenis kenderaan diorang tawarkan untuk di sewa kecuali lori.Hehe.Haa jadi kalau rasa nak bergaya dengan kereta-kereta baru tu boleh datang sewa kereta dengan Kereta Sewa Alor Setar ni.

Antara jenis kereta yang ditawarkan oleh Ridho Travel and Tours ialah kereta jenis compact,sedan,mpv,continental car,van dan 4×4 wheels.

Kereta Sewa Jenis Compact:

  • Myvi
  • Axia
  • Iriz
  • Viva

Kereta Sewa Jenis Sedan

  • Toyota Camry
  • Toyota Vios
  • Preve
  • Persona
  • Saga FLX
  • Honda Accord
  • Honda Civic

Kereta Sewa Jenis MPV

  • Perodua Alza
  • Proton Exora
  • Vellfire
  • Estima
  • Innova
  • Honda CRV
  • Hyundai Starex
  • Nissan Grand Livina

Kereta Sewa Jenis Continental Car

  • BMW750Li
  • BMW520i
  • BMW320i
  • MercedesBenz E250

Kereta Sewa Jenis Van

  • Toyota Hiace

TOYOTA HIACE

Kereta Sewa Jenis 4×4 Wheels

  • Toyota Hilux

TOYOTA HILUX

 

6 Sebab Ramai Pilih Kereta Sewa Alor Setar Ridho Travel And Tours

Proses tempahan yang sangat mudah dan lancar

Kenapa nak bersusah payah pergi walk-in ke syarikat kereta sewa?Sekarang ni zaman dah cukup mudah.Korang hanya ambil phone dan whatsapp terus mereka.Nyatakan kereta pilihan dan teruskan proses seperti biasa.

Kadar Sewa Terendah Di Alor Setar

Kereta sewa Alor Setar  menawarkan kadar sewa kereta antara yang terendah di Alor Setar bermula RM 90 sehari.Bagi Amni kadar RM 90 sehari dah cukup murah.Dengan kereta baru dan terjaga,memang sangat berpatutan dan berbaloi.

Servis Yang Memuaskan

Hasil dari maklum balas pelanggan,rata-rata memberikan komen yang positif dengan servis dari Ridho Travel And Tours.

Kereta Yang Selamat Dan Terjaga

Setiap kereta sewa yang di uruskan oleh Ridho Travel And Tours sentiasa dalam berkeadaan baik.Kesemua kereta sewa mereka akan menjalani penyelenggaraan secara berkala.Jadi korang tak perlu risau dengan keadaan dalaman kereta.Korang hanya perlu pandu dengan berhemah sahaja.Jangan pandu laju!

Penghantaran Kereta Secara Percuma!

Kereta Sewa Alor Setar bersedia untuk menghantar kereta secara percuma ke tempat anda.Tak perlu bersusah payah datang pick up kereta.Tunggu sahaja kereta sampai.

Perkhidmatan Pemandu Peribadi

Kalau korang tak mahir dengan selok belok jalan di Kedah,jangan risau!Kereta Sewa Alor Setar ada menyediakan perkhidmatan sewa kereta berserta pemandu peribadi.Senang kan?

Apa Kata Pelanggan Kereta Sewa Alor Setar?

Bagi Amni kalau nak sewa sesuatu servis baik servis sewa kereta atau apa sekalipun,testimoni pelanggan sangat penting! Lepas dah puas hati baca testimoni pelanggan,baru Amni akan buat keputusan.Hehe. Sama juga dengan kereta sewa Alor Setar ni.Testimoni mereka bukan biasa-biasa.Pelanggan mereka terdiri dari orang biasa sehingga orang kenamaan seperti VIP dan Menteri.Eh artis pun ada taw!

kereta sewa alor setar 2019

kereta sewa alor setar 2019

 

 

Macam Mana Nak Tempah Kereta Sewa Alor Setar?

Bab nak tempah kereta sewa ni sangat mudah.Sekarang zaman semua dah canggih kan.Klik je link whatsapp terus boleh tempah.Tapi Amni nak bagitahu siapa yang berhasrat nak cari kereta sewa sekitar Alor Setar kena tempah awal-awal dengan Kereta Sewa Alor Setar ni.Setiap hari boleh di katakan kereta sewa mereka ‘licin’ macam pisang goreng.Belum dengar cerita bila tiba hari cuti lagi.

Jadi rancang perjalanan korang dengan bijak.Tempah kereta sewa lebih awal kalau tak nak bersesak dengan pengangkutan awam bila bercuti hehe.

Selamat bercuti!

Facebook page : Kereta Sewa Alor Setar
Website : https://www.ridhotravel.my  |  https://www.keretasewaalorsetar.com/
Whatsapp link : 017-4008804 (Klik sini untuk terus whatsapp)

You Might Also Like

19 Comments

  • Reply ietams Oct 11, 2019 at 9:31 AM

    tak pernah lagi pergi alor setar untuk holiday.
    boleh juga masukkan kat bucket list ni. bagus gak idea sewa kereta
    dari kl naik ets, pastu sewa kereta jenjalan cari makan

    • Reply Dunia Farisya Oct 15, 2019 at 9:32 AM

      nanti akak pergi sana bolehlah sewa kereta sewa alor setar dari ridho travel.servis diorang bagus!

  • Reply ROSNIYANTI BINTI MD SHERIFF Oct 16, 2019 at 10:59 AM

    Anyway this is such a good sharing sis. Atleast if one day ada apa-apa urusan kat Alor Setar bolehla refer sini balik untuk buat tempahan. Tips sangat berguna!

  • Reply mekyunie Oct 16, 2019 at 12:04 PM

    bila pergi dengan flight memang kereta ni menjadi satu kemestian untuk mek sebab mek jenis tak boleh sabar sangat nak tgu grab. hahaha. thankyou ye untuk info ni.

  • Reply Rawlins GLAM Oct 16, 2019 at 12:45 PM

    Rawlins pun jenis yang akan ambil gambar luar dan dalam ketika terima kereta – takut nanti mereka kata kita yang rosakkan kereta. Just langkah beringat kan. Thanks

  • Reply Yaya Natsumi Oct 16, 2019 at 1:09 PM

    Memang penting sebagai pengguna untuk ambil tahu tentang tips sebelum menyewa apa-apa kenderaan ni supaya tak menyusahkan di kemudian hari. Okay kalau pergi alor setar nanti dah tahu nak sewa kereta kat mana hee

  • Reply Bella Jamal Oct 16, 2019 at 6:24 PM

    Tips yang berguna sebelum nak sewa kereta. Ad akawan buat servis sewa juga, tapi pelanggan pulak banyak akai itu dan ini. Hehe. Nampak kompeni ni sgt dipercayai. Jenis kenderaan nak disewa pun pelbagai.

  • Reply PAMELA YEOH BEE CHENG Oct 16, 2019 at 10:42 PM

    wOw Great to have this news. Now i can take train there and rent a car. Not so tiring than drive all the way. thanks for the great info 🙂

  • Reply Mohamad Khairil Bin Hassan Oct 16, 2019 at 11:24 PM

    Terima kasih atas tips yang diberikan. Mungkin untuk saya macam tak perlu nak sewa sebab sedara mara banyak dekat Aloq Staq tu. Ayah saya pun asal dari situ. In shaa Allah saya akan share untuk kawan-kawan yang akan ke bandar ni nnti. Thanks share ya.

  • Reply Nadia Johari Oct 16, 2019 at 11:37 PM

    Dah lama tak pergi Kedah, tempat study dekat UUM..dulu memng pergi mana2 pakai kereta sewa..lepas ni datang sana, dah tau nak sewa kereta mana..hehee..kereta pun banyak pilihan

  • Reply Hanny Abdullah Oct 17, 2019 at 12:18 AM

    Tak sampai lagi sis kat Alor setar ni, memang teringin sangat nak gi. Kalau sis ke sana, senang lah kan..boleh cari kereta sewa kat sana dgn ridho travel ni, bolh drive sendiri melihat pemandang kat sana

  • Reply Marina Oct 17, 2019 at 10:11 AM

    Thank you for the tips. Bagus tips ni. Marina pon tak terpk utk capture gambar sblm dan selepas. Kalau ada sewa kete nanti boleh apply tips ni

  • Reply Ana Suhana Oct 17, 2019 at 11:50 AM

    Pernah guna kereta sewa alor setar ni masa ke kedah last few years. So far kereta tip top. Plg senang pick up dan hantar kereta kat tempat yg ditetapkan tanpa caj tambahan.

  • Reply Huda Halid Oct 17, 2019 at 2:18 PM

    Dah lama tak ke Alor setar. bagus lah servis sewa kereta ni, next time ke sana, boleh la gunakan servis kereta sewa ni. thanks for sharing

  • Reply RAIHANAH AHMAD Oct 17, 2019 at 5:57 PM

    thanks info ni kalau ke AS dan mencari kereta sewa boleh guna info ni.

  • Reply Alia Oct 18, 2019 at 8:27 AM

    Kena cari yg betul2 buat Elok2.. Kdang2 ada yg buat alai Balai ja.. Pernah terkena masa kt Lkawi dlu.. Sewa myvi dpt iswara lama yg nak roboh dengan tak power steering nya.. Mmg mngamuk la cita dia.. Eeeiii geram pulak kita

  • Reply Wui Kathy Oct 18, 2019 at 9:23 PM

    Caj tersembunyi tu memang buat orang marah. Semua transaksi tu, biar lah terus tulis dalam agreement kan senang. Kedua-dua pihak pun suka kan. Terima kasih bagitau tips2 ni! Boleh jadikan rujukan untuk semua.

  • Reply AYU RAFIKAH Oct 21, 2019 at 10:50 AM

    terima kasih atas perongsian dan tips. kalau ke sini bolehlah hubungi pada nombor yang tertera. banyak betul pilihan kereta dengan harga sewaan yang cukup berbaloi dan menarik

  • Reply AlongMurni Nov 12, 2019 at 6:00 PM

    Servis yg baik dgn harga yg berbaloi dr Ridho Travel nie.. Leh la buat tempahan utk majlis kawen adik nnti.. Guna kete mpv n sedan.. Ramai leh bawa sekali trip

  • Leave a Reply