TIPS

Macam Mana Nak Naikkan Semangat Dan Motivasi Diri?

Sep 12, 2019
kursus motivasi dr azizan osman

Macam Mana Nak Naikkan Semangat Dan Motivasi Diri?

Pernah tak korang terduduk dalam hidup.Rasa down sampai rasa hidup pun dah tak ada makna apa-apa dah.Buat apa pun serba tak kena.Masa tu mesti buntu sangat-sangat kan?
Hatta dalam kepala macam-macam fikir.

Jadi macam mana nak naikkan balik semangat tu?
Macam mana nak cari balik kekuatan diri tu?

5 Tips Dari Amni Untuk Naikkan Semangat Dan Motivasi Diri

Tips #1 – Jauhkan diri dari media sosial buat sementara waktu

Bagi Amni kalau nak dapatkan kekuatan diri,memang Amni akan jauhkan diri dari media sosial.Jangan buka whatsapp,facebook dan twitter.Cuba ‘cutikan’ media sosial korang untuk satu minggu atau mengikut keperluan korang.Bila korang berjaya puasakan diri dari media sosial buat sementara waktu,korang akan jumpa satu nikmat yang tidak ternilai iaitu nikmatnya hidup tanpa perlu sibukkan diri dengan benda yang tidak berfaedah.

Tips #2 – Bagi masa untuk diri sendiri dan bertenang

Pernah tak korang rasa hidup korang ni macam sekadar hidup semata-mata.Mesti penat bila rasa macam tu kan?Jadi inilah masa korang perlu beri masa pad diri sendiri.Duduk diam dan bertenang untuk beberapa ketika.Masa bertenang ni,korang gunakan semua deria yang korang ada.Rasa apa yang ada di depan mata.Lihat dengan penuh nikmat dengan mata.Dan dengar dengan baik apa yang bermain di sekeliling anda.Hargai nikmat itu dan bersyukurlah kerana Allah masih pinjamkan kepada kita segala nikmat-nikmatNya.Allahu.

Tips #3 – Cari ‘circle’ yang positif

Circle atau golongan yang positif sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita.Siapa kawan sekeliling sedikit sebanyak menentukan bagaimana perilaku kita.Jadi sebab itulah perlunya circle yang positif supaya kita pun dapat sedut aura positif mereka.

Nak Ubah Hidup Ke Arah Yang Lebih Baik
Ketahui Lebih Lanjut Dengan Menekan Link Di Bawah:

#NakUbahHidup2020

Tips #4 – Luangkan masa dengan orang tersayang

Ramai terlepas pandang yang ni.Masa tengah down atau demotivate, orang tersayanglah yang perlu kita cari.Kalau dah berkahwin,luangkan masa dengan anak-anak atau isteri.Pandang wajah mereka dan gembirakan hati mereka.Kalau sebelum ni kita asyik sibuk dengan kerja hakiki,apa kata pergi bercuti dan bergembira dengan diorang.Inilah masa untuk kita rapatkan balik hubungan antara ahli keluarga dan rasa balik nikmat bahagianya hidup berkeluarga.

Tips #5 – Hadirkan diri ke kursus motivasi atau potensi diri

kursus motivasi dr azizan osman

Bersama blogger Liyliz Yusof.Dah lama nak jumpa dia ni.

Hari ni 30 Ogos sempat menghadirkan diri ke Program Nak Ubah Hidup di Setia Convention City Centre dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. .Dah berapa tahun tak datang ke seminar macam ni.Seawal jam 7 pagi dah keluar rumah semata-mata nak sedut aura positif dan semangat dari seminar Nak Ubah Hidup anjuran Dr Azizan Osman.

kursus motivasi dr azizan osman

Suasana ;uar dewan sebelum program bermula.Ramai sangat yang datang join!

Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan mahupun sesiapa sahaja untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang kami lihat ialah semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.

Kalau dulu program Dr Azizan Osman hanya dihadiri kira-kira 10,000 orang sahaja.Tapi pada tahun ini, team pemasaran Richworks International berjaya mengumpulkan lebih dari 12,000 orang peserta yang hampir kesemuanya datang dengan semangat yang membara untuk ubah hidup masing-masing.Supe duper hebat!

Sumpah kalau korang datang ke program ni, korang akan jumpa diri korang yang sebenar dan secara automatik semangat korang akan naik!

Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.

Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.

Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanah air seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk bantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.

Macam mana? Dah naik sikit semangat tu?
Kalau rasa semangat dah membara dan tak sabar nak ubah hidup dengan dengan program dari Dr Azizan,
cepat daftarkan diri di sini:

#NAKUBAHHIDUP2020 
(KLIK SINI)

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply