SEMBANG SANTAI

Muslim Volunteer Malaysia NGO Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria

Jun 14, 2019

Muslim Volunteer Malaysia NGO Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria

Assalamualaikum ❤

Di pagi hari ni,Amni suka untuk ajak pembaca blog Amni untuk buat refleksi diri.Amni paling suka waktu pagi sebab inilah waktu paling sesuai di mana masa ni minda kita fresh dari segala-galanya.Refleksi diri boleh dikatakan seperti muhasabah diri la.

Jadi sempena Ramadhan yang mulia ni,tak salah untuk kita sama-sama muhasabah diri kita.Dan selalulah ingat bahawa tak akan pernah terlewat untuk kita bertaubat dari dosa kita selama ni.Kita muhasabah sama-sama ya?

Sambil jari jemari ni menulis,Amni dengar lagu Debu-Debu Dosa dendangan Hijjaz.Allah sumpah jatuh air mata ni bila kita hayati bait-bait lirik lagu dia 😭😭 Banyaknya dosa kita bila diingat balik.

Dalam hidup kita ni,sebenarnya memang kita susah nak istiqamah (secara berterusan) untuk buat sesuatu kebaikan tu.Mesti ada satu-satu masa kita akan skip dari buat kebaikan tu disebabkan kekangan masa atau sebagainya.

Tapi sejujurnya Amni sangat salute dengan team Muslim Volunteer Malaysia yang berterusan menghulurkan bantuan kepada saudara seislam kita di Syria tu.Andai Allah beri kesempatan untuk Amni buat kebaikan seperti mereka,Amni nak sangat-sangat join mereka.Sebab apa,sebab Amni takut nanti kalau Allah tanya apa yang kita dah buat untuk saudara seislam kita,Amni tak boleh jawab 😭😭 (lap air mata jap)

Antara program yang sering Muslim Volunteer Malaysia anjurkan ialah MVM Relief.MVM Relief ni dia merupakan program bantuan kecemasan untuk mereka yang memerlukan baik dalam Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.Antara negara yang Muslim Volunteer Malaysia dah pergi ialah Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.

Dekat bawah ni Amni kongsikan senarai program bantuan MVM Relief yang telah dilaksanakan oleh Muslim Volunteer Malaysia baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

MVM Relief Malaysia :

  1. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
  2. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang (2014 dan 2017)
  3. Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
  4. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)

MVM Relief Antarabangsa :

  1. Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan – Lubnan (2017)
  2. Unity Convoy Ambulance For Syria – UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece (2017)
  3. Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
  4. Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
  5. Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
  6. Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
  7. Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang (2017-2018)
  8. Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere (2018)

 

Pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.

 

Jadi tahun 2019 ni merupakan tahun ke-3 dah Muslim Volunteer Malaysia laksanakan amanah semua penderma sumbangan kepada Muslim Volunteer Malaysia di mana untuk menghantar bantuan musim sejuk dan keperluan asas bernilai lebih daripada RM 3 Juta ringgit.

Tapi mesti korang tertanya-tanya kenapa nak bantu negara luar dulu?Kenapa tak bantu apa yang depan mata dulu kan? Inilah yang korang perlu faham sebenarnya di mana matlamat Muslim Volunteer Malaysia bukan sahaja untuk bantu di tempat sendiri sahaja,malah negara-negara luar terutamanya negara Islam.

Pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku.

Bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian.

Dianggarkan hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Bantuan yang dihantar oleh Muslim Volunteer Malaysia pula hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa.

Tapi apa yang paling sedih rakyat Syria ini kehilangan pengenalan diri akibat peperangan ini menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.Kita di Malaysia kalau hilang kad pengenalan pun masih boleh dirawat di hospital, tetapi di Syria kalau tak ada pengenalan diri,semuanya servis tidak boleh diambil.

Sebenarnya kalau korang ikuti perkembangan dan kisah perjalanan Muslim Volunteer Malaysia sepanjang mereka melaksanakan program bantuan untuk negara luar,Amni yakin pasti korang sendiri akan menangis dan merasa bersyukur berada di Malaysia.

Jadi atas dasar kerpihatinan inilah, MVM  mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia.

Ramadhan kali ni Muslim Volunteer Malaysia bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) sekali lagi melaksanakan misi bantuan Ramadhan ‘Syria Kami Datang Vol 3.0’ di mana bantuan akan di hantar ke kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki-Syria.Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019.

Antara lokasi bantuan adalah seperti berikut :

  1. Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
  2. Kem pelarian di Sempadan Turki – Syria
  3. Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo

Antara jenis bantuan yang dihantar adalah seperti:

  1. Pek Iftar dan Sahur
  2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
  3. Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.

Sasaran dana yang diperlukan oleh Muslim Volunteer Malaysia bagi misi kali ini adalah sebanyak RM 500,000 di mana seramai 20,000 orang pelarian bakal menerima manfaat dari jumlah tersebut.

Jadi macam mana nak beri sumbangan untuk Misi Bantuan Ramadhan : Syria, Kami Datang 3.0 ?

Bila sebut nak beri sumbangan terserah pada diri kita nak beri seberapa yang mampu.Kalau ada rezeki lebih,bolehlah taja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM 100 untuk 3 jenis pek bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.

Sumbangan tu akan jadi macam ni:

1 tajaan umum = RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu.

Jenis bantuan yang akan diberikan kepada setiap keluarga ialah:

  1. Pek Iftar dan Sahur
  2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
  3. Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.

Sekarang ni semuanya mudah.Korang nak menderma pun boleh buat secara online sahaja semua tu.Tak perlu nak datang ke tempat mereka.

Derma Online Di Sini

DERMA ONLINE

Kalau nak buat sumbangan secara terus ke akaun mereka pun boleh.Bagi yang menderma RM 1000 ke atas,korang layak mendapat resit pelepasan cukai yang akan disediakan oleh pihak Muslim Volunteer Malaysia.

  • Maybank (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Affin Bank (1060 2003 8503)
  • Email: account@mvm.org.my

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai sumbangan,korang boleh hubungi wakil MVM melalui nombor 012 235 6854 .

Jangan lupa ikuti setiap perkembangan Muslim Volunteer Malaysia di akaun sosial media mereka di sini:

Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia

Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donation.mvm.org.my

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply