PARENTING

Adira Dah Mula Tantrum Masuk Usia 1 Tahun 7 Bulan

Jun 21, 2019

Adira Dah Mula Tantrum Masuk Usia 1 Tahun 7 Bulan

Assalamualaikum ❀

Pada mulanya Amni dah set dalam kepala mesti Adira takkan tantrum.Tapi alih-alih sejak nak masuk umur 2 tahun manja dia aduh tak boleh bawak bincang ye.

Pendek kata sekarang dah bermulalah fasa nak pergi toilet pun dia nak ikut,nak pergi dapur kejap pun dah merengek.Kadang-kadang Amni stress gak.Jangan sembang kata kena banyak sabar ye.Jadi mak dulu baru tahu yeπŸ˜…πŸ˜…

ni gambar sebelum dia menangis haha.comel je kan.

 

tak sampai 1 minit papa dia pergi KK MART terus berjurai air mata hahaha.Rasa nak kutil2 je masa ni .

Tengah duk menaip ni pun dia duk mengempeng.Nak masak kat dapur kejap tak sampai 10 minit dah datang merengek dia.Mencabar keimanan sangat hahaha.

Tapi Farid cakap kalau nak dia relaks,kena bagi tidur cukup makan cukup.Entahlah betul ke tidak.Tapi cuba cara tu,memang menjadi.Kadang datang juga rengekan dia tu.Layankan aje lah.

Nanti dia dah boleh kaki,baru kita tahu rasa rindu macam mana.Jadi masa fasa tantrum ni layankan aje.Janganlah stress sangat.Amni pun cuba untuk layankan aje walaupun hahaha.

Stress tak baik untuk kesihatan ye.Ingat tu.Nak lagi bagus,luahkan je dekat suami perasaan kita.Janji beban dekat hati tu da dilepaskan.Simpan sorang-sorang buat apa.Bagi la suami rasa jugak perasaan kita sekali kan hahaha.

Kalau korang yang dah jadi mak-mak apa korang buat eh kalau anak tantrum?Ce share dengan Amni kalau ada ideaπŸ˜…πŸ˜…

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply