TIPS

Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya Workshop Dengan Ben Firdaus

May 1, 2019
nippon paint

Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya Workshop Dengan Ben Firdaus

Assalamualaikum ❤

Sambil  Amni taip artikel ni,sambil Amni dengar lagu raya sebenarnya sebab dua minggu lagi nak puasa dah.Oh mai tak sabarnya nak raya taw haha.
Puasa pun belum ni tapi feeling raya dah mai hehe.

Korang yang ada follow Amni dekat instagram mesti ada nampak posting Amni pergi workshop Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya dengan Ben Firdaus Azrai tempoh hari.

So hari ni nak share dengan korang apa yang kitorang buat masa workshop tu berlangsung.

Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya Workshop ni berlangsung di Nippon Paint HQ di Shah Alam.Tu first time Amni sampai sana.Selama ni lalu je tepi jalan hehe.Workshop kitorang start pada jam 3 petang dengan di hadiri oleh blogger dan rakan media cetak yang lain.

Amni satu table dengan Kak Yuyu Zulaikha.Ni kali ke berapa dah jumpa Kak Yuyu.Kuat betul jodoh kitorang taw hehe.

Ok workshop bersama Nippon Paint kali ni lebih kepada nak perkenalkan range produk baru dari  Nippon Paint’s Momento Special Effect Paint iaitu Textured Series , Enhancer Series dan Designer series.Mesti korang pening kan produk apa bendalah Nippon Paint keluarkan ni.Yang korang tahu Nippon Paint ni keluarkan cat je.Ye dok?Haha.

Orait meh Amni cerita sikit dekat korang.

Textured Series

Textured series ni merupakan kumpulan cat yang unik di mana boleh membuatkan dinding rumah korang  ada tekstur khas dengan kesan kemasan yang kemas.Ada 5 pilihan textured series dari Nippon Paint kali ni iaitu:

Enhancer Series

Enhancer series pulak merupakan cat yang akan menaikkan lagi seri warna cat yang kosong.Contohnya kalau korang cat dinding warna kuning lembut,jadi pilih Enhancer yang sesuai seperti Gold Frost dan cat mengikut kreativiti korang di atas warna kuning tadi.Hasilnya,warna dinding yang bewarna kuning tadi akan tampak lebih elegan dan menarik.Tak ada la nampak kosong dan suram je.Haa gitu lah maksudnya.

Pilihan warna dari Enhancer Series ialah:

Apa yang bestnya Nippon Paint Momento’s Special Effect Paint’s untuk Textured and Enhancer series ini ialah ciri-ciri unik mereka iaitu:

  • Tiada kesan buih-buih macam tak sekata
  • Senang nak jaga dan maintain
  • Kemasan yang cantik walaupun pada permukaan yang tidak rata
  • Mesra alam dan tidak berbau
  • Tiada pengelupasan atau koyakan serta tahan lama.

Designer Series

Designer series pulak merupakan cat yang akan memberikan hasil yang kemas serta elegan seperti sentuhan profesional.Jadi kalau korang beginner sekalipun,bila  pilih cat dari Designer series ni,dinding korang akan tampak moden,elegan dan bergaya seperti sentuhan di hotel-hotel mewah.

Antara pilihan dari Designer Series kali ni:

Lepas tu kitorang diberi penjelasan dan penerangan terlebih dahulu oleh wakil Nippon Paint yang arif dalam bidang cat mengecat ni.Kemudian sedikit penerangan mengenai ilmu mengecat yang mana korang wajib tahu turutan mengecat yang betul.Jangan cat melulu tanpa langkah yang betul.Sejujurnya banyak ilmu Amni dapat dari mereka taw.Antaranya lepas dah siap cat,jangan lupa letak MOMENTO PRIMER untuk bagi perlekatan cat top coat yang tahan lama.

.

cat terbaik yang tahan lama

Sesi penerangan dari wakil Nippon Paint

Serius Amni ingat cat warna adalah lapisan terakhir.Tapi rupanya CLEAR COAT ni perlu letak juga supaya cat warna kita tahan lebih lama tak kira apa cuaca sekalipun hehe.

Jadi lepas ni kalau korang nak beli koleksi Nippon Paint Momento Special Effect Paint ni,pastikan korang ikut turutan yang betul dekat atas ni.Barulah dapat finishing yang kemas bak sentuhan profesional macam tu taw.

Kemudian sesi Ben Firdaus Azrai pulak.Nama Ben ni dah lama Amni dengar dekat instagram.Tapi masa workshop ni baru dapat jumpa bertentang mata gitu.Haha.

Ok kalau korang nak tahu Ben Firdaus ni one of Interior Designer yang famous dekat Malaysia ye.Sebut je nama Ben Firdaus mesti orang kenal.Seorang yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Pendek kata ruang yang kosong dan suram confirm boleh jadi letop bila serah dekat dia.

Haa jadi syokla wei boleh jumpa Ben Firdaus ni masa workshop haritu hahah.Macam-macam ilmu dia share contohnya macam mana nak jadikan meja yang kosong nampak lebih menarik.Banyak lagi idea Do-It-Yourself yang Ben share haritu.Masa tengok tu dalam kepala Amni macam-macam dah duk terbayang nak cat kat rumah haha.

cat terbaik yang tahan lama

Sesi penerangan dan praktikal dari Ben Firdaus

Ok lepas habis sesi sharing oleh Ben,kitorang terus ke sesi praktikal dengan Ben.Masa ni Ben ajar satu persatu cara nak mengecat dengan betul.Amni yang pertama kali pegang berus cat pun boleh faham apa yang dia ajar.Ben ni sempoi je cara mengajar dia janji mudah masuk dalam kepala.

cat terbaik yang tahan lama

Sebelum start praktikal,sediakan barang yang diperlukan dulu.

 

cat terbaik yang tahan lama

Buat design kesukaan korang.Amni main tibai je asal cantik!

 

cat terbaik yang tahan lama

Lepas dah siap cat primer coat,kita warnakan warna kosong pulak.

 

nampak tak muka tengah fokus tu.agak-agak cara pegang berus tu dah lepas tak? haha

 

cat terbaik dari Nippon Paint

masa ni kita apply Nippon Paint Momento Textured Series punya coat bila cat kosong tu dah kering.

 

nippon paint

And My own Master Piece lepas dah siap cat semuanya! Yes i did it!

 

cat terbaik dari Nippon Paint

Dah siap semua haruslah bergambar kan?Haha

 

cat terbaik dari Nippon Paint

One with Ben Firdaus Azrai . A great person dan sempoi!

Secara overall workshop ni best gile.Hopefully Nippon Paint akan bukak lagi workshop macam ni untuk public.So much fun dan ilmu yang Amni dapat.Dari tak tahu apa-apa,yes balik dengan ilmu yang boleh dipraktikkan sendiri.At least,lepas ni kalau pergi kedai cat,susah sikit nak kena tipu hehe.

Nanti Amni akan share lagi dengan korang hasil makeover Amni dekat dinding rumah Amni.Dah nak raya ni mestilah nak dinding lawa sikit.haha
Dahla tahun ni raya rumah sendiri je,ipar biras semua akan datang.Jadi kasi cantiklah sikit rumah kan!

Tunggu next artikel Amni taw!

 

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply