FESYEN

Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran jakelstore.my

May 6, 2019
baju melayu aaron aziz

Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran jakelstore.my

Assalamualaikum ❀

Sabtu baru-baru ni Amni pergi ke majlis pelancaran koleksi baju raya yang cantik dari Jakel bersama dengan duta-duta Jakel tahun ni.Majlis ni berlangsung di Jakel Mall Kuala Lumpur bermula jam 1 tengahari.Boleh tahan meriah dengan kehadiran peminat , anak-anak yatim dan orang kurang upaya penglihatan di majlis pelancaran ni.Antara duta yang turun memeriahkan pelancaran majlis ini ialah Scha Al-Yahya,Awal Ashaari,Lara Alana,Hanis Zalikha, Yusuf , Hairul Azreen , Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Abam Bochik , Upin Ipin dan Ayda Jebat.

jakel kuala lumpur

 

Majlis yang bermula tepat jam 1 tengahari ni dimulakan dengan ucapan aluan oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah
Urusan Kumpulan Jakel.Lepas je selesai ucapan dari Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah
Urusan Kumpulan Jakel, sesi diskusi baju raya di adakan dimana semasa sesi ni,setiap duta akan terangkan kelebihan setiap baju koleksi mereka.

Okai Amni share sikit apa yang best mengenai setiap koleksi baju setiap duta ni bermula dengan koleksi Aaron Aziz.

Baju Melayu Aaron Aziz X Jakel

Baju melayu Aaron Aziz kali ini direka khas dan khusus untuk memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.Dan Amni tengok depan-depan masa tu cutting dia adalah cutting baju melayu tradisional yang mempunyai pesak.Jadi bagi yang minat cutting tradisional terutama ayah-ayah kita sesuai sangat untuk memiliki baju melayu Aaron Aziz ni.

baju melayu aaron aziz

Baju Melayu Nabil Ahmad X Jakel

Baju melayu Nabil Ahmad pulak Amni suka sebab cutting dia moden slim-fit dan versatile.Lebih menarik tahun ni baju melayu Nabil Ahmad diperincikan dengan zip di bahagian pesak tepi dan lengan baju bagi memudahkan si pemakai bergerak dengan bebas dan selesa.

Baju Melayu Awal Ashaari X Jakel

Bagi koleksi Awal Ashaari pula lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik.Fabrik baju melayu Awal Ashaari memang best.Amni dah pegang dan rasa sendiri.Kalau berpeluh pun memang takkan nampak.Jadi baju melayu Awal Ashaari sesuai sangat bagi yang kuat berpeluh hehe.

Baju Melayu Hairul Azreem X Jakel

Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen memang dah jadi pilihan suami Amni tahun ni.Baru je pergi beli pagi tadi haha.Takut warna yang kitorang nak dah habis,jadi pergi beli cepat-cepat sebab tak nak bersesak dengan orang ramai.Koleksi Hairul Azreen pun tidak kurangnya masih lagi dalam cutting slim-fit serta mempunyai zip pada bahagian pesak dan lengan baju.Jadi si pemakai boleh bergerak dengan selesa dan bebas.

Baju Melayu Abam Bochik X Jakel

Haaa khusus untuk kaum Adam yang berbadan ‘comel’, Jakel kali ini takkan pernah miss untuk keluarkan baju melayu bersaiz “plus size” supaya semua orang boleh merasa seronoknya raya bersama Jakel pada tahun ni.Jadi tak ada yang akan murung pada raya tak ada tahun ni.heheApa yang best baju melayu koleksi Abam Bochik kali ni dikeluarkan sehingga saiz 7XL . So nak cari baju raya? Datang je ke Jakel taw! Hehe

Koleksi Kurta Jakel

Antara kurta yang dikeluarkan Jakel kali ini ialah koleksi kurta Hairul Azreen dan Awal Ashaari.Kurta yang dikeluarkan oleh Jakel bermula dengan harga serendah RM 39 ye.Murah sangat dan kualiti bukan cincai punya.Amni dah pergi tengok pagi tadi hehe.

Baju Kurung Scha Al-Yahya , Ayda Jebat, Hanis Zalikha X Jakel

Koleksi baju kurung Jakel kali ni menampilkan kolaborasi antara Jakel dengan Scha Al-Yahya , Ayda Jebat dan Hanis Zalikha . Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran.Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.

Amni sendiri tadi dah beli baju kurung Ayda Jebat.Tak sabar nak pakai raya nanti hahaha.

Koleksi Baju Melayu Kanak-Kanak

Untuk baju melayu kanak-kanak lelaki pula, Jakel berkolaborasi dengan Upin Ipin tetapi rekaan tahun ini diberi nafas baru sesuai dengan arus gaya zaman sekarang.Kalau beli baju melayu Upin Ipin, akan dapat sekali FREE GIFT iaitu butang baju melayu dan sampin baju melayu.

Koleksi Si Kecil Yusuf Iskandar, Lara Alana X Jakel

Untuk si kecil pun ada ye.Jangan risau kalau datang Jakel semua cukup lengkap.Dari si ayah sampai moyang hehe.Jadi koleksi Lara Alana dan Yusuf Iskandar pun ada tahun ni.Amni dah grab dress Lara Alana untuk Adira tadi.Harga baju berbeza-beza mengikut saiz baju.Jadi Adira tadi lepas tawar menawar dapat la harga diskaun hehe.

Majlis diteruskan dengan pembahagian duit raya kepada golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Mereka juga diberikan peluang memilih baju raya secara percuma bersama duta-duta Jakel.

jakel kuala lumpur

Lepas pemilihan baju raya bersama duta-duta Jakel, Amni turun ke tingkat 1 pulak sebab nak join Happy Hour yang diadakan oleh Jakel setiap hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.Jadi siapa yang nak grab Happy Hour,sila terjah Jakel pada hari yang disebutkan ya.Setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.

Jakelstore.my Bakal Buatkan Pelanggan Berbelanja Tanpa Sempadan!

Jakel memang dengar setiap permintaan pelanggan mereka.Jadi tahun ni mereka akan buka pembelian secara melalui jakelstore.my yang bakal di buka kepada orang ramai pada 10 May nanti.Jadi siapa yang tak dapat datang ke Jakel boleh beli secara online terus nanti.Apa yang paling best HAPPY HOUR pun ada dekat online store.So sediakan duit sahaja siap-siap ya? Hehe.

jakel kuala lumpur

Pelancaran Jakelstore.my oleh Pengarah Urusan Jakel

So dah buat keputusan nak beli baju raya dekat mana tahun ni? Amni satu family dah siap.Tunggu nak raya je ni haha.

Tahun ni tahun Amni beraya dengan koleksi Jakel.Dah raya nanti Amni share gambar dekat instagram Amni ye! Hehehe.

Selamat berpuasa!

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply