MAKANAN

Kali Kedua Makan di Menate Steak Hub

May 1, 2019
steak striploin menatebsteak house

Kali Kedua Makan di Menate Steak Hub

Assalamualaikum ❀

Tadi tengahari lepas habis job mekap,cakap dekat Farid nak pergi makan dekat Menate Steak Hub.Sebelum start mekap lagi dah bunyi cakap nak pergi makan dekat sana.

Habis mekap terus pergi singgah Menate Steak Hub dekat Ampang.Sampai je tak ada orang sangat.Ada satu family je yang tengah pilih menu jugak.

Tapi kali ni Farid tak nak makan steak.Dia nak makan ayam je katanya.Amni pulak memang teringat-ingat steak dia je.Jadi Amni pilih menu steak.

Jadi menu Farid pilih 1/4 Chicken Roasted,Adira Spagethi Bolognaise dengan sausage dan Amni pulak pilih steak Striploin punya part dengan sos blackpepper di masak dengan medium well cooked punya style. Tekak melayu memang sesuai ambil medium well cooked.Jangan gatal pergi pilih yang half cooked semua tu.Kan tak boleh nak telan haha.

Masa menunggu tak lama.Rasanya kurang dari setengah jam kot makanan dah sampai.

Spagethi Bolognoise with sausage menate steak hub

Ni menu untuk Adira.Memang kids menu punya.Β 

Bolognoise with sausage RM 10

 

1/2 Roasted Chicken Menate Steak Hub

1/4 Roasted Chicken Menate Steak Hub untuk Farid.

1/4 Roasted Chicken RM 18.90

 

Striploin Menate Steak Hub

Dan ini Amni punyaaa.Steak bahagian striploin.

Striploin Steak Medium Well Cooked RM 74.88
Harga steak ni dah include untuk air sekali dan untuk sekali masak.

Tapi air Amni tambah ambil air Hausboom Perisa Strawberry dan Blackcurrant RM 6.90 satu botol.

steak striploin menatebsteak house

Ni bahagian dalam steak yang dimasak dengan kaedah medium well cooked.

Menu dekat Menate steak hub ni boleh dikatakan sedap dan berpatutan dengan harga.Sesekali reward diri dan family lepas penat bekerja tak salah kan.Tak semua menu dekat Menate Steak Hub ni mahal.Kena pandai pilih.Contoh kalau nak makan steak,pilih part yang sedap dan harga yang mampu dengan bajet korang.

Kalau nak makan menu lain pun ada.Jadi jangan risau ya.Kids menus ada,dessert pun ada.Selain dari steak pun ada dekat sini.Semua serba serbi ada la.Pandai buat pilihan menu,insyaAllah bajet pun tak lari taw.

Overall puas hati makanan dekat sini sebab ni dah kali kedua.Tapi aircond sini panas sikit membuatkan Amni cepat-cepat makan haha.Takut Adira mengamuk panas-panas.So akan repeat lagi kalau aircond dah sejuk haha.

Makanan: 4.5 🌟

Suasana: 3.5 🌟

Total harga untuk 3 orang makan: RM 124.65 termasuk tax.

Thanks for reading!

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply