KESIHATAN

Dah Macam Check In Hotel Kalau Datang AVISENA Specialist Hospital Ni.

May 1, 2019

Assalamualaikum ❤

Adira baru je keluar dari wad pediatric Hospital Pantai Ampang dua hari lepas.Alhamdulillah dia semakin sihat tapi selsema pulak.Mungkin cuaca tak menentu ditambah pulak antibody tak kuat sebab Adira tak cucuk lagi vaksin yang umur setahun lebih punya.Nurse dah bising dah hehe.

Sepanjang duduk dalam wad dengan Adira tempoh hari,kerja Amni memang main phone je sebab tak tahu nak buat apa dah hahah.Sesambil main tu nampak kawan Amni pun sama tengah check in hospital dengan anak dia.Dia check in dekat AVISENA Specialist Hospital tu.

Kalau nak tahu dulu nama hospital ni Darul Ehsan Medical Centre.Tapi sekarang dah diberi nafas baru kepada AVISENA Specialist Hospital.AVISENA Specialist Hospital ni terletak di No. 4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor .

Maka bermulalah misi Amni nak stalk hospital ni since nampak kawan Amni check in situ bahagia je gayanya.Tak nampak macam sakit pun anak dia hehe.Dah macam check in hotel gaya diorang.

Bilik Pesakit Dah Macam Bilik Hotel!

First sekali nak cerita pasal bilik dekat hospital ni.Sebab Amni kalau bab memilih hospital ni memang akan tengok bilik dulu haha.Kalau bilik best,baru pilih haha.Sebab nak check in sampai sihat kan.

Ok jom tengok bilik dia.

Royal Suite

royalsuites avisena hospital

 

Bilik Royal Suite ni bagi Amni memang best giler sebab penjaga pesakit disediakan katil sekali ye.Tu paling best bagi Amni hahaha.Dan tengok interior design dia dah macam korang check in hotel kan?Siap dengan TV peribadi,sofa lembut,wardrobe dan cermin nak bersiap lagi.Silap hari bulan tak nak balik rumah haha.

Room features:

  • Electric patient bed
  • Mini room with sleeping bed for companion
  • Butler Service
  • Two (2) sets of cable TV (ASTRO)
  • Two (2) bathrooms
  • Toiletries set
  • Wardrobe
  • Separate dining area
  • Kitchenette with fridge
  • Safety box
  • FREE Wifi
  • Kettle

Suite

Bilik jenis Suite ni pun boleh buat orang sakit jadi sihat dengan environment dia.Langsung tak nampak macam korang check in hospital ya.Dah gaya check in hotel sangat ni.Rasa macam duk rumah sendiri pun ada hehe.Pandai betul AVISENA ni main psikologi pesakit.Dari sakit terus nak jadi sihat gaya macam bercuti dekat hotel.

Room features:

  • Electric patient bed
  • Different theme & decoration concepts
  • Wardrobe
  • Mini room with sleeping bed for companion
  • Kettle
  • Toiletries set
  • Two (2) sets of cable TV (ASTRO)
  • Kitchenette with fridge
  • Butler service
  • FREE Wifi
  • Bathroom

Executive

Executive room ni pun nampak menarik.Kalau penjaga pesakit nak tidur sekali pun boleh sebab disediakan bed-side tepi tingkap untuk penjaga.At least ada lah tempat ko nak betul-betulkan kaki yang lenguh tu sambil jaga orang sakit kan hehe.Toiletries dia pun power.Serba serbi lengkap.

Room features:

  • Electric patient bed
  • Day bed for companion
  • Cable TV (ASTRO)
  • Bathroom
  • Wardrobe
  • Toiletries set
  • Fridge
  • Kettle
  • Safety box
  • FREE Wifi

Junior Executive

Junior executive room ni khas untuk kanak-kanak.Pandai betul AVISENA Specialist Hospital ni tackle budak-budak.Budak kan memang takut nak datang hospital.Lebih-lebih lagi kalau kiri kanan ada kawan-kawan senasib dengan dia.Kawan sebelah nangis,dia pun ikut nangis haha.Tapi junior executive room ni boleh hilangkan rasa takut diorang tu umpama diorang ada dekat rumah sendiri.Hehe.

Room features:

  • Day bed for companion
  • Cable TV (ASTRO)
  • Cupboard
  • Bathroom
  • Toiletries set
  • Fridge
  • Kettle
  • FREE Wifi

Single Bed

Single bed room pun not bad walaupun simple je dekorasi dia tapi masih lagi mampu membuatkan pesakit rasa macam duduk dirumah sendiri.

Room features:

  • Day bed for companion
  • Bathroom
  • Cable TV (ASTRO)
  • Toiletries set
  • FREE Wifi

Double bedded

Double bedded room ni bagi Amni pun cukup selesa dah.Dengan hanya kadar RM 155 satu malam,cukup membuatkan pesakit merasakan keselesaan seperti berada di rumah sendiri.

Room features:

  • Attached bathroom (shared)
  • Toiletries set
  • Cable TV (ASTRO) for each bed
  • Cupboard
  • FREE Wifi

Apa yang paling Amni suka sebab semua bilik ada FREE WIFI yang mana sangat boleh menjimatkan data internet korang sepanjang berada di hospital.Yelah bila check in hospital memang tak ada benda nak buat selain dari rehat.So rehatkan diri sambil layan media sosial hehe.Dah puas layan handphone,layan TV pulak siap ada pakej Astro lagi ye hehe.

Sutera Lounge Dah Macam Golden Class KLIA

Amni sambung lagi stalk tengok another facilities AVISENA Specialist Hospital ni yang mana mereka menyediakan ruangan khas iaitu Sutera Lounge.Ruangan Sutera Lounge ni dah boleh lawan Golden Class lounge dekat KLIA.Lagi mewah dan selesa ya.Serius talk sapa yang datang hospital ni memang terus boleh sihat sebab feeling dia umpama nak check in hotel ye anak-anak haha.

Sutera Lounge AVISENA Specialist Hospital ni nampak menarik pada Amni sebab diorang sediakan makanan yang mana siapa tak suka kan kalau dijamu dengan makanan sambil menunggu appointment kita di attend oleh staff bertugas.Selain kemudahan makanan disediakan,Sutera Lounge juga menyediakan bilik meeting untuk bisnes discussion ke.Buatnya tetiba nak feeling meeting dekat AVISENA Specialist Hospital kan,bolehlah meeting kat sini haha.

avisena specialist hospital

WIFI pun disediakan di sini ye melalui penggunaan IMAC yang disediakan oleh pihak AVISENA.Tandas dia level hotel sampai korang mungkin tak nak keluar haha.

Tapi kalau korang sign up as Sutera Lounge Membership, lagi banyak kemudahan yang korang boleh nikmati antaranya:

  • Akses penuh ke Sutera Lounge dan kemudahan yang disediakan sepanjang tahun semasa waktu bekerja.
  • Parking percuma untuk ahli yang menggunakan servis pesakit dalam.
  • Naik taraf bilik untuk semua kemasukan bergantung pada kekosongan semasa bilik.
  • Diskaun 10% untuk Pakej Saringan Kesihatan AVISENA
  • Rawatan preskripsi ubat yang pantas (tertakluk kepada nasihat pakar)
  • Semua temujanji dan rujukan akan diuruskan secara khas oleh kakitangan khas AVISENA.
  • Pengurusan temujanji khas untuk ahli yang memerlukan servis pakar pesakit luar
  • Sesi temujanji secara berkala selama suku tahunan dengan pegawai perubatan AVISENA.
  • Percuma E-newsletter secara bulanan.

Sebenarnya banyak lagi kemudahan lain dekat AVISENA Specialist Hospital ni yang mana Amni rasa korang pun nak datang berkali-kali.No wonder Amni tengok ramai yang suka check in sana.Kemudahan diorang memang level hotel 5 bintang ya.

Antara kemudahan lain lagi yang AVISENA Specialist Hospital sediakan ialah:

  • Buggy service dari tempat parking sampai ke pintu utama hospital.
  • Parking valet dan parking biasa untuk kemudahan pesakit dan pelawat lengkap dengan CCTV 24 jam.
  • Kedai serbaneka
  • Servis penghantaran pesakit ke rumah.
  • Taman Therapeutic yang mana nak hilangkan stress boleh datang sini hehe
  • Kedai bunga dan hadiah
  • Kemudahan WIFI percuma
  • ATM Machines juga disediakan.Jadi jangan risau kalau tak ada cash.
  • Surau di tingkat ground floor dan tingkat 1.Bawak diri je.Telekung, sejadah dan al-quran semua disediakan.
  • Stesen bas seksyen 14 dan kemudahan teksi sangat mudah ye.Jangan risau.
  • Kemudahan indoor playground untuk kanak-kanak yang datang melawat atau warded di AVISENA yang disediakan di tingkat 1.

Boleh dikatakan AVISENA Specialist Hospital ni serba serbi lengkap.Datang bawak baju dan diri je dan berehat sampai sihat umpama bercuti di hotel.Kemudahan dan servis yang disediakan cukup  membuatkan sesiapa sahaja merasa selesa dan berbaloi.

Servis Perubatan Dan Pembedahan Di AVISENA Specialist Hospital

Okai dari segi servis perubatan dan pembedahan yang disediakan di AVISENA Specialist Hospital pula,Amni tengok banyak sangat.Kadang apa yang tak ada dekat hospital biasa,turut disediakan di sini.

Antara servis perubatan yang ‘laku keras’ dekat AVISENA ni ialah:

  • Pekhidmatan Kecemasan yang beroperasi 24 jam sehari selama 365 hari setahun
  • Perkhidmatan Dialisis AVISENA untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.
  • Perkhidmatan Saringan kesihatan
  • Perkhidmatan pembedahan yang melibatkan kecederaan sukan,lutut dan sendi.
  • Pembedahan Laparoscopic yang profesional membantu mengurangkan trauma pada pesakit.
  • Fess Balloon Sinusplasty yang membantu membuka halangan pada rongga hidung pesakit
  • Intervensi Kardiology yang membantu mengurangkan dan merendahkan risiko sakit jantung
  • Perkhidmatan perubatan dan pembedahan pergigian juga ada.Lengkap dari awal sampai akhir.
  • Perkhidmatan IVF untuk pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat juga disediakan di sini.

Banyak betul servis perubatan AVISENA Specialist Hospital ni.Senang satu hospital semua cukup lengkap.Tak perlu nak refer ke hospital lain dah kan.Semua dalam satu tempat je.

Tapi ada satu cerita best nak share lagi ni.Hehe.Tengok dekat website diorang yang AVISENA akan buka AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) pada 6 Mei 2019 ni.

Apa yang paling buat Amni kagum sebab AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) merupakan hospital swasta pakar wanita dan kanak-kanak No.1 di Malaysia ya.Kalau korang pergi google pun memang tak ada lagi hospital swasta lain yang bukak complete macam ni khusus untuk wanita dan kanak-kanak.

Hospital pakar wanita dan kanak-kanak ni bakal memuatkan 130 katil dalam bangunan yang berkonsepkan butik style gitu.Agaknya kalau ada anugerah khas untuk hospital,Amni rasa AVISENA ni layak dapat untuk kategori hospital taraf hotel 5 bintang.Semua benda jadi class dan bergaya gitu.Yang sakit pun boleh jadi sihat bila admit sini haha.

Antara servis yang di sediakan di AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) ialah paediatric servis,Children Development Centre,Women’s Service , Plastic and Aesthetic services. AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) juga bakal mempunyai 3 dewan pembedahan,3 unit Intensive Care Unit (ICU) , 4 NICU , 9 HDU dan 5 bed-day-care .

Kemudahan di AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) pun boleh tahan kelas taraf dunia jugak ni. Ada spa untuk kanak-kanak dan wanita, taman permainan sensori untuk kanak-kanak , dewan theater untuk kanak-kanak dan servis CT scan dengan 128 slices tapi dengan low doses punya.Jadi jangan risau okai.

AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH)

Bagi korang yang menggunakan panel insurans atau medical card jangan risau sebab AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) sendiri memang menerima panel insurans seperti berikut:

  • AIA Berhad dan AIA Public Takaful Berhad
  • Allianze Life Insurance Berhad
  • Allianze General Insurance Company ( Malaysia) Berhad
  • Etiqa Insurance & Takaful
  • MPI Generali Insurance Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad

Anak Amni pakai medical card AIA jadi tak ada masalah nak datang sini lepas ni kalau ada sebarang kecemasan.Kebetulan kalau pergi rumah nenek dia dekat Klang,jadi apa-apa ke boleh terus langsung ke sini kan.

Bagi korang yang tinggal berdekatan Klang dan Shah Alam tu bolehlah usha AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH)  lepas ni.Lebih-lebih lagi hospital ni baru nak bukak May 2019 ni.Ya bulan depan dah tu hehe.

Jadi orang pertama rasmi duduk hospital ni pun best.Serba serbi baru taw hehehe.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai AVISENA Specialist Hospital boleh terus ke pautan http://avisena.com.my/

Untuk lebih info mengenai AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) pula terus ke pautan http://avisena.com.my/?service=womens-childrens-specialist-hospital

Jangan lupa follow dan like page AVISENA Specialist Hospital dekat sini : https://www.facebook.com/avisenawcsh/

 

 

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply