KECANTIKAN

Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo Syampu Rambut Terbaik Untuk Kelemumur

Apr 23, 2019
le ment shampoo

Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo

Ok yang ni shampoo pertama Amni cuba dalam bentuk foaming bubbles macam tu.Bila picit je dia dalam bentuk foaming bubbles.Macam whipe cream macam tu la.

le ment shampoo

Shampoo ni khusus untuk atasi masalah kelemumur pada rambut which is Amni sendiri memang ada masalah tu.Once berhijab,memang tak boleh lari dari masalah kelemumur ni.Tambahan lagi bila cuaca yang tak menentu.Kejap panas kejap lembap.

Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ni pun salah satu shampoo yang popular dekat Jepun.Sama popular dengan pencuci muka Fleuri tadi tu.

Ok antara kandungan dalam Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ni ialah:

  • Amino Acid Cleansing Ingredients dan High Cencentration Carbonic Acid yang mana boleh bantu rambut jadi lembut dan tidak kusut
  • Plant Essential Oil yang bantu lembapkan dan membaiki struktur rambut yang rosak
  • 9 Extract-based herbal from organic plants yang bantu melembapkan kulit kepala.

Tapi kandungan yang paling best bagi Amni ialah High Concentration Carbonic Acid yang mana Carbonic Acid ni bagus sebab dia boleh masuk ke celah-celah kulit rambut yang mana shampoo biasa tak boleh buat.Tapi jangan risau sebab walaupun dia mencuci sampai ke dalam,kulit kepala akan lembap sebab dalam shampoo ni kan dia dah letak Plan Essential Oil yang bantu lembapkan balik kulit kepala selepas mencuci.

Setakat ni Amni guna shampoo ni,Amni puas hati sebab senang nak cuci dan tak melekit pada rambut berbanding shampoo biasa yang lain.Lepas dah guna Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ni jangan lupa pakai perapi rambut untuk kekalkan lembapan rambut.Rasa gatal-gatal dekat kulit kepala disebabkan oleh kelemumur pun berkurangan ye.

Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ni bagi Amni best sebab setanding dengan shampoo di saloon rambut tu.Pendek kata kenapa susahkan diri nak ke saloon kalau boleh cuci sendiri rambut di rumah pakai Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ni kan? Hehe.

Bagi yang berminat nak dapatkan Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ni,boleh dapatkan di website mereka di:

Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo : http://bit.ly/2CZJJ8B

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply