SEMBANG SANTAI

Program Pure Heart Bantu Golongan Keluarga Berpendapatan RM 1500 Ke Bawah

Mar 5, 2019
macam mana nak tolong keluarga asnaf susah

Assalamualaikum ❤

Malam ni sambung menaip lagi.Demi nak berkongsi apa yang terbuku di hati dengan para pembaca blog Amni.Sebenarnya dua tiga hari ni kerap sangat Amni baca kes keluarga susah.Yang terbaru paling sedih kanak-kanak berumur dua tahun yang mati akibat tertusuk pisau sedalam 15 sentimeter.Sumpah sedih sampai nangis peluk Adira 😢

Tapi ada hikmah disebalik pemergian anak kecil itu,di mana keadaan keluarganya yang sebenar penuh kedaifan mendapat perhatian dari Ahli Dewan Undangan Negeri terbabit.Allahuakbar,moga Allah permudahkan segala urusan buat keluarga ini.Sangat terkesan di hati seorang ibu seperti Amni ni.

Pure Heart , Program Terbaik Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan

program pure heart muslim volunteer malaysia

 

Sebenarnya ramai belum tahu bahawa Muslim Volunteer Malaysia juga ada mengusahakan satu program yang diberi nama Pure Heart di mana program ini secara berfasa bertujuan membantu golongan keluarga isi rumah yang berpendapatan RM 1500 dan ke bawah.Bentuk bantuan yang diberikan oleh Muslim Volunteer Malaysia adalah berbentuk barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak.Satu usaha yang sangat murni Amni kira dari MVM ni.Ya lah,setidaknya kalau mereka diajar dengan kemahiran seperti menjahit dan memasak,mereka boleh gunakan ilmu dan kemahiran itu untuk mencari rezeki lebih.Kan?

Usaha murni MVM menjayakan program PURE HEART mendapat perhatian umum bilamana MVM diumumkan antara 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam anugerah Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri.Sebagai pemerhati dari jauh,Amni bangga anak muda dalam MVM yang mampu menjayakan program sukarelawan seperti ini.

Program yang berjalan selama 10 bulan setiap tahun dari Februari hingga November ini sebenarnya dah masuk hampir 4 tahun lamanya di mana program ini mula dilancarkan pada 2016.

Seramai 3,790 orang Berjaya Dibantu Melalui Pure Heart

Kalau korang nak tahu, Muslim Volunteer Malaysia cuba mendekati keluarga yang berkemampuan ini melalui kerjasama dengan pihak sekolah kebangsaan sekitar Selangor.Dari situ mereka dapat kenal pasti murid-murid yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.Apa yang paling telus bagi Amni dalam program ini ialah bilamana pihak Zakat Selangor merupakan penasihat bagi program ini.

Antara sekolah kebangsaan yang telah berkerjasama dengan Muslim Volunteer Malaysia melalui program Pure Heart:

  • 2016 – Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
  • 2017 – Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga)
  • 2018 – Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga)
  • 2019 – Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga)

Kalau dikira,selama 4 tahun program Pure Heart berjalan, seramai 3,790 orang telah berjaya dibantu bagi menaik taraf hidup mereka.Allah satu angka yang cukup banyak bagi Amni.Semoga lebih ramai keluarga akan dibantu selepas ini InsyaAllah!Sebelum Amni terlupa,penerima bantuan mestilah warganegara Malaysia dan berpendapatan isi rumah RM 1500 ke bawah.

Bagaimana Bentuk Bantuan Dari Program Pure Heart?

Ok kalau korang nak tahu, melalui program Pure Heart ni, Muslim Volunteer Malaysia akan berikan bantuan secara berfasa kepada keluarga yang terpilih iaitu fasa bantuan barangan asas,fasa bantuan kemahiran dan fasa bantuan komitment.

Fasa Bantuan Barangan Asas

Ok untuk fasa ni,keluarga asnaf dan anak-anak asnaf semua akan dapat bantuan.Mereka sekeluarga akan diberi kotan bantuan Pure Heart yang mengandungi barangan keperluan asas selama sebulan.Anak-anak asnaf pula akan diberi bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah.

Fasa Bantuan Kemahiran

Jujur Amni cakap,ekonomi negara kita sekarang sangat mencabar.Jadi sebagai langkah bersiap sedia memang kena lengkapkan dengan apa sahaja kemahiran.Setidaknya boleh buat side income cari duit lebih kan kalau ada kemahiran tertentu.

Dengan program Pure Heart ni jugak,keluarga asnaf terpilih akan diajar kemahiran tertentu contohnya macam kemahiran menjahit,memasak,pengisian rohani dan jasmani , cara menguruskan kewangan yang betul, keselamatan dan lain-lain lagi. Jadi bila mereka ini diajar dengan kemahiran sebegini,diorang boleh kembangkan kemahiran tu sambil cari duit lebih.Betul tak?

Fasa Bantuan Komitment

Perasan tak,kebanyakan anak-anak asnaf atau ahli keluarga asnaf tu sendiri sebenarnya diorang ni ada bakat masing-masing.Contohnya ada anak asnaf yang pandai dalam bidang masakan,tapi tak tahu atau tiada kewangan yang mencukupi untuk kembangkan bakat tu.Akhirnya bakat mereka terkubur macam tu je.

Dan disinilah Muslim Volunteer Malaysia memainkan peranan mereka di mana mereka akan membantu ahli keluarga atau anak asnaf yang komited dalam memulakan perniagaan tersendiri mereka.Seingat Amni masa pergi dinner Volunteer Appreciation Awards 2018 tahun lepas,ada seorang ibu asnaf  yang pandai buat kek dan dibantu oleh pihak MVM sendiri sampaikan dia berjaya kembangkan bisnes dia dengan baik.Sumpah kek dia memang sedap sebab malam dinner VAA 2018 haritu Amni dah rasa hokaido kek dia!

Peluang Tunai Umrah Bagi Keluarga Asnaf

Apa yang lagi best, keluarga asnaf yang komited dalam program sepanjang tahun Pure Heart ni berpeluang untuk menunaikan umrah yang ditawarkan oleh pihak MVM sendiri.Dan tahun ini 2019, MVM masih lagi meneruskan tawaran ini untuk satu pasangan keluarga asnaf yang penuh komited sepanjang program Pure Heart ini berlangsung.

Perbezaan Program Pure Heart 2019 Dengan Bantuan NGO Lain

Amni nampak program Pure Heart 2019 ni sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan program bantuan dari NGO-NGO lain.Ada 3 kelebihan yang mana korang takkan jumpa dekat program NGO lain.

Pertama program Pure Heart 2019 kali ni ada kempen LUNCH BOX JUNIOR untuk anak-anak asnaf.Selain itu diorang juga diberi bantuan seperti tajaan kelas tambahan dan bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol
minuman dalam kempen ini.

anak anak susah

 

Kedua, kempen Dapur Berasap,Keluarga Bahagia dilancarkan oleh MVM dengan tujuan supaya orang ramai khususnya mereka di sekitar Lembah Klang dan Selangor dapat menghulurkan bantuan barangan asas kepada keluarga asnaf ni.

keluarga susah perlu bantuan

Kempen ni lebih kepada nak kumpulkan sumbangan dari orang ramai dalam bentuk barangan dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili.Pendek kata barangan kering untuk makanan harian mereka.Dekat akhir artikel ni Amni akan share macam mana beri sumbangan dekat keluarga asnaf ni melalui program Pure Heart ni ya.

Kempen Wakaf Buku Si Cilik ni sebenarnya tetiba mengingatkan kisah sedih Amni masa sekolah rendah dulu.Pernah Amni masa sekolah rendah dulu suarakan hasrat dekat umi abah nak beli kamus bahasa inggeris.Tapi masa tu keluarga Amni susah.Dan end up umi abah tak dapat beri duit untuk beli kamus.Sedih juga masa tu tak dapat beli kamus tapi faham masa tu family Amni susah.So Amni faham perasaan seorang anak kalau tak ada kelengkapan buku yang lengkap untuk belajar,sebab Amni pernah ada dalam situasi tu.

derma buku terpakai di sini

So korang yang ada buku-buku lama yang dah tak guna tu dan masih boleh digunakan bolehlah beri sumbangan dan wakafkan kepada anak-anak asnaf ni pulak.Setidaknya korang pun dapat pahala nanti.Kan?

Macam Mana Nak Beri Sumbangan Untuk Pure Heart?

Bagi korang yang nak menderma barangan keperluan asas dapur boleh tengok senarai bantuan yang diperlukan.

Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :

  • Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
  • Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
  • Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.

Barangan asas ni akan dibungkus dalam kotak khas berlabelkan PURE HEART program.

Sedikit maklumat tajaan untuk korang tahu dan cakna jadi boleh sumbang ikut kemampuan korang ya.

Maklumat tajaan :

  • 1 Tajaan Kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga.
  • Sasaran = 250 keluarga
  • Jumlah sasaran = RM20,000 / sebulan atau RM200,000 / 10 bulan

Pilihan Tajaan:

Tajaan Sebulan:

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan):

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun

 

Nak derma secara online pun boleh ye korang.Semua dah senang sekarang.

Korang boleh terus ke website donation MVM : www.donation.mvm.org.my

Dan bagi korang yang nak derma atau wakafkan buku-buku terpakai,alquran dan muqadam,boleh hantar atau pos buku-buku tersebut di:

HQ Muslim Volunteer Malaysia
• Waze : Muslim Volunteer Malaysia
• Alamat : 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong,
Selangor.
• Boleh hubungi Azizi 012 235 6854 untuk pertanyaan lanjut.

Penajaan Korporat:

Bagi urusan penajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM
012 235 6854 atau email fund@mvm.org.my.

Hubungi Kami :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
• Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854
• Website: http://www.mvm.org.my
• Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
• Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
• Twitter: https://twitter.com/volunteermvm

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Muslim Volunteer Malaysia NGO Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria Jun 14, 2019 at 1:34 PM

    […] sejujurnya Amni sangat salute dengan team Muslim Volunteer Malaysia yang berterusan menghulurkan bantuan kepada saudara seislam kita di Syria tu.Andai Allah beri […]

  • Leave a Reply