SEMBANG SANTAI

Volunteer Appreciation Awards Rai Sukarelawan Yang Berjasa

Jan 13, 2019

Volunteer Appreciation Awards Rai Sukarelawan Yang Berjasa

Assalamualaikum 🌸

Walaupun hari ni dah masuk hari ke 5 Januari,tapi Amni masih lagi teringat dengan kemeriahan majlis Volunteer Appreciation Awards 2018 yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia pada 30 Disember yang lalu.Majlis yang penuh dengan meriah dan keberkatan ni dilangsungkan di Bizmilla Wedding Hall , One-City Subang.

Ini merupakan kali pertama Amni sampai di Bizmilla Wedding Hall.Sebelum ni banyak dengar dari mulut kawan-kawan je.Bila tengok depan mata sendiri memang cukup meriah dan cantik dewan perkahwinan Bizmilla Catering ni.Kalau korang nak tahu, Bizmilla Catering ni merupakan perniagaan yang di asaskan oleh penyanyi Mila Jirin bersama suaminya.

Majlis makan malam amal iaitu Volunteer Appreciations Awards 2018 anjuran Muslim Volunteer Malaysia ini sebenarnya bertujuan meraikan penubuhan MVM yang memasuki tahun ke-4 sekaligus untuk meraikan para Muslim Volunteer Malaysia,keluarga asnaf,pekerja,rakan-rakan media serta NGO lain yang telah lama bersama menaikkan nama MVM selama ini.Bertemakan ‘A night of appreciation’ dan berkonsepkan ‘garden’ , majlis ini selamat berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam dengan dihadiri kira-kira 400 orang jemputan.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam ini dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Fadzli Far East dan dimeriahkan oleh pengacara jemputan iaitu Dai’ Izhar Nazri,pendakwah Millenia.

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Bacaan doa oleh Ustaz Fadzli dari Far East

Presiden Muslim Volunteer Malaysia , saudara Ya Muhammad turut memberi ucapan perasmian sekaligus merasmikan tiga agenda penting bagi sesi 2019 iaitu Pusat Tuisyen Salam,Sistem Auto-Debit sumbangan dan projek penulisan #PenaMVM.

muslim volunteer malaysia

Ucapan perasmian dari Presiden MVM, saudara Ya Muhammad

Pusat Tuisyen Salam Inisiatif Bantu Anak-Anak Asnaf

Dari apa yang diberitahu oleh Presiden MVM, pusat tuisyen SALAM ini sebenarnya lebih kepada untuk membantu anak-anak asnaf PureHeart yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bimbingan tambahan dalam pelajaran.Satu usaha yang sangat bagus demi memastikan anak-anak asnaf tidak keciciran dalam pelajaran.Allah,semoga Allah permudahkan segala usaha MVM ini.Pusat tuisyen SALAM ini turut dibuka untuk orang awam dengan kadar yang berpatutan.InsyaAllah pada artikel akan datang,Amni akan kongsikan ya.

Sistem Auto-Debit Sumbangan Ladang Pahala Ke Dunia Akhirat

Bagi Amni,sistem auto-debit yang dilancarkan oleh Muslim Volunteer Malaysia ini merupakan satu usaha yang bagus.Setidaknya,kita dapat ‘bercucuk tanam’ pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan ke akhirat sana.Para penderma boleh menyumbang secara tetap melalui halaman www.donation.mvm.org.my dan pilih tetapan ‘Monthly Donation’ untuk menderma.

muslim volunteer malaysia

Hanya pilih Monthly Donation dan kempen yang ingin anda sumbangkan.

#PENAMVM Medan Sukarelawan Berkongsi Suka Dan Duka

Projek penulisan #penaMVM bukanlah seperti kotak aduan atau cadangan.Namun inisiatif ini adalah untuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan sukarelawan MVM sendiri.Menjadi serta melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan,pastinya banyak pengalaman yang ingin dikongsi bersama para pembaca di luar sana.Baik suka mahupun duka semuanya boleh dikongsikan dengan para pembaca di luar sana agar sama-sama memahami kisah di sebalik dunia kesukarelawan.

muslim volunteer malaysia

 

2019 Tahun ‘Gempur’ Bagi Muslim Volunteer Malaysia

Pada malam itu juga, Amni sempat mendengar pembentangan secara ekslusif Takwim Program Muslim Volunteer Malaysia bagi sesi 2019 oleh Tuan Islahuddin Penolong Pengurus Program & Komunikasi. MVM menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan dimana 90% adalah di dalam Malaysia dan 10% di luar negara.InsyAllah sama-sama kita doakan semoga semua yang dirancang oleh MVM dipermudahkan.

Sesi pendaftaran sukarelawan dengan harga yang istimewa turut diadakan pada malam itu.Amni belum sempat daftar sebab lupa nak bawak cash malam tu hehe.MVM pun turut mengadakan jualan merchandise mereka dengan potongan harga yang istimewa iaitu sebanyak 15% .Kalau bawak cash,memang dah beli t-shirt diorang.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu ialah penyampaian anugerah kepada semua calon sukarelawan yang bertanding.Serius,majlis diorang ni sangat meriah dan gempak.Amni dapat rasakan semangat kesukarelawan diorang masa majlis tu.Paling Amni kagum adalah hampir 90% sukarelawan yang hadir pada malam itu adalah anak-anak muda.Yang mana lebih muda dari Amni taw.Allahuakbar,moga Allah berkati setiap amalan mereka.Amin!

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah anugerah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan,
Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir.5 anugerah khas juga turut diberikan iaitu anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah,anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.

Anugerah tokoh kemanusiaan kalau korang nak tahu pertama kali diperkenalkan oleh MVM dan dianugerahkan kepada Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Beliau merupakan inspirasi tokoh sukarelawan negara yang menjadi contoh kepada anak-anak muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan.

Selain penyampaian anugerah,kitorang turut dihiburkan dengan nyanyian oleh artis Lah Ahmad dan IN-TEAM.Sempatlah mengimbau kenangan zaman sekolah layan lagu-lagu diorang ni hehe.

Satu slot ‘5 minutes that counts’ telah diadakan semasa majlis berlangsung untuk mengutip derma sepantas kilat bagi misi #SyriaKamiDatang pada 16 Januari nanti.Sasaran yang diperlukan kali ini ialah sebanyak RM300,000 dan Alhamdulillah sebanyak RM 4694.70 telah berjaya dikutip dalam masa 5 minit sahaja.Semoga sedikit sebanyak dapat menampung jumlah kutipan yang diperlukan untuk Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0.

 

Majlis berakhir dengan persembahan penutup dari In-Team dengan lagu evergreen mereka iaitu Nur Kasih.Sempat jugak la sis layan jadi back up singer dari belakang.Hehe.

Akan datang kalau ada majlis macam ni,sis nak datang lagi.Sebab best dan meriah gila!

Terima kasih untuk para penaja yang berbesar hati menaja majlis yang penuh keberkatan ini.

Penaja Emas : Fadeco Group
Penaja Perak : Global Peace Mission Malaysia
Penaja Gangsa : Prof Muhaya Eye & Lasik Centre
Penaja Tempat :Bizmilla Catering

Penaja Hadiah :
1. Tudung Siti Murni
2. Vevious Malaysia
3. Inteam Records
4. Izz Dew Florist
5. Syabab Cookies

Muslim Volunteer Malaysia masih memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk melaksanakan misi-misi kemanusiaan mereka.Bagi yang ingin menderma boleh hulurkan melalui akaun berikut:

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

Jangan lupa korang WAJIB follow akaun media sosial MVM di:

Media Sosial
Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan: https://donation.mvm.org.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter: https://twitter.com/volunteermvm

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply