SEMBANG SANTAI

Ikon Muslim Volunteer Malaysia Bukti Sokongan Tidak Berbelah Bahagi

Dec 14, 2018

Assalamualaikum πŸ’“

Pada khamis 6 Disember yang lalu,Amni sempat menghadirkan diri ke majlis sidang media pelantikan Ikon Muslim Volunteer Malaysia bagi sesi 2019/2020.

Baca sini : Hari demi hari dunia semakin tenat tanpa disedari .

Majlis yang berlangsung secara tertutup ini di adakan di Ballroom 2,Hotel De Palma Shah Alam.Majlis ini bermula sekitar jam 3 petang dan dihadiri oleh media yang tertentu sahaja.

ikon muslim volunteer malaysia 2019

Apa yang Amni nak kongsikan pada hari ni lebih kepada mengenai Ikon Muslim Volunteer Malaysia ini sendiri.

Dan Amni yakin mesti korang tertanya-tanya kenapa sampai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MVM ni perlu ada IKON kan?

Macam jual produk pulak ye?

Sebenarnya,ini adalah sebahagian dari usaha Muslim Volunteer Malaysia untuk menyebarkan lagi usaha mereka dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan.Usaha ini sebenarnya dapat membantu memberi impak yang positif di kalangan masyarakat kita bahawa sebenarnya masih wujud pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membantu mereka yang kurang berkemampuan baik di dalam mahupun di luar negara.

Kerjasama yang dijalinkan antara Muslim Volunteer Malaysia dengan Ikon-Ikon ini yang terdiri dari pelbagai latar belakang sebenarnya bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat supaya sama-sama berkecimpung menolong mereka yang memerlukan.Malah Amni nampak usaha ini bagus sebagai contoh tauladan kepada generasi akan datang.Dan bagi Amni,usaha sebeginilah yang harus diuar-uarkan kepada anak-anak muda di luar sana.

Kalau korang perasaan,pengaruh seseorang selebriti atau influencer itu terlalu kuat sehinggakan wujud ‘satu golongan’ yang pasti akan mengikut segala perlakuan mereka ini.Maka atas dasar inilah, Muslim Volunteer Malaysia mengadakan kerjasama dengan selebriti,usahawan dan influencer untuk menyebarkan lagi segala aktiviti dan mesej yang ingin disampaikan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Jadi bagi Ikon Muslim Volunteer Malaysia sesi 2019/2020 ini ialah mereka yang terdiri dari kumpulan nasyid popular tanah air iaitu In-Team, Mila Jirin (Selebriti dan usahawan) , Ernayanee Nur Julaimi (CEO Dexandra) , Dai’ Ahmad Izzhar (Dai’ Musim Kedua) dan Ustaz Dato Dr Mohd Izhar Ariff (Personaliti Dakwah Malaysia).Β 

ikon muslim volunteer malaysia 2019

Pelantikan Ikon MVM kali ini merupakan kali ketiga untuk MVM dimana pada 2017, MVM telah berjaya bekerjasama dengan Dato’ Fadzilah Kamsah, Dato Dr Prof Muhaya Mohamad , Heliza Helmi , Diana Amir dan Azmi Saat (Caliph Busker). Malah kerjasama mereka ini masih lagi utuh sehingga ke hari ini dalam menyebarkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh MVM sendiri.

perubuhan bukan kerajaan terbaik di Malaysia

Blogger bersama Ikon MVM 2019/2020 iaitu Dai’ Izhar dari Pendakwah Millenia Musim Kedua.

 

perubuhan bukan kerajaan terbaik di Malaysia

Blogger bersama Ikon MVM 2019/2020 iaitu Rahim Dan Shah In-team

Selain acara pelantikan Ikon MVM 2019/2020 ini, MVM juga telah melancarkan program Winter Mission 3.0 di mana Muslim Volunteer Malaysia bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu menyalurkan bantuan baju sejuk dan kotak makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep,Syria-Turki.

https://donation.mvm.org.my/donations/winter-mission-syria-here-we-come-3-0/

Kalau korang nak tahu purata suhu di Gaziantep,Turki di ramalkan antara 7-9 darjah celcius. Boleh bayangkan tahap kesejukan dia macam mana? Kita sejuk dekat Cameron Highlands pun dah menggigil nak mandi,diorang apatah lagi. Sejuknya sampai ke tulang.

Jadi sejajar dengan usaha MVM dan GPM untuk ke sana, MVM akan menjalankan kempen-kempen pengumpulan dana melalui sosial media selama 2 bulan mulai bulan ini untuk mengumpul dana sebanyak RM 300,000 . Kalau company korang atau ada individu nak menyumbang, sangat-sangatlah di alukan. Nanti Amni akan bagi details dekat bawah ya.

UntukΒ Winter Mission 3.0Β ni, MVM akan hantar sendiri sukarelawan mereka dalam 4-5 orang bersama-sama dengan sukarelawan GPM yang lain pada 16 hingga 25 Januari 2019 ini.

Kalau korang nak tahu pada misi pertama yang lalu, MVM telah berjaya menghantar bantuan sebanyak RM 100,000 merangkumi bantuan kit musim sejuk dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) .

Bagi misi kedua pada awal Januari 2018 , sekali lagi MVM bekerjasama dengan MLLFS berjaya menghantar bantuan sebanyak RM200,000 merangkumi bantuan seperti baju sejuk,selimut dan susu bayi. Bantuan yang diberikan oleh MVM dan MLLFS ini berjaya memanfaatkan kira-kira 3,000 pelarian di Kem Pelarian Syria dan Turki.

muslim volunteer malaysia

Sekitar misi Winter Mission 2.0 Januari 2018

InsyaAllah Amni doakan semoga Winter Mission 3.0 berjaya dilaksanakan menjadikan jumlah sumbangan yang berjaya dihantar adalah sebanyak RM 600,000 . Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk MVM. Doa kita juga boleh dijadikan asbab sekecil-kecil amalan yang bakal diterima di sisi Allah. InsyaAllah.

Jadi bagi korang yang nak menderma atau menghulurkan sumbangan bagi Winter Mission 3.0 kali ini, boleh terus ke pautan berikut:

Winter Mission 3.0Β 

http://www.donation.mvm.org.my/

pertubuhan bukan kerajaan terbaik di Malaysia

You Might Also Like

23 Comments

  • Reply Chaza Xiaojie Dec 22, 2018 at 11:08 AM

    Satu usahasama yang sangat baik dan bagus bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan sekarang yang melanda saudara kita di syria. Semoga niat baik Ikon Muslim Volunteer ini mampu memupuk perasaan simpati dan kasih sayang serta empati terhadap saudara kita yang kurang bernasib baik. InshaAllah

  • Reply Sherry Dec 22, 2018 at 3:43 PM

    great effort as I didn’t know of it until I read your post here. It’s good deed helping others, shall share this info with my friends too.

  • Reply Suria Amanda Dec 22, 2018 at 4:23 PM

    Jom sama-sana kita bantu meringankan beban mereka…musim sejuk sangat merisaukan dan keselamatan mereka juga tidak terjamin..x dapat bayang kalau mereka dalam kesejukkan tanpa bantuan..at least kita boleh ringankan beban mereka yang sangat memerlukan

  • Reply Halimah Dec 22, 2018 at 5:06 PM

    Kak mmg dah lama dgr PVM tp baru tahu skrg dah ada ikon dis kalangan selebriti, bagus jgklah program mcm tu utk menarik org ramai memberi bantuan

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:12 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Rane Chin Dec 22, 2018 at 5:37 PM

    Muslim Volunteer Malaysia is a nice campaign. to help ppl that are in need. welcome every one in Muslim Volunteer Malaysia campaign.

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:12 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Cik puan Ena Dec 22, 2018 at 5:52 PM

    Semoga urusan mereka untuk beramal dipermudahkan dan selamat. Kita yang hanya melihat pon rasa sedih bagaimana nak lalui kehidupan seharian ditambah pula dengan cuaca yang sangat sejuk. Minat sangat dengan mila sebab dia usahawan berjaya. Artis contoh jugak.

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:12 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Auni Afiqah Dec 22, 2018 at 6:50 PM

    Sedih pula tengok. Moga program ini berterusan, membantu rakyat Syria, moga Allah balas dengan keberkatan hidup.

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:12 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Ana Suhana Dec 22, 2018 at 10:52 PM

    Tahniah MVM kerana berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menghulurkan pertolongan pada yang memerlukan di dalam dana luar negara. Semoga lebih ramai anak muda yang sudi menjadi sukarelawan MVM.

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:12 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Mimi Dec 23, 2018 at 2:09 AM

    Bagus ditubuhkan Muslim Volunteer Malaysia ni untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik. Mereka lebih memerlukan bantuan daripada kita. Bagus diadakan pertubuhan dan kempen macam ni sekurang kurangkan kita dapat membantu meringankan beban mereka

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:11 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Bella Jamal Dec 23, 2018 at 2:10 AM

    Kolabrasi positif dgn selebriti untuk mantapkan lagi program ni. Memang penting adanya IKON supaya masyarakat turut boleh ikut serta dengan sebaran maklumat dari mereka. Semoga program ni berjaya mengutip bantuan sasaran untuk Syria. Amin.

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:11 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Zharif Azis Dec 23, 2018 at 2:19 AM

    Memang xdpt dinafikan, figura2 terkenal tanah air, baik penyanyi, pelakon mahupun pendakwah, perlu ada dlm menjayakan usaha seperti ini. Kerana impaknya yg lebih positif dan mereka mempunyai pengikut2 nya yg tersendiri. Harap ada byk lagi usaha2 murni dlm membantu mereka yg di dalam kesusahan.

    • Reply Dunia Farisya Jan 13, 2019 at 1:11 PM

      InsyaAllah sama2 doakan supaya MVM terus maju

  • Reply Jaja Zaleha Dec 24, 2018 at 6:53 AM

    Selalu nampak iklan MVM ni Facebook. Usaha yang sangat bagus dilakukan oleh mereka, keep it up!

  • Reply Sunshine Kelly Dec 25, 2018 at 6:58 PM

    Its my first time get to know about NGO also has their own IKON, thanks for sharing the information about Ikon Muslim Volunteer Malaysia. Its an eye opener and interesting to know about their journey towards helping the less fortunate people.

  • Leave a Reply