SEMBANG SANTAI

Hari Demi Hari Dunia Makin Tenat Tanpa Disedari

Nov 22, 2018
muslim volunteer malaysia

Assalamualaikum ❤

Hari ni Amni curi sedikit masa untuk berkongsi ‘sesuatu’ dengan pembaca di luar sana.Antara realiti atau sekadar mimpi?Sama-sama kita hayati dengan mata hati yang diberi.

Tiap hari kalau Amni scroll dan scroll lagi feed facebook,pasti akan disajikan dengan pelbagai berita yang kurang enak.Antara yang paling terkesan di hati Amni ialah kisah ibu tunggal.

Sejak dah berkahwin memang hati sedikit sensitif bila baca kisah seperti ini.Yalah,sebagai seorang wanita,memang Amni sendiri sedih kalau golongan wanita mengalami nasib sebegitu rupa.

Definisi Ibu Tunggal Di Malaysia

Sebelum tu Amni kongsi dengan korang definisi ibu tunggal yang telah diluluskan oleh kerajaan sejak 2015 yang lalu.

Definisi itu ialah wanita yang merupakan ketua keluarga yang telah bercerai atau berpisah secara kekal dengan suaminya dan mempunyai anak yang belum berkahwin yang tinggal bersamanya.

Definisi kedua merupakan wanita selaku ketua keluarga dan telah berkahwin namun suaminya tidak mampu bekerja ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan dan terdapat anak yang belum berkahwin dalam keluarganya.

Ketiga ialah wanita ketua keluarga dan tidak pernah berkahwin dan mengambil anak angkat atau anak tidak sah taraf.

Faham kan? Kalau dulu status ibu tunggal hanya diberi kalau wanita kematian suami atau bercerai hidup.Tapi sekarang demi kemaslahatan bersama, kerajaan dah selaraskan definis yang bertepatan.

Sebut kisah ibu tunggal ni,teringat kisah seorang isteri yang tabah menjaga suaminya yang terlantar sakit sejak terlibat dalam kemalangan sehingga kini banyak menunjukkan perubahan positif.

muslim volunteer malaysia

Foto kredit: www.ohbulan.com

Siti Rohayu yang sentiasa memanggil suaminya dengan panggilan ‘Aby’ menggalas tanggungjawab yang sangat berat sejak suaminya hanya mampu terlantar di atas katil.Dialah ibu dialah bapa,dialah juga jururawat kepada suaminya.

Amni memang mengikuti rapat setiap status yang dimuat naik isterinya di facebook mengenai perkembangan suaminya.Tiap bait coretannya juga sangat meruntun hati.Andai Amni berada di tempatnya,entah tabah atau tidak untuk menjalaninya.

Apa sekalipun Amni sangat tabik dengan ketabahan dan kecekalan Siti Rohayu ini.Semangatnya sangat luar biasa yang mana Amni kira tidak semua wanita sanggup tetapi dia mampu membuktikannya.

Gempa Bumi Di Palu Peringatan Allah Pada Kita

Habis kisah ibu tunggal,Amni nak bawak korang selami kisah gempa bumi di Palu Indonesia pulak.Pada 28 September 2018,bumi dikejutkan dengan insiden gempa bumi yang menimpa Palu,Indonesia dengan kekuatan 7.5 skala ritcher.Angka korban dianggarkan sehingga 5000 orang.

muslim volunteer malaysia

Keadaan di Palu selepas gempa bumi

 

muslim volunteer malaysia

Keadaan hotel 10 tingkat yang runtuh selepas gempa bumi melanda Palu

Antara yang Amni baca luahan dari salah seorang mangsa di sana:

Bumi bergulung. Tanah bergerak seperti air dan keadaan sangat huru-hara – Afrinal Dilham, 39, penduduk daerah Sigi.

Jom kita tengok video rakaman detik cemas semasa gempa bumi melanda di Palu ni pula.

Bila Amni tengok video tu rasa sebak dan sangat terkesan di hati.Sangat menyayatkan hati bila nampak bumi betul-betul ‘bergulung’ dam seorang ibu memangku anaknya yang masih bayi.Allah Maha Berkuasa.Kita ni kecil sangat sebenarnya di alam ini.

Susulan gempa bumi yang melanda Palu,angka korban dianggarkan lebih dari 5000 orang.Banyak rumah-rumah runtuh dan bantuan perubatan diperlukan.

Antara organisasi bukan kerajaan (NGO) yang turut menghulurkan bantuan ialah Muslim Volunteer Malaysia.Muslim Volunteer Malaysia merupakan antara 5 pertubuhan bukan kerajaan yang terbaik diiktiraf kerajaan pada majlis Volunteer Malaysia Awards – A Prime Minister’s Award  2016 oleh pihak iM4U.

Hari Demi Hari Dunia Makin Tenat Tanpa Disedari

 

Siapa Muslim Volunteer Malaysia?

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (PPM-003-14-30122014) atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

Bukan calang-calang MVM ini apabila rata-rata sukarelawannya terdiri dari golongan anak-anak muda kita.Satu kebanggaan yang harus di uar-uarkan kepada orang ramai.

MVM merupakan badan yang memberikan bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Dalam pada itu, MVM turut menitik beratkan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Tetapi apa yang paling Amni tabik dengan MVM ialah mereka memberikan bantuan tanpa mengira bangsa,agama dan latar belakang politik.Satu budaya yang sangat telus dalam usaha membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Antara harapan MVM adalah untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. Pihak MVM juga sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun persatuan-persatuan NGO lain.

Hari Demi Hari Dunia Makin Tenat Tanpa Disedari

Perbezaan Muslim Volunteer Malaysia Dengan NGO Lain

Apa yang Amni nampak MVM sangat berbeza dengan NGO lain.Di MVM mereka tidak mengamalkan konsep bantuan seperti ‘touch n go’ semata-mata.Tetapi bantuan yang diberikan berkonsepkan program bantuan berfasa di mana mereka bantu dan pantau perkembangan individu yang dibantu itu.

MVM juga bukan bantu dari segi wang ringgit semata-mata.Malah mereka memberi bantuan berdasarkan keperluan si penerima.Sebagai contoh kalau si penerima mengalami masalah dari segi kekurangan kelengkapan perniagaan,maka MVM satu langkah ke hadapan dalam memastikan si penerima mempunyai kelengkapan perniagaan yang lengkap bagi menambah pendapatan keluarga asnaf yang berpotensi.

Dan kalau korang jadi sukarelawan dibawah naungan MVM,korang akan diajar bagaimana untuk menjadi sukarelawan yang mempunyai skill dan kemahiran supaya nanti kalau nak join mana-mana program kemanusiaan di bawah anjuran MVM sangat senang.

Setakat ni MVM banyak fokuskan untuk bantuan dalam Malaysia.Satu usaha yang Amni kira sangat baguslah.

  • 2016 – 33 program (32 Malaysia, 1 Luar negara)
  • 2017 – 56 program (52Malaysia, 4 Luar negara)
  • 2018 – 68 program (62 Malaysia, 6 Luar Negara,
  • 2019 – 89 program setahun (81 Malaysia, 8 Luar Negara)

Di Muslim Volunteer Malaysia pelbagai program telah dirangka supaya matlamat asal penubuhan berjaya dicapai secara saksama dan telus.Antara program yang menarik perhatian ialah :

MVM HOPE
Program berfasa dimana bantuan yang diberikan kepada keluarga penerima bantuan merangkumi bantuan asas, pendedahan kemahiran perniagaan dan pantauan komitmen.

MVM UNITY
Program yang menjadi jambatan cakna yang berbentuk kesedaran melalui pendedahan scenario tersirat dan juga aktiviti sukan yang mengeratkan hubungan sukarelawan dengan masyarakat.

MVM REACH
Program korporat untuk syarikat, pertubuhan, persatuan dan/atau agensi swasta dan kerajaan dengan menyediakan ruang kolaborasi untuk program khidmat masyarakat.

MVM RELIEF
Program bantuan kecemasan bencana yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa yang merangkumi negara Asia dan negara Timur Tengah.

MVM TOUCH
Program bantuan yang berkonsepkan ‘one touch’ atau tidak berfasa dimana ia berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

Kalau diteliti kesemua program yang dirangka berjaya meliputi segenap pelusuk masyarakat yang memerlukan bantuan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Muslim Volunteer Malaysia ni.

Hari Demi Hari Dunia Makin Tenat Tanpa Disedari

Kempen Muslim Volunteer Malaysia Bantu Masyarakat

Amni lihat,MVM ni pandai mewujudkan kempen yang relevant dengan keperluan si penerima.Antaranya kempen RM10 yang mana kempen ni sebenarnya nak galakkan orang ramai di luar sana menyumbang kepada tabung MVM dengan nilai serendah RM10 supaya usaha-usaha MVM untuk terus bergerak aktif dalam membantu orang ramai di luar sana.

Korang ada kenal tak mana-mana keluarga warganegara Malaysia yang berpendapatan bawah RM1500 ? Kalau ada,korang boleh maklumkan kepada MVM sebab diorang memang ada tabung khas untuk golongan ini iaitu Tabung Bantuan Salam.Tabung ini bertujuan meringankan beban keluarga terbabit baik dari segi keperluan dan makan minum.

Tabung Bantuan Perniagaan juga ada untuk membantu mereka yang komited dalam berniaga.Antara syaratnya pendapatan keluarga RM1500 ke bawah dan mempunyai perniagaan sendiri.

Hari Demi Hari Dunia Makin Tenat Tanpa Disedari

Buat Aduan SALAM Jika Simpati

Kalau korang perasaan hampir setiap hari nampak cerita ada keluarga asnaf yang susah di media sosial kan? Jadi kalau korang betul-betul nak tolong mereka yang susah ni,boleh buat aduan pada ADUAN SALAM yang ditubuhkan oleh Muslim Volunteer Malaysia ni.Diorang memang ada kempen khas untuk mereka ni jika mereka ini benar-benar menepati syarat yang dinyatakan oleh MVM.

Korang boleh adukan melalui :

No.Telefon : 03 80740484
Email : aduan.mvm@gmail.com atau terus isi borang aduan berikut : http://bit.ly/aduansalammvm

Kalau syarikat korang nak bagi tajaan kepada MVM pun boleh.Jadi usaha MVM untuk membantu mereka yang memerlukan lebih berjalan dengan lancar.Boleh terus berhubung melalui:

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 atau  Unit Fundraising MVM | Hasbullah : +6012-235 6854 atau klik link whatsApp berikut: http://sumbanganmvm.wassap.my/

Satu perkara yang Amni suka dengan MVM ialah mereka sangat telus dalam setiap usaha yang mereka buat.Sebagai contoh macam kempen Jom Sedeqah Online di website Donation MVM.Pada website ini mereka akan paparkan setiap kempen tajaan yang MVM sedang jalankan.Korang nak sedeqah secara online pun boleh.Klik sahaja di  www.donation.mvm.org.my .

Platform Online Muslim Volunteer Malaysia

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Muslim Volunteer Malaysia ni,jangan lupa follow mereka di medium berikut

You Might Also Like

36 Comments

  • Reply saps Nov 29, 2018 at 11:30 AM

    Semoga kita dalam lindungan-Nya …

    Amin Ya Allah…

  • Reply Liez Dec 3, 2018 at 10:49 AM

    Tue la.. kita rasa kita dah susah sgt tapi sebenarnya dekat luar sana masih ramai yg lebih susah nak perlukan support dr segi kewangan dan moral dari masyarakat.. liez memang sentiasa beringat agar sentiasa bersyukur dan klau mampu boleh mereka yg lebih memerlukan

  • Reply Nadratul Syazwana Dec 3, 2018 at 11:48 AM

    Alhamdulillah. Banyak juga Nad tengok NGO yang menawarkan volunteer ni. Teringin sangat nak join. Banyak dah Nad follow organisasi camni cuma belum ada rezeki nak join. Kadang ada yang berbayar, kadang tu jauh sampai negeri lain. Hehe in shaa Allah one day.

  • Reply Ana Suhana Dec 3, 2018 at 4:23 PM

    Tahniah Muslim Volunteer Malaysia atas bantuan kemanusiaan yang diberi. Dan tahniah juga buat anak2 muda yang terlibat. Semoga kebaikan secara berterusan yang diberi memberi sinar kebahagian pada yang menerima.

  • Reply Khai Artzfar Dec 3, 2018 at 4:24 PM

    hrmm sebak pula baca artikel ni. dah lama betul rasanya tak singgah sini . heheh welcome back tau! teringat aritu pernah dengar pengalaman dorang ni. sayu je rasa. bersyukur Malaysia masih aman .semoga dipermudahakn

  • Reply Syamimi Dec 3, 2018 at 5:09 PM

    Sebak pulak bila baca kisah ibu tunggal. Kisah suami yang terlantar sakit. Bila dah ada keluarga sendiri, sedikit sebanyak beri kesan juga pada perasaan sendiri.
    Mujur sekarang dah ada MVM kan.
    Dan makin disebarkan info mengenaikan.
    Sedikit sebanyak ramai yang boleh memberi bantuan kepada mereka yang benar benar memerlukan bantuan.

  • Reply Mahamahu Dec 3, 2018 at 9:00 PM

    Sebelum ni kita tak pernah tahu pun tetang wujudnya NGO Muslim Volunteer Malaysia ini banyak juga aktiviti dan bantuan yang mereka salurkan kepada masyarat tempatan dah luar negara. Kita rasa nak juga sertai program macam ni walaupun sibuk dengan kerja harian tak salah membantu secara lain..

  • Reply Zharif Azis Dec 3, 2018 at 9:34 PM

    Tiap hari mmg kita akan disajikan dgn pelbagai berita. Yg sedih mahupun yg gembira. Zharif jarang dan xbrp cakna akan isu semasa tapi facebook selalu beri byk informasi2 terkini. Soal gempa tu mmg dahsyat. Rasa ngeri dan insaf bila tgok video tu. bab ibu tunggal tuprnh dgr tp x berapa ikuti. Kesian nasib beliau slps suaminya xsedarkn diri. Semoga diberi kesembuhan

  • Reply cindyrina Dec 3, 2018 at 9:37 PM

    I love this kind of initiative. This is indeed a noble movement to help others in needs. I myself did my own initiative to help others if I have time. Whatever we do in life always remember the least fortunate.

  • Reply JMR Dec 3, 2018 at 10:39 PM

    Setuju..dunia hari ini tidak sama dengan dunia semasa orang tua kita masih kuat..masih peringat daripadaNYa yang perlu dihayati..
    apa-apa pun, terbaik MVM..semoga usaha murni kalian diberkati olehNYa..satu kebanggaan bagi kami semua

  • Reply ayu rafikah Dec 3, 2018 at 11:25 PM

    macam2 kan masalah dunia sekarang terutama yang berkait rapat dengan kemanusian. Harapnya kita yang sihat lagi ni boleh membantu mana yang mereka memerlukan..bagus juga bila ada badan kerja amal, sekurangnya kita tahu saluran terbaik nak membantu

    • Reply Dunia Farisya Dec 8, 2018 at 10:34 PM

      ya betul kak.sekarang nak menyumbang pun kena tahu mana yang betul2 legal.MVm ni memang dah terbukti legal,so sangat yakin.

  • Reply Rane Chin Dec 3, 2018 at 11:32 PM

    oh this is so nice to know, thanks for sharing. Muslim Volunteer Malaysia is such a nice NGO to help those needed. Congratulations to them for winning the Volunteer Malaysia Awards – A Prime Minister’s Award 2016 by iM4U.

    • Reply Dunia Farisya Dec 8, 2018 at 10:33 PM

      Yes Rane,plus they also help those in need without choosing any race or religion

  • Reply Faries Dec 4, 2018 at 12:39 AM

    Terinsaf sekejap bila baca posting ni. Yelah bumi dah tenat bermacam2 dh kejadian Allah nk tunjuk. Tak salah kalau kite terus buat kebaikan mcm join aktiviti muslim volunter tu. Org kata membantu sambil beramal. huhuhu

  • Reply LEE JIA SHIN Dec 4, 2018 at 1:47 AM

    Happy to hear about this good cause by Muslim volunteer Malaysia, many people out there really do need our help, it’s sad to see them going through such misfortune. Hopefully more people will join in!

  • Reply Nadia Johari Dec 4, 2018 at 1:49 AM

    Kan terkesan bila tengok apa yang terjadi di sekeliling. Tau juga pasal muslim volunteer ni..nad follow dekat instagram. Banyak aktiviti amal yang diaorang buat..bgus..dapat ringankan beban seseorang. Best kalau dapat join macmm ni..

    • Reply Dunia Farisya Dec 8, 2018 at 10:32 PM

      Yes,bagus follow depa.Banyak perkongsian depa bagi dekat kita jugak kan nad.

  • Reply Rawlins GLAM Dec 4, 2018 at 7:08 AM

    Alhamdulilah ada gerakan anak muda sebegini. Rawlins pun baru tahu pasal MVM nie. Moga urusan semua dipermudahkan dan insyaAllah diberkatiNya

  • Reply emi Dec 4, 2018 at 7:19 AM

    Baca kisah2 yang menyayat hati memang boleh buat kita termenangis sorang2. Hati tisu sikit bila baca kesusahan hidup orang sekeliling. Moga nasib mereka terbela.

  • Reply Ruby Dec 4, 2018 at 10:12 AM

    MVM ni salah satu volunteers yang ruby support. Sebab mereka ni lakukan semua aktiviti kemanusian nampak eksklusif. Tidak semestinya kalau nak jd agensi kemanusiaan perlu orang tua berpengalaman sahaja dan orang kenamaan sahaja. At least yang muda ni aktif sudah memadai. Hehehe.

    • Reply Dunia Farisya Dec 8, 2018 at 10:31 PM

      ya betul kak.sangat efektif dan bertenaga MVM ni.salute!

  • Reply Halimah Dec 4, 2018 at 4:10 PM

    Kak rasa bersyukur dgn adanya Muslim Volunteers yg dpt membantu org2 yg muslin, susah dan betrpendapatan rendah dan juga membantu negara2 lain yg memerlukan bantuan.

  • Reply Alia Dec 5, 2018 at 12:57 AM

    Tq amni atas peringatan.. Kadang2 kita alpa dengan apa nikmat yg Allah berikan dekat kita.. Baca pasal palu tu hati hiba sama gak dengan kisah si isteri yg tabah jaga si suaminya

  • Leave a Reply