TIPS

Cara Buka Akaun Company Untuk Bank Maybank

Oct 8, 2018
cara buka akaun company maybank

Cara Bukak Akaun Company Untuk Bank Maybank

Assalamualaikum ❤

Berbulan lamanya taw Amni peram.Dah lama nak share dekat korang macam mana nak bukak akaun company bagi bank Maybank.Amni tahu yang Maybank sahaja.Kalau CIMB Amni tak tahu macam mana.

So far memang Amni love sangat dengan Maybank sebab dia universal dan interface dia mudah difahami.Cara-cara nak apply dekat Maybank pun senang sikit bagi Amni berbanding bank lain.hehehe.

Ok jom teruskan membaca

Cara Buka Akaun Company Maybank Dengan Mudah

1-Pergi Ke Cawangan Maybank Berdekatan Dengan Alamat Yang Daftar Dalam SSM

Sebabnya haritu masa Amni nak bukak akaun company mula-mula,Maybank Bandar Sri Permaisuri tak nak ambil sebab alamat perniagaan Amni daftarkan dalam SSM adalah Taman Midah.Jadi segala urusan kena pergi ke Maybank Taman Midah.So ini berdasarkan pengalaman Amni la ya.

Lebih bagus pergi yang dekat dan senang untuk ulang alik sebab apa-apa hal senang nak rujuk.Tak yah nak mengharung jem bagai kan.

2-Beritahu Pegawai Khidmat Pelanggan Nak Bukak Akaun Company

Masa ni pegawai khidmat pelanggan akan bagi nombor sebelum kita proceed ke next kaunter.Sebab masa di kaunter barulah pegawai seterusnya akan berikan borang yang sepatutnya untuk kita bukak akaun company.

3-Isi Borang Yang Diberikan

Kalau korang pergi pagi atau korang dah sedia bawak kawan korang yang boleh jadi introducer,cepat je prosesnya siap.Isi borang siap-siap berserta cop dan tandatangan introducer dan beri balik borang tersebut kepada pegawai yang terbabit.

Bila dah siap submit,tunggu panggilan dari bank samada permohonan korang untuk buka akaun company diluluskan ataupun tidak.

Tapi kalau nak lancarkan urusan bukak akaun company Maybank,pastikan korang ikut syarat-syarat untuk bukak akaun company Maybank di bawah ni:

Syarat-Syarat Untuk Buka Akaun Company Maybank

1-Pastikan Ada SSM

borang introducer maybank

Yes pertama sekali pastikan bisnes korang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Pergi je mana-mana cawangan SSM dan bawak duit sekurang-kurangnya RM60 untuk setahun dan berserta kad pengenalan.

Wajib ada SSM kalau korang buat bisnes ya.Nanti next artikel Amni share cara daftar SSM melalui online pulak ya.

Sijil SSM ni kena bawak masa nak bukak akaun company dekat Maybank nanti.Buat salinan siap-siap.

2-Wajib Ada Introducer Yang Aktif

Introducer ni senang cerita,korang cari je mana-mana kawan-kawan korang yang ada akaun company Maybank.Tapi dengan syarat akaun Company dia aktif berusia sekurang-kurangnya dua tahun .

Pastikan introducer korang tak pernah ada sejarah cek ditendang atau bad history account macam loan dia tertunggak ke sebagainya.Dan introducer korang wajib ada cop perniagaan yang jelas menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM dia.

Jangan risau,introducer ni bukan penjamin ya.Jangan salah faham.Pihak bank macam nak kumpulkan database sahaja lebih kurang.Tujuan introducer ni untuk kita mintak tandatangan dan cop syarikat dia sahaja dekat borang yang kita isi tu.

borang introducer maybank

Contoh borang introducer Maybank

3-Sediakan Deposit RM2000

Deposit RM2000 ni korang hanya perlu masukkan ke akaun company korang yang telah diluluskan sahaja.Selagi tak lulus,selagi tu tak payah masukkan.

Duit RM2000 ni juga korang boleh keluarkan balik.Tujuan pihak bank suruh masukkan sebab nak ada bukti transaksi sahaja dalam akaun company tu.

4-Wajib ada COP Perniagaan

Bila dah ada bisnes ni,wajib ada cop perniagaan.Ala pergi je dekat kedai printing,cakap nak buat cop petak tulis nama company dan nombor SSM sahaja.

cop perniagaan untuk buka akaun company

Contoh cop perniagaan untuk buka akaun company

Kalau salah cop dekat borang buka akaun company Maybank tu pun boleh direject tau permohonan korang.Jadi make sure buat cop petak yang ada nama syarikat dan no ssm sahaja.Alamat dan nombor phone tu tak payah.

Haa itu je sebenarnya syarat-syarat dia.

Nanti kalau dah lulus,bank akan call korang.Jadi make sure korang alert dengan panggilan dari Maybank.

Bila dah lulus bank akan sediakan buku cek untuk korang,jadi nasihat Amni minimunkan penggunaan buku cek.Banyak gunakan online transfer sahaja.

Sebab kalau selalu guna cek,dah tiba-tiba cek korang kena tendang sebab baki dalam akaun korang tak cukup,akan buatkan rekod akaun korang buruk ya.

Tak silap Amni haritu pegawai bank cakap cukup 3 kali cek kita ditendang,bank akan bekukan akaun syarikat kita.Lepas beberapa bulan baru boleh buka balik.Macam tulah prosesnya.Jadi elakkan guna cek terlalu kerap ya.

Ok tu je

Selamat berbisnes!

You Might Also Like

26 Comments

  • Reply WordPress Hosting Murah Oct 8, 2018 at 3:54 PM

    Tahniah sebab dah ada akaun perniagaan maybank.

    Ana ucapkan selamat maju jaya.

    Hehehe.

    P/s: Slalu tengok borang introducer saiz A4 je.

  • Reply kylie cre8tone Oct 11, 2018 at 11:15 AM

    Wow! After having a great business account… money will come in more… wish u hv a great business ahead.. ganbatte!

  • Reply Ayu Rafikah Oct 11, 2018 at 12:35 PM

    Thanks for the info. Banyak membantu mereka yg benar-benar hendak buka akaun perniagaan. Boleh share dengan kengkawan ni, mana tahu ada ug nak bukak akakun kan

  • Reply ciklilyputih Oct 11, 2018 at 1:38 PM

    kak lily buat hari tuh senang gak tapi kaunternya satu je so bertabahlah sebab sorang je yang handle. tapi mudah

  • Reply Jane Oct 11, 2018 at 2:34 PM

    Thanks for the tips. Will open a bank account at Maybank now since it is so easy to open.

  • Reply Suria Amanda Oct 11, 2018 at 4:58 PM

    Tahniah..thanks for sharing…kena ada SSM la kan nak buka akaun company ni..x banyak plak step dia erk..SA rasa nak buat jugak sebab dah mula bisnes sikit2 kan..

  • Reply Ezna Oct 11, 2018 at 8:21 PM

    Bagus untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang nak buka akaun company. Kena ada akaun company supaya customer percaya sikit daripada akaun peribadi.

  • Reply JMR Oct 11, 2018 at 8:42 PM

    Wow..senang je rupanya nak bukak akaun company..lepas ni boleh guna Amni je jadi introducer la kan..eh ke introducer pun nak kena yg dekat-dekat je?

  • Reply Jia Sihin Oct 11, 2018 at 9:36 PM

    Thanks for the info, wanted to open an account last time but don’t have introducer so kena reject, so I end up with CIMB but maybank is really convenient, everyone has an account.

  • Reply Abby Onety Oct 11, 2018 at 11:21 PM

    Pastinya senang nih jika.punya akun perniagaan MayBank ya. Proses buatnya pun terlalu sulit. Sukses ya

  • Reply Hanny Abdullah Oct 12, 2018 at 12:33 AM

    Sis dah berapa kali dok jadi introducer untuk kawan2 yang nak bukak acc company kat maybank ni..hehehe. Sis dah lama dah bukak, ada kat 20 tahun kot. Memang tak akan tutup..sayang ooo..:D

    • Reply juliana Mar 19, 2019 at 12:42 PM

      sis boleh jadi introducer i ke? susahnya i nak cari introducer ni so currently guna personal cuurent accout huwaaa

  • Reply syafiera Oct 12, 2018 at 1:48 AM

    wah tahniah kalau dah buka company ni memang senanglah segala urusan pembayaran dan nampak lebih official instead of personal akaun… selamat maju jaya dan semoga sukses ya dengan syarikat yang diusahakan

  • Reply Lia Hasty Oct 12, 2018 at 7:08 AM

    Pernah dengar gak pasal nak buka akaun company. Kena ada introducer kan baru boleh buka juga account. Dulu masa berniaga online ada terfikir nak buka.

  • Reply Liez Oct 12, 2018 at 8:45 AM

    Liez pernah gak follow member bukak akaun company.. awal tu mmg byk dugaan sbb tak tahukan.. so lepas dah tahu semua step, next teman bos utk bukak company baru pun dah tahu semua..good info

  • Reply Dik bee Oct 12, 2018 at 9:03 AM

    Owh, macam tu ke cara bukak akaun syarikat. nak kena khatamkan ni. Mana tau one day nak buka syarikat sendiri. Apapun tahniah sebab dah ada syarikat sendiri. Mesti seronok kan.. all the best tau

  • Reply Bhanu Oct 12, 2018 at 9:52 AM

    Finding an introducer was the toughest part for me i had such a hard time. Especially when you dont have friends or family with company account

  • Reply Nadia Johari Oct 12, 2018 at 10:41 AM

    Mudah je sebenarnya kalau kita tanya orang dan ikut step..bagus ada bank company. Takde campur dengan yang lain..Bank personal lain, bank company lain..

  • Reply adianiez AIDA Oct 12, 2018 at 10:59 AM

    perniagaan perlu ada gini kan.
    baru la pelanggan rasa terjamin nak membeli.
    sebab bila ada akaun perniagaan, baru la sesebuah perniagaan tu serius dgn apa yg diniagakan.
    feeling secured 🙂

  • Reply Min Shamsuddin Oct 12, 2018 at 12:52 PM

    good info bagi yang nak buka akaun company di maybank. Cuma tu la kena ada introducer dan sediakan RM2K.

  • Reply AlongMurni Oct 13, 2018 at 9:18 AM

    Terima kasih atas perkongsian informasi ini.. AM penah buka akaun syarikat dgn bank lain sbb tue yg paling hampir dgn AM masa tue..

  • Reply FTY Jan 8, 2020 at 11:24 AM

    THANKS SGT MEMBANTU

  • Reply Nurul Shahirah Osman Jan 29, 2020 at 12:40 AM

    Assalamualaikum,nak tumlang tanya utk org yg business online jual produk health/beauty&fashion nak buka busines account ni boleh ke?ataupun kena ada kedai/butik baru boleh buka business account?sebab pernah dgr

    • Reply Dunia Farisya Mar 16, 2020 at 6:11 PM

      Waalaikumsalam, tak perlu ada kedai pun sis, yang penting ada ssm dan deposit rm2000 untuk open akaun syarikat under maybank

  • Reply Naziman Azlye Apr 20, 2020 at 8:33 PM

    Terima kasih berkongsi. Tengah merancang buka akaun bank untuk bisnes blogging akan datang. Nampak macam bahagian cari introducer tu yang paling susah.

  • Leave a Reply