Cuckoo PARENTING PREGNANCY JOURNEY

Perasaan Bila Tahu Adira Ada Ekzema

Sep 19, 2018

Perasaan Bila Tahu Adira Ada Ekzema

Assalamualaikum ๐Ÿ’•

Hari ni terdetik nak share dengan korang macam mana perasaan Amni bila tahu Adira ekzema.Kalau korang nak tahu Adira mula ada ekzema since 2 months tapi getting more serius bila usia 5 bulan.

Pada mulanya Amni ingatkan ruam susu.Mengadu dekat ummi Amni.Dan ummi cakap kena kerap lap mulut dan pipi dia tiap kali sudah breastfeeding.Sebab umi cakap susu badan ni โ€˜tajamโ€™ sikit untuk baby.

Masa tu kulit pipi Adira pun dah kasar dan merah-merah dah.Tapi area lain tak ada pun.Then umur 4 bulan nampak dekat kaki dia ada merah-merah.Dia pun asyik menggaru guna kaki dia.

ekzema atau ruam susu?

nampak tak ruam dekat pipi Adira ni?

Sah Ekzema Dan Ekzema Adira Makin Teruk

Amni start buat research dan tengok simptom-simptom ekzema dan buat perbandingan antara ruam susu dan ekzema.

Lepas tu pergi klinik masa follow up check up dia,doktor sendiri cakap ekzema dan bagi aqeous cream.Amni pun sapu la bila dia gatal je.Tapi makin di sapu makin teruk ekzema dia.Malah makin banyak berair.

simptom-simptom ekzema

dekat celah ketiak pun ada sikit.baru nak jadi.

Bahagian ekzema paling teruk dekat kaki.Kaki paling mencabar.Nak-nak bila dia dah start aktif.Memang lambat nak sembuh.

ekzema

masa ni kaki Adira cantik lagi.

masa ni sapu pakai aqeous cream.tapi Adira makin gatal dan kuat menggaru.

 

semakin berair sejak sapu cream tu.

 

dan akhirnya menggaru tanpa sedar berdarah macam ni.

Kesabaran Teruji!

Masa ni lah emosi kita sebagai ibu tercabar gila.Stress nak mati dengan tak cukup tidur,anak menggaru tak berhenti.Ekzema berair tak berhenti.

Stress!

Tu je boleh cakap.

Dan masa ni kesabaran sebagai ibu dan isteri sangat teruji ya.Jujur dari hati Amni cerita ni.

Tapi masa ni lah komunikasi dan kerjasama antara suami isteri tu penting.Serius talk.Kalau sorang-sorang mengadap kerenah ekzema ni,confirm anak jadi mangsa pukul tiap hari taw.

Sebab baby ekzema ni kena special treatment sikit.Banyak benda kena pantang dan kena jaga.

Tipu la kalau cakap tak sedih anak ekzema.Sedih nak mati taw.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Tengok anak orang lain pakai baju cecantik.Tapi anak kita kena pakai stokin balut kaki sebab tak nak dia menggaru.Baju pun lengan panjang je manjang.

Tapi Amni kuatkan hati dan sentiasa komunikasi dengan suami.Tak puas hati cakap je depan-depan.Penat pun cakap je.Sedih pun luahkan je taw.

Jangan pendam sorang-sorang.Dan jangan pernah bandingkan anak kita dengan anak orang lain.

Kepada ibu yang ada anak ekzema tu kuatkan diri ye.Jangan cepat down dan terima ujian yang Allah kirim melalui anak ni sebagai hadiah kemanisan iman kita.

Next artikel Amni share macam mana Amni rawat ekzema Adira dengan cara dalaman dan luaran.

Tq sudi baca ๐Ÿ’•

You Might Also Like

31 Comments

  • Reply Faries Sep 20, 2018 at 2:53 PM

    Teruk juga penyakit enzema ni. Sian baby adira. Enzema ni tak berjangkit melalui sentuhan ke?

    • Reply Dunia Farisya Sep 20, 2018 at 3:47 PM

      x faris.dia xbjangkit melalui sentuhan pun.jangan risau hehehe

  • Reply airah Sep 20, 2018 at 3:21 PM

    kesiannya baby ada ekzema ni nampak sakit sangat.airah tak pernah ada tapi kalau ruam biasa pun dah rasa tak selesa ekzema apetah lagi kan

  • Reply mamatisya Sep 20, 2018 at 4:21 PM

    kalo ank kena ekzema mmg kena jg pemakanannya sbb bkn bole sebarangan nanti lagi truk kulitnya….kesian sbb baby kecik lg kn…semoga cpt baik

  • Reply Ayu Rafikah Mohd Amin Sep 20, 2018 at 5:55 PM

    adoihai kesiannya adik..tapi mmg enzema ni akan buat kita jadi selesa dan menggaru. org kata enzema ni dia blh kurangkan dengan pilih pemakanan yang betul…betulke?

    • Reply Dunia Farisya Sep 20, 2018 at 7:07 PM

      aah betul kak ayu.kena pantang byk makanan gak adira ni especially yg ada gluten

  • Reply Fadzi Razak Sep 20, 2018 at 6:59 PM

    Ya Allah kesiannya. Nampak teruk jugak ekzema adira kena tu. Tak sampai hati betul nak tengok kalau baby yang kena. Sakit betul rasanya

    • Reply Dunia Farisya Sep 20, 2018 at 7:07 PM

      aah teruk fadzi huhu.berbaldi2 dah ayaq mata dulu hehehe

  • Reply Lia Hasty Sep 20, 2018 at 8:05 PM

    Lia tak sampai hati nak tengok. Lia doakan semoga cepat sembuh dan kuatkan hati. Dugaan tuhan ni. Lia pun dapat belajar mengenai penyakit ni dengan lebih mendalam.

    • Reply Dunia Farisya Sep 21, 2018 at 8:41 PM

      tq so much kak lia.amin.doakan yg terbaik utk adira ye

  • Reply Mahamahu Sep 21, 2018 at 12:15 AM

    Ya Allah siannya moga cepat sembuh dan juga terus sihat dan menjadi baik seperti kanak-kanak biasa. Ada banyak rawatan sekarang untuk sakit macam ni boleh dapat kat pasaran…

  • Reply Maisarah Sep 21, 2018 at 12:24 AM

    Allah.. saya yang tengok ni pun rasa sakit dan gatalnya. berdarah lagi tu. kena jaga pemakanan kan kalau kena ekzema ni.

  • Reply Idayu Sep 21, 2018 at 9:29 AM

    Alahai kesiannya si kecik ni. Tak sanggup tengok. Mesti menangis bila time gatal atau sakit tu. Kulit pun comot dengan kesan ekzima. Semoga cepat sembuh ye sayang

    • Reply Dunia Farisya Sep 21, 2018 at 8:42 PM

      memang menangis kak dayu kalau time gatal tu.sampai kita stress.

  • Reply Nadia Johari Sep 21, 2018 at 11:13 AM

    alahai kesiannya adira..risau jugak bila baby kne ekzema ni…tapi setiap penyakit ada ubatnya..semoga adira baik-baik je erk..ada kawan nad, anaknya pun ekzema..kene pergi hospital sebab dia jenis ekzema yang teruk

  • Reply JMR Sep 21, 2018 at 11:29 AM

    kesian Adira..harap auni&farid jumpa penawar sakit ni..skang ni dah ada banyak method merawat ekzema ni kan..insyaAllah dipermudahkan urusan korang

  • Reply Hanny Abdullah Sep 21, 2018 at 12:24 PM

    Allahu..sian sungguh tengok bila anak kecik ada masalah ni..tak terbayang gatal2 n sakit dia. Masa anak2 sis ada ruam je pun sis dah risau inikan pula mcm ni. Sabar ya..harap2 cepatlah hilang penyakit dia

  • Reply Macam Mana Amni Rawat Ekzema Adira? - Dunia Farisya Sep 21, 2018 at 10:28 PM

    […] Amni ada share perasaan Amni bila tahu Adira ekzema dalam artikel lepas.Dalam artikel tu jugak Amni janji nak share cara Amni rawat ekzema Adira sampai […]

  • Reply Seriwangi Sep 21, 2018 at 11:40 PM

    Kesian btl bila baby kena azema no,susah skt nk sembuh mkn masa,kebersihan sentiasa kena jaga

  • Reply mawardiyunus Sep 22, 2018 at 1:29 AM

    YaAllah teruk sangat tu , baby pulak yang kena kesiannya. kecik-kecik lagi dah kena tanggung sakit tu. semoga cepat sembuh ya.

  • Reply AlongMurni Sep 22, 2018 at 1:03 PM

    Ya Allah.. takutnya tengok.. tak sabar nak tgk entry seterusnya camna nak cure penyakit kulit camni.. moga awak tabah ye & moga dipermudahkan segalanya.. Insyaallah

    • Reply Dunia Farisya Sep 23, 2018 at 11:19 AM

      Thank you kak AM.Nanti amni share next entry taw

    Leave a Reply