PARENTING TRAVEL

Pengalaman Pertama Adira Ke Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

Sep 13, 2018
Mini zoo menara kuala lumpur

Assalamualaikum 💖

Dari sehari ke sehari duduk peram cerita ni.Hehe.Saja nak share pengalaman bawak Adira pergi mini zoo dekat menara Kuala Lumpur bulan lepas.Nanti dia dah besar,dia baca sendiri pengalaman dia dekat blog mamanya ni hahaha.

Dah lama sebenarnya nak bawak dia ke mini zoo.Tapi tunggu dia umur dah nak setahun baru berani bawak sebab dia dah besar kan,pastu ekzema dia pun dah semakin baik.Boleh main dengan panas-panas dah.Tu yang berani bawak pergi zoo tu.

Amni pilih mini zoo sebab nak bagi dia ‘kurang terkejut’ . Yelah budak-budak baru lagi takut dia mudah terkejut kalau terus nampak gajah dan zirafah.Apatah lagi badak sumbu.Haha.

Jadi dekat mini zoo ni haiwan yang dipamerkan pun  semua jenis mini-mini je.Tak ada yang jenis ganas sangat.Contohnya macam burung nuri,ayam,ikan,baby kangaroo dan racoon.

Sebelum nak datang sini Amni survey banyak portal jugak untuk beli tiket.Tapi dalam banyak-banyak portal, Wonderfly Asia paling murah untuk weekdays.Amni beli secara online dekat portal WonderFly Asia dan terus print out.Masa nak masuk dekat pintu zoo tu tunjuk je ticket yang kita print out tu.

Ok satu tips untuk korang,kalau nak parking kereta,make sure naik ke atas terus.Jangan parking dekat OPEN SPACE PARKING MENARA KL yang dekat pintu pagar tu sebab mini zoo tu jauh lagi dekat atas.Kalau tak jenuh la korang nak berjogging sampai ke atas sana taw.Lecak ketiak!

Once kita dah sampai dekat pintu masuk mini zoo,diorang ada bagi sticker untuk tampal dekat tangan.Then masuk seksyen pertama korang akan jumpa kambing,baby kangaroo,hamster,arnab dan burung nuri.

Masuk seksyen kedua ada ayam seekor dua macam tu.Anjing pun ada tapi diorang letak dalam sangkar siap2.So jangan risau.

Masuk seksyen ketiga outdoor dah.Seksyen ni ada ular anaconda besar gedabak.Takut dan geli sebab memang Amni sejenis penggeli tengok ular😂😂.

Dekat seksyen ni pun ada kambing,burung unta, apa tah sekor lagi tu.Lupa dah namanya.

Mini zoo menara kuala lumpur

Seksyen keempat ada burung nuri dan kawan-kawan dia.Dekat sini boleh bagi burung makan.Amni tak berani.Cik suami yang berani bagi  makan hahaha.Nasib baik masa ni Adira tak nangis.Mana tahu terkejut ke apa kan.Tapi dia acah-acah nak sentuh tapi malu.haha.

Lepas tu kitorang pergi dekat bahagian haiwan yang kecik-kecik macam kura-kura,arnab dan hamster.Dekat sini pun boleh bagi haiwan-haiwan ni makan.

Mini zoo menara kuala lumpur

Mini zoo menara kuala lumpur

Turun sikit lagi boleh tengok sugar glider,monyet,kala jengking,lipan dan haiwan lain lagi yang Amni lupa nama apa hahaha.

Then siap semua haiwan kitorang dah tengok.Ada kedi cenderahati kalau korang nak beli apa-apa sebagai kenangan.Tapi kitorang sejenis tak beria jadi tak beli pape la hehe.

Haa lupa,dekat situ pun ada tempat boleh tangkap ikan.Budak-budak umur 3-4 tahun ke atas bolehla enjoy main-main tangkap ikan dekat situ.

Kitorang habiskan masa lebih kurang setengah jam ke satu jam sahaja rasanya dekat situ.Haiwan dia tak ada la banyak sangat tapi bagi budak-budak diorang rasa banyak la dan enjoy.

Tips untuk korang kalau nak pergi sana:

1.Best untuk pendedahan awal untuk bayi 6 months ke atas.

2.Haiwan2 yang dipamerkan pun bukan haiwan ganas jadi budak2 tak ada la rasa takut ke apa.So mini zoo ni bagus untuk kenalkan dulu haiwan2 kecik dkt baby.

3.Worth the money jugak la sebab bagi Amni jauh jugak berjalan.Sempat la lecak tiak tu.

4.Stroller tak boleh bawak ye sebab situ banyak tangga.

5.Baby demam ke apa tak digalakkan ye sebab ada partially outdoor dan panas gak la sikit.

6.Kalau tak nak crowded mai weekdays.Sebab kalau weekend boleh dikatakan crowded jugak.

7.Survey dulu tiket dekat banyak portal.Kanak2 11tahun kebawah dan 90cm ke bawah tak yah bayar.

8.Parking dekat atas.Parking sejam RM4.

Secara keseluruhan,bagi Amni berbaloi la bawak anak mai sini sekali dua kala kan.Bukan selalu.

Ok mommies!Kalau dah pergi sana share la sini ye😍

You Might Also Like

33 Comments

  • Reply adianiez AIDA Sep 17, 2018 at 11:46 AM

    Aida dulu ke sana, x tuau wujudnya mini zoo ni. If tau, pasti singgah.
    Anak kecik memamg kena dedahkan dgn haiwan kan. Pada aida ia rapat sgt dgn dunia anak kecik. Byk ilmu yg boleh kita expose meskipun anak kecik masih x fahsm sepenuhnya.

  • Reply Idayu Sep 17, 2018 at 11:48 AM

    Kalau bawak anak2 ke sini mesti diorang suka. Lebih2 lagi dapat tengok dari dekat. Bagus ni u tuk aktiviti anak2

  • Reply Fadzi Razak Sep 17, 2018 at 12:45 PM

    Tak pernah lagi bawak anak pergi ke zoo walaupun dia dah masuk 3 tahun. Nak juga bawak dia one day. Tapi nak kene tunggu yang dalam perut ni keluar dan habis pantang dulu

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:05 PM

      haaa betul.tunggu no dua keluar dulu ye fadzi hehehe.

  • Reply ibu pantang Sep 17, 2018 at 1:28 PM

    wah seronok tgk adira hehe, comel geram tgk…nanti ada masa pergi dekat zoo negara plak lagi banyak haiwan..tempat sana pun besar jgk

  • Reply Faries Sep 17, 2018 at 2:07 PM

    Menarik juga zoo menara KL ni. Baru pertama kali dengar. Boleh la bawak anak buah kesini. Budak-budak elok didedahkan dengan haiwan yang mudah didekati macam ni daripada terus bawak ke Zoo. Thanks for sharing ya Amni =)

  • Reply Sherry Sep 17, 2018 at 2:19 PM

    my family love to go this mini zoo, it’s very fun and children can learn more on animal.
    we last went last year, time fly, shall plan another visit soon.

  • Reply Wawa Ashihara Sep 17, 2018 at 4:47 PM

    Wahh adira kecik2 dh pegi zoo.. Kita kecik2 pergi jln2 bwh terowong jalanan je.. Hahaha.. Bagus tu bwk dia.m atleast bdk2 dpt kenal skit tntg hidupan lain walaupun msih kcil. Budak2 kan cpt tangkap IQ mereka..hehehe…dh lama xpergi zoo..teringin lak pergi lps tgok entri ni..haha

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:04 PM

      pergila wawa.amni dedahkan dari awal dkt adira.hehehe

  • Reply cindyrina Sep 17, 2018 at 6:56 PM

    Tak sangka menara kl pun ada zoo. Sekali pun tak pernah datang sini. Mesti best kalau bawa parent i datang sini sekali sekala. Dekat je…

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:04 PM

      i pun baru tahu sebab kawan i yang bagitahu .dia ckp sesuai untuk anak2 sebab xcrowded.

  • Reply Nadia Johari Sep 17, 2018 at 7:49 PM

    yup, nad pernah pergi..masa fariza setahun juga kot..hehee..memang best dekat sini, nampak je kecik tapi sebenarnya luas kat dalam..boleh pegang-pegang haiwan..seronok budak-budak..

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:03 PM

      haa kan kak nad.best taw sini.next nak pergi farm in the city pulak.

  • Reply Bonde Zaidalifah Sep 17, 2018 at 11:20 PM

    Pernah pergi situ, aktiviti macam ni memang sesuai sanagt bawa family… anak-anak kecil pasti seronok didedahkan dengan haiwan-haiwan yang ada tak kurang ada yang jinak dan boleh bermain bersama kan!

  • Reply Ayu Rafikah Sep 17, 2018 at 11:45 PM

    Comeynya si kecil tu tengok haiwan secara dekat. Bagus aktiviti mcm ni sbb dapat spent dengan keluarga kan hehe

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:03 PM

      mula2 je takut kak ayu,lama2 berani adira ni.

  • Reply Zharif Azis Sep 18, 2018 at 7:52 AM

    Tak tahu pulak kat KLCC ada mini zoo. Okaylah senarai2 haiwan yg dipamerkan tu dgn harga tiket yg dilaburkan. Xsukanya kt KLCC nie harga parking dia. Dh mcm pergi airport pulak satu jam 4 hengget

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:02 PM

      aah mmg la zarif.tempat visitor ramai kan,mmg mcm tu le rate nya hehehe

  • Reply Huda Sep 18, 2018 at 8:22 AM

    Tak pernah masuk zoo kat menara KL ni, penah lalu pintu depan jer. Huda pernah silap parking kat parking bahagian bawah kat Menara KL, fuh penat sungguh nak mendaki naik atas.

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:02 PM

      mmg huda.haritu nasib baik bangla jaga parking bgtaw,kalau x jenuh nk mendaki dengan anak kecik taw.

  • Reply AlongMurni Sep 18, 2018 at 10:23 AM

    Xpenah lagi singgah ke sini.. nanti AM nak try bawa anak2 AM time cuti ke sini juga la..

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:01 PM

      try la bawak anak2 mesti diorang suka taw hehehe

  • Reply mawardiyunus Sep 18, 2018 at 4:03 PM

    tak pernah berkesempatan ke mii zoo menara Kuala Lumpur ni. sejujurnya menara kuala lumpur pun saya tak pernah jejakkan kaki lagi. hope one day dapatlah ke sana

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:00 PM

      hehehe.madi kena masukkan dlm list ni.hehehe

  • Reply Wui Kathy aka Mouse Mommy Sep 18, 2018 at 4:28 PM

    boleh begitu dekat dan interaksi dengan binatang, mesti ank2 suka. Nnt cuti sekolah, blh mouse mommy bawa ank2 skali pergi Mini Zoo Menara Kuala Lumpur. Tiket masuk berapa ya?

  • Reply Ika Sani Sep 22, 2018 at 10:25 AM

    Banyaknya binatang di Mini Zoo ni. Bagus juga bawa budak2 datang melawat untuk dedahkan sebagai peringat permulaan pendidikan. Bagi mereka seronok di hujung minggu. Pass masuk pun tak. Mahal kan?

    • Reply Dunia Farisya Sep 23, 2018 at 11:21 AM

      Tak mahal pun ika.Kalau bawah 90cm xyah byr pun.

    Leave a Reply