PARENTING

Adira Ke TCE Baby Expo 2018 Di MITEC

Sep 13, 2018
tce baby expo

Assalamualaikumย ๐Ÿ’–

Secara jujurnya kan,ni kali pertama Amni dan suami pergi baby expo taw.Sumpah tak tipu hahaha.Masa mengandungkan Adira dulu pun tak pergi langsung baby expo sebab malas nak berasak-asak dengan orang ramai.Last pergi ekspo baby dengan Along Amni 3 tahun lepas.

Tapi kalini Amni pergi dan berani bawak Adira sebab nak pergi beli pampers dia.Sebab dekat expo baby tu ada promosi jimat.Bolehlah buat bekal tahan sampai sebulan setengah taw.Maka gigihlah bawak Adira pergi sana.

Nasib baik Adira sihat tak ada demam apa.Jadi tak adalah risau nak bawak tempat ramai orang dekat sana tu.

Ok first bila kitorang sampai parking space memang banyak.Tapi kitorang parking dekat luar je sebab ada kosong dekat luar.Masa masuk tu jauh sikit jelah nak menapak.Korang akan jumpa toilet dulu,foodtruck dan open cafe dekat situ.

TCE Baby Expo kalini best sikit sebab ruang antara satu booth ke satu booth tu luas.Jadi tak adalah kes berlaga perut sesama ibu kan.

Sini banyak jual pampers,baju baby dan stroller kebanyakannya.Barang kecik-kecik keperluan ibu tu ada jugak tapi tak banyak.Banyak dimonopoli oleh jenama pampers,stroller dan baju baby je.

Tapi Amni boleh tahan nafsu sebab beli pampers je.Terkenan jugak baju baby yang murah dan cantik tapi sabarkan hati sebab baju Adira banyak lagi dekat rumah yang elok.Nampak tak kesabaran tu dikawal?๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Berkenan gile dengan kain lampin ni tapi pujuk hati sabar sebab semua ni kehendak bukan keperluan hahaha.

Lepas dah pusing satu hall tu dalam lebih kurang setengah jam,kitorang keluar.Nak kata banyak booth tu banyak jugak tapi barang yang dijual lebih kurang sama je.So banyak yang skip la hehe.

Keluar tu kitorang singgah food truck dekat dewan sebelah.Makanan yang dijual dekat food truck ni murah-murah jugak.Murah daripada open cafe yang dekat pintu masuk mula-mula.hehehe.Situ sandwich je dah RM7.Tapi foodtruck ni bila ada event besar je baru ada dekat sini.

Dekat dewan yang ada foodtruck ni pun ada tempat permainan untuk budak-budak 6 tahun kebawah.Tempat untuk tinggalkan stroller dan pram pun ada dekat sini.Ada staff yang akan jaga.Jangan risau ye.

tce baby expo

Tempat permainan untuk kanak-kanak.

tce baby expo

Luvable friends pun ada sini taw!

 

Adira dah semakin susah nak bergambar sekarang.hahaha

 

tce baby expo

Terjumpa kak yuyu sekali hehehe.Adira muka tak puas hati wei hahaha

 

tce baby expo

Nampak tak betapa susahnya nak amik gambar dengan si kecik ni hahaha

 

tce baby expo

Ni je hasil tangkapan Amni untuk si kecik tembam.Boleh buat tahan sebulan setengah.Offnatural memang favourite mama Adira hehehe

Secara ringkasnya,ni tips dari Amni kalau mommy lain kali nak pergi baby expo seumpama ini:

  • Pastikan anak tak demam
  • Guna baby carrier supaya senang nak ke sana kemari dari satu booth ke booth lain
  • Bawak troli barang yang kecik senang kalau nak shopping banyak-banyak
  • Standby cash siap-siap just incase mesin debit card vendor tu tak function!
  • Tinggalkan anak dan si kecik dekat tempat mainan jadi mommy boleh shopping dengan aman haha
  • Beli yang perlu bukan ikut suka hati mommy ye haha.Zaman sekarang kena jimat
  • Bandingkan harga sebelum beli.Kadang-kadang ada yang mahal dari kebiasaan.

Ok sekian !

You Might Also Like

32 Comments

  • Reply adianiez AIDA Sep 18, 2018 at 3:35 PM

    time dulu-dulu, aida beranak kecik, tak byk expo gini, amni.
    tu yg aida tak pernah gi pun.
    ofismet, kalau ada expo baby gini kat mitc, jumaat lunch hour tu, berduyun-duyun lah diorang gi.
    diapers, baju, kekadang susu pun ada dijual dgn harga borong. berbaloi lah kan ๐Ÿ™‚
    yes. kena banding harga. kena tgk keperluan. jgn rambang mata!!! ni yg penting.

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:01 PM

      betul!kena pandai survey harga jgn main rembat je kan hehehe

  • Reply Dik bee Sep 18, 2018 at 5:46 PM

    Adira nampak behave je tu. Mujur la kan. Kalau anak merengek, mood ibu pun jadi swing. Nak shopping pun susah.. hehe.. Sekali sekala beli barang kat expo ni lebih jimat kan. Cuma kena tahan sikit la sbb crowd ramai.

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 8:00 PM

      kena bagi dia kenyang dan cukup tidur bru x merengek dikbee.hehehe

  • Reply Idayu Sep 18, 2018 at 6:06 PM

    Wahh banyak hasil tangkapan tu. Mesti banyak yang murah2 kan. Dah lama tak pergi baby expo sebab anak2 dah besar. Nanti lah tunggu kaau2 ada new baby hihi

  • Reply Qaseh Sep 18, 2018 at 6:11 PM

    Kalau ke Tce Baby Expo memang sesak la jawabnya , tapi best sebab banyak promosi murah2 , time cengginia best shopping heheheh alah rindu baby

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 7:59 PM

      kan qaseh hehehe.time expo mmg syok,tp jenuh la nk bersesak kan.

  • Reply Fadzi Razak Sep 18, 2018 at 10:19 PM

    Masa baby first, pernah pergi sekali ke event baby macam ni. Hui tak larat nak mencari barang. Last last balik je lepas shopping sikit sikit. Untuk baby kedua ni, tak pergi dah sebab kebanyakan barang semua recycle abang dia punya. Yang beli pun pampers online je senang. Leceh jugak nak bersesak dengan orang ramai ni.

    • Reply Dunia Farisya Sep 18, 2018 at 10:23 PM

      ye betul tu.Amni [un beli mana perlu je sbnrnya.setahun sekali je g expo mcm ni hehehe

  • Reply Huda Sep 18, 2018 at 10:33 PM

    Huda pun suka pergi baby expo borong pampers sebab harga diskaun. Berbaloi pergi walau kena bersesak.

  • Reply Diah Sep 18, 2018 at 10:56 PM

    Rajin dan tabah nak pergi baby expo ya, Diah memang sejenis suka shopping orang tak crowd sangat. or else memang tak beli. Selalu beli online je. Tapi best la kalau dapat berjimat time expo ni. Siap sedia dengan list tinggal shopping je..

  • Reply Zharif Azis Sep 19, 2018 at 12:10 AM

    Amboi banyaknya membeli belah barang baby. Sampai satu beg besau. Bestnya pergi sini. Nampak banyak sangat barang comel2. Nanti bila dah jadi ayah2 nak join jugak baby expo nie.

    • Reply Dunia Farisya Sep 19, 2018 at 11:53 AM

      haaa nnti sure bini zarif selalu ajak mai sini hahaha

  • Reply Nadia Johari Sep 19, 2018 at 1:51 AM

    Masa pregnant pertama , nad pergi expo baby, sebab barang dia murah2..memnag shopping habis, belanja tak sampai RM100 pun..berbaloi..masuk anak kedua, tak pergi..hahaa..sebab recyle kakak dia punya..kenapa tce ni kita tak tau..hahaa..kalau tak dh terjah

  • Reply Rawlins GLAM Sep 19, 2018 at 7:18 AM

    Rawlins tengok kat Mid Valley nie, kalau ada Baby Expo, boleh kalah Matt Fair jumlah umat yang bertandang. Sesak jalan boleh sampai berjam-jam. Haha.

    • Reply Dunia Farisya Sep 19, 2018 at 11:53 AM

      ye memang rawlins hahahaha.matta fair pun xramai mcm ni taw hahaha

  • Reply Lia Hasty Sep 19, 2018 at 8:32 AM

    Kalau expo baby nafsu parent membuak beli barang untuk anak masing2. Kadang-kadang sampai bertroli-troli. Kalau murah Dan berbaloi apa salahnya beli kan.

  • Reply emi Sep 19, 2018 at 8:55 AM

    Beberapa tahun lepas emi selalu pergi TCE baby expo ni. masa tu emi tinggal dengan kakak. Dia ada anak kecik. So memang tiap tahun duk ulang pi TCE baby expo ni. Tapi ya ampun, crowded gila org kat baby fair macam ni.

    • Reply Dunia Farisya Sep 19, 2018 at 11:52 AM

      ye mmg crowdd.tapi tce expo sangat selesa sebab ruang dan kemudahan banyak.

  • Reply Wawa Ashihara Sep 19, 2018 at 9:17 AM

    Serius kalau masuk baby expo ni mmg xjumpa brg keluar.. Sbb penah pegi dgn akk, smpi kesudah xmo kuo.. Ada yg brand btul2 sales… Ada yg half sales.. Kne pandai pilih. Hehehe.. Bwk budak kt expo kne peka juga… Pstikn dorg dlm keadaan happy bkn sakit ke pe klo x meragam ya ampun.. Huhu

    • Reply Dunia Farisya Sep 19, 2018 at 11:52 AM

      ye betul.berhantu expo ni.nak beli 1,keluar satu beg hahaha

  • Reply nikkhazami Sep 19, 2018 at 12:16 PM

    bagus juga buat expo macam ni.. time ni la nak beli barang baby dengan harga murah. kalau ada rezeki lebih boleh beli banyak.. hehe.. mak2 mesti rambang mata

  • Reply AlongMurni Sep 19, 2018 at 1:42 PM

    AM dulu masa ada anak kecik mmg xpegi ekspo camni.. sbb bersesak takut AM xleh tahan lama dok kat tmpt org ramai nie.. xselesa nak membeli.. terutamanya bila memasing dah jumpa n sampai kena berebut utk beli brg yg berkenan..

  • Reply Zayani Zulkiffli Sep 20, 2018 at 5:52 AM

    Suka dengan fair macam ni sebab semua lumba nak turunkan harga barang untuk pelanggan. Lagi best kalau deorang buat kat lokasi yang dekat dengan train station, tak perlu redah jem kan.

    • Reply Dunia Farisya Sep 20, 2018 at 9:52 AM

      aah kan yani.mudah je kalau dkt dgn public transport.

    Leave a Reply