Cuckoo KESIHATAN MAKANAN PARENTING

Resepi Chicken Bone Stock (CBS) Untuk Adira

Aug 30, 2018
cara buat CBB untuk anak

Assalamualaikum 💖

Ramai yang tanya Amni dekat instagram Resepi Chicken Bone Broth (CBB) Untuk Adira yang amni buat setiap bulan.Disebabkan malas nak ulang banyak kali,so Amni cerita kat sini ye kelebihan,resepi dan cara penyimpanannya sekali ya.Nanti kalau dah baca,jangan lupa buat CBB ni untuk anak taw.Jangan baca je hehe.

Apa Itu Chicken Bone Broth (CBB) ?

Chicken Bone Broth atau nama ringkasnya CBB merupakan air rebusan atau stok ayam yang direbus menggunakan tulang kaki ayam dalam 7-8 jam lamanya.Biasanya, orang kampung panggil sup tulang ayam. Namun bezanya, ia perlu dimasak dengan lebih lama dan disimpan dalam bentuk kiub. Kenapa lama?Sebab nak pastikan semua khasiat dari tulang temulang ayam itu ditarik keluar.Selain ayam,ada juga stok ikan atau Fish Bone Broth dan Beef Bone Broth.Bezanya dari segi tulang sahaja la.

Tapi untuk Adira Amni selalu gunakan kaki ayam organik.Bukan ayam biasa sebab Adira ada ekzema jadi dia memang akan alah pada ayam biasa.Setakat ni ayam organik memang Adira okai.Ayam organik yang Amni biasa beli adalah jenama KEE SONG di Aeon.

Apa Kelebihan Chicken Bone Broth (CBB) ?

Resepi Chicken Bone Broth (CBB) dimasak bertujuan untuk menaikkan berat badan dan menjaga sistem antibodi anak. Tambahan pula, ia cukup mudah, senang dan ringkas.

Bahkan, Resepi Chicken Bone Broth (CBB) ini  juga menjadi makanan minda yang bagus untuk anak. Satu lagi, ia sangat sesuai dijadikan sebagai penambah rasa dalam makanan si kecil.

Ia sebab garam dan gula sangat tidak sesuai jika diberikan pada anak terlalu awal kerana ia akan menyebabkan ginjal yang masih muda harus bekerja keras.

Dan ini kelebihan CBB yang Amni selalu share dengan readers Amni.

√ Bila kita sakit tu kan hirup sup ni. Biasanya bila sakit, makan pun tak selera.

√ Hirup sup ni dah ada semua nutrient nak lawan jangkitan virus. Kita boost immune badan dengan khasiat dari bone broth ni.

√ Bone broth juga sangat kaya dengan khasiat kalsium, magnesium, fosforus dan trace mineral.

√ Lemak yang terkandung di dalamnya boleh mengatasi masalah leaky gut yang menjadi punca penyakit ekzema.

√ Bone broth kaya dengan gelatin dan kolagen yang sangat bagus untuk connective tissues, sendi-sendi, ligamen, tendon dan tulang dan gigi yang kuat. Sebab tu bila sejuk, bone broth stock gedik-gedik, sebab ada gelatin.

√ Masa beli kaki ayam pun, pakcik yang jual ayam pun cakap baby bagus bagi sup kaki ayam bagi kuat gigi. Memang pun,sekali Adira pijak perut mama dia,nak terkeluar isi perut rasanya haha.

√ Bone broth ni mudah serap jadi baik untuk penghadaman, kurangkan masalah sendi seperti bengkak dan bagus untuk pertumbuhan rambut dan kuku kerana gelatin daripada bone broth.Padanla rambut Adira macam prof Einstein haha.

√ Selalunya bone broth stock ni letak dalam bubur, pancake, bantai je letak dalam apa-apa masakan . So, mak mak boleh serbu pasar cari kaki ayam, rangka ayam. Berebut-rebut pula kita ya dengan peniaga ayam goreng pasar malam.

Resepi Chicken Bone Broth (CBB) Gaya Mama Adira

Sebenarnya lain orang lain cara.Tapi cara mama Adira paling mudah kot sebab mama Adira ni bukan seorang yang rajin sangat haha.Jadi jangan rasa terbeban,konsepnya sama sahaja.Asalkan semua dalam satu periuk,maka jadilah dia.

Bahan-bahan:
Kaki ayam-  1kg
Asam keping-1 keping
Tomato – 2 ke 3 biji
Daun sup -Letak je ikut suka.
Sup bunjut – 1 bunjut
Lemon – 1 biji
Halia – 2 ke inci
Bawang holland – 1 biji
Bawang putih  – 1 labu kupas tak payah hiris.
Potato – 2 biji
Carrot – 1 batang
Air secukup rasa

Cara-caranya:
Potong-potong dan campak je semua dalam periuk stainless steel berisi air.Lepas tu reneh atas dapur gas selama 6-8 jam atau sehingga tulang kaki ayam sudah hancur (cuba patahkan dengan jari). Kalau tak ada asam keping/lemon boleh pakai cuka epal.Pilih salah satu sahaja sebab asam keping/lemon/cuka epal ni kategori asid lemah.Tujuan dia untuk tarik zat-zat dari tulang temulang kaki ayam ni.

Dan ramai yang tanya boleh tak pakai pressure cooker untuk masak CBB.Yes boleh!Tapi dengan syarat inner pot pressure cooker tu adalah stainless steel.Sebab kalau pakai aluminium atau inner pot bukan stainless steel,asid lemah yang kita guna dalam CBB akan bertindak balas menjadi racun dan akan meresap ke dalam stok CBB tu.Jadi gunalah periuk stainless steel ye.Jangan banyak tanya.Buat ajelah haha.

cara buat CBB untuk anak

Ya,campakkan je semua dalam periuk stainless steel ni.

 

cara buat CBB untuk anak

Dah siap,tapiskan guna penapis.

 

cara buat CBB untuk anak

Nampak tak tulang kaki tu hancur?Maksudnya semua zat telah ditarik.

cara buat CBB untuk anak

CBB yang telah ditapis.Amni tapis letak dalam jag air senang nak tuang dalam bekas kecik

 

cara buat CBB untuk anak

CBB yang telah siap dibekukan dan sedia untuk disimpan dalam plastik zip lock.Jangan lupa labelkan dan tulis tarikh.

Ramai yang tanya nak beli dekat mana bekas silicon kecik-kecik dan banyak corak tu.Amni beli dekat kedai RAKAN atau mana-mana kedai yang jual barangan kek dan kuih.Plastik zip lock pun beli dekat situ.Buat stok banyak-banyak.Senang bila kita bekukan dalam bentuk kecik-kecik macam ni.Time nak pakai amik je dua tiga ketul.Tak perlu nak pecah-pecahkan dah.

cara buat CBB untuk anak

Haa macam ni Amni packing.Senang dan mudah saja.

Ok mommies,selamat mencuba!

Jangan lupa komen dekat artikel ni kalau dah habis baca hehe.

You Might Also Like

14 Comments

  • Reply Hazmin Hamudin Sep 5, 2018 at 11:42 AM

    Ingatkan apa. Untuk budak-budak rupanya.

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:12 PM

      Hahaha.Dewasa pun boleh guna jugak CBB ni.Semua boleh la pendek kata

  • Reply sofea Sep 28, 2018 at 12:20 PM

    Sisa2 tu semua boleh buang ke? Atau ade manfaat lain?

    • Reply Dunia Farisya Sep 30, 2018 at 7:54 PM

      boleh je buang yunk.tapi amni ramas2 dulu dan tapis air dia.

  • Reply Shakirah Dec 17, 2018 at 12:07 PM

    Kalau pakai ayam biasa boleh ke ?

    • Reply Dunia Farisya Dec 17, 2018 at 12:58 PM

      Ayam biasa boleh tp kalau anak2 exzema bagus guna ayam organik sebab ayam organik lagi byk khasiat untuk anak kita ni…

  • Reply Hazirah Abidin Feb 18, 2019 at 11:56 AM

    sis, tempat ice cube tu sangat comel!! beli dekat mana ye

  • Reply Azie Feb 19, 2019 at 9:52 AM

    Sis, kalau pakai slow cooker boleh? Material ceramic.

  • Reply Najeeha Aug 14, 2019 at 12:50 AM

    Puan ade rasa tak , saya buat rasa pahit sedikit , tapi I reneh 2 jam lebih je

  • Reply umi Oct 4, 2019 at 5:07 PM

    puan..bila da cetak dlam ice cube tu, bape lame tempoh cbb tu bertahan untk digunakan ye??n skli masak guna bape cube cbb?

  • Reply KKM Isytihar Khidmat Pemeriksaan Virus Corona Di Rumah Mar 22, 2020 at 12:48 PM

    […] begitu, melihat kepada angka jangkitan virus yang semakin meningkat, kerajaan telah menggalakkan mereka yang mengalami simptom jangkitan […]

  • Leave a Reply