KECANTIKAN

Produk Kecantikan Organik Terbaik Dari Orgga Malaysia

Aug 30, 2018
skincare organik terbaik

Assalamualaikum 💖

Mood menulis semakin membuak-buak sekarang.Mungkin sebab blog Amni semakin clean and minimalist.Letak apa yang perlu sahaja.Macam Amni sendiri yang memang sukakan sesuatu yang minimalist dan simple.Tapi kadang-kadang nak juga terover on certain thing hehe.So hari ni Amni nak share dengan korang mengenai produk kecantikan organik yang dikeluarkan oleh orang melayu kita.Dan bukan produk sampah ye.Nak tahu lebih banyak jom baca lebih lanjut.

Rasa-rasanya Amni mula minat dengan produk kecantikan organik ni sejak skin Amni breakout teruk sebelum kahwin.Tak ingat dah bila.Dan bila dah kerja di HUKM dah ada duit sendiri, berani lah nak invest beli produk muka yang organik kan.Produk kecantikan organik pertama masa tu Amni guna ialah Urban Veda dari SASA.Tapi disebabkan asyik sold out je dekat outlet,kemudian Amni pakai Honey Bee Venom Cleanser je sementara tu.Dan sekarang Amni pakai ORGGA!

Yes, produk kecantikan organik yang Amni nak kongsi kalini adalah jenama ORGGA yang bakal dilancarkan tak lama lagi.Super excited okay sebab Amni memang dah jadi pengguna tegar produk kecantikan organik ni.Lebih-lebih lagi bila Amni dengar sendiri dari mulut pengasasnya yang menceritakan mengenai keseluruhan produk kecantikan ORGGA ni.Secara jujurnya,Amni sangat teruja ye!Bukan propa,tapi memang buat Amni tergamam dengan keberkesananya.

skincare organik terbaik

ORGGA sekarang ada 3 rangkaian produk kecantikan yang mereka keluarkan iaitu ORGGA Cleansing Powder,ORGGA Facial Mist dan ORGGA Luxe Beauty Oil.Okai jom Amni cerita serba satu mengenai produk ORGGA ni.

ORGGA Cleansing Powder Pencuci Muka Terbaik

pencuci muka organik terbaik

Serbuk pencuci muka dari ORGGA ni memang unik.Sebab kebiasaannya korang mesti selalu jumpa pencuci muka dalam bentuk buih,cream dan cecair kan?Haa tapi dengan ORGGA ni teksturnya yang berbentuk serbuk buat korang rasa feeling la sikit bila nak mencuci tu hehe.Bukan setakat mencuci,malah boleh jadi scrub atau mask muka taw.Pencuci muka ORGGA dikeluarkan untuk dua jenis kulit iaitu French Rose untuk kulit normal, combinasi, kering, matang dan pra-matang.Manakala Bacca Bliss untuk kulit normal, kombinasi, berminyak dan berjerawat.

Cara pakai pencuci muka ORGGA ni sangat mudah.Basahkan muka dan ambil satu sudu teh serbuk dan tuang ke tapak tangan.Letak sedikit air ke tapak tangan tadi dan sapukan pada muka sambil disertai urutan yang melegakan kulit muka.Nak lagi kesan yang lebih efektif,biarkan dalam 2-5 minit baru cuci.Bau serbuk pencuci muka ni pun wangi sangat taw.Hilang stress bila cuci muka hehe.

skincare organik

Hasil demo pemprosesan serbuk pencuci muka ORGGA oleh Puan Azza,Founder ORGGA

 

skincare organik terbaik

Hasil demo pemprosesan serbuk pencuci muka ORGGA oleh Puan Azza,Founder ORGGA

Kandungan serbuk pencuci muka ORGGA ni pun memang terbukti hebat dan berkesan iaitu untuk:

Cleansing powder – FRENCH ROSE

Colloidal oatmeal, Moroccan Rhassoul clay, French Pink clay, Almond flour,Coconut milk, Brown rice flour, Flaxseed meal, Rose flowers, Hibiscus flowers, Lavender flowers, Chamomile flowers, Elderberry, Rosehip, Raspberry, Orange peel, Moringa leaf, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Rose Geranium, Palmarosa Frankincense.

Cleansing powder – BACCA BLISS

Colloidal oatmeal, French Pink clay, Kaolin clay, Coconut flour, Coconut milk, Flaxseed meal, Brown rice flour, Strawberry, Rose flowers, Calendula flowers, Licorice root, Lavender flowers, Raspberry, Banana, Rosehip, Pearl powder, Gojiberry, Grape seed, Pure essential oils of Pink Grapefruit, Sweet Orange, French Lavender.

Masa sesi meet and greet dengan founder ORGGA haritu, diorang ada bagitahu memang semua bahan-bahan kandungan produk ORGGA ni diorang handle dan import sendiri masuk ke Malaysia.Fresh dari ladang yang organik.Tak ada buat dengan kilang OEM atau apa semua tu.Fuh,lagi rasa tak sabar nak tunggu hasil kulit lagi letop taw.

Dan menurut mereka, kedua dua cleanser ni mengandungi 4 bahan aktif semula jadi yang dipanggil “Superstar ingredients” iaitu Rosehip, Grapeseed, Goji Berry dan Raspberry. 4 bahan ni memang banyak kelebihan dia.Tak percaya korang boleh gugel ye.

Kelebihan ORGGA Cleansing Powder

ORGGA Cleansing powder ni bukan sahaja mencuci muka, tetapi ia juga menanggalkan sel sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit , pada masa yang sama, ia juga merawat kulit dengan kandungan bahan bahan semulajadi terpilih seperti tanah liat, bijirin, bunga bungaan dan buah buahan.

🌸Diperbuat daripada bahan asli semula jadi.
🌸Mengandungi vitamins, anti-oksida dan anti-penuaan.
🌸Mencuci, Merawat dan Melembapkan kulit.
🌸Menghilangkan dan mencegah jerawat dan bintik2 hitam.
🌸Merawat kulit muka tidak sekata dan kusam.
🌸Menganjalkan kulit.
🌸Melambatkan kesan kesan penuaan
🌸Menyihatkan dan Melembutkan kulit.
🌸Mencerahkan dan Menaikkan seri wajah secara semula jadi.
🌸Membantu aplikasi makeup nampak natural, sekata dan tidak bercapuk

ORGGA Face Mist Menyegarkan Dan Melembapkan Kulit

spray muka organik terbaik

Okay kemudian beralih ke ORGGA Face Mist.Sama jugak macam cleansing powder tadi,face mist ORGGA pun ada dua jenis iaitu Nourishing Face Mist – ROSE OTTO untuk semua jenis kulit normal dan Hydrating Face Mist – Le Neroli untuk semua jenis kulit berminyak.Face mist ORGGA ni mempunyai banyak kelebihan dan fungsi yang tersembunyi ye.Tak sama dengan face mist di luar sana.

Kelebihan Orgga Face Mist

ORGGA face mist diperbuat dari bahan bahan asli dan semulajadi yang berkualiti dan terpilih. Kombinasi rose water dan rose oil asli dan juga Aloe Vera, ekstrak cranberry dan blueberry yang bukan sahaja akan menyegarkan dan melembapkan kulit, tetapi juga merawat kulit muka  dengan membekalkan nutrisi dan ia juga kaya dengan anti-oksidan.

🌸 Menyegarkan dan melembapkan muka
🌸 Menaikkan seri wajah
🌸 Merawat kulit kering dan kasar
🌸 Anti-penuaan
🌸 Melembutkan dan mencerahkan kulit kusam
🌸 Mengawal kulit berminyak
🌸 Membuat makeup tahan lebih lama

Kandungan Orgga Face Mist

Nourishing Facial Mist – ROSE OTTO
Rose Bulgarian hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Cranberry extract, Blueberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, Pure essential oils of Rose Geranium, Rose Otto,  Palmarosa.

Hydrating Facial Mist – Le Neroli
Neroli hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Acai berry extract, Strawberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin. Pure essential oils of Neroli, Bergamot , Ylang Ylang.

Cara Guna ORGGA Face Mist

Cara guna face mist ni pun kena betul.Jangan main spray je.hehe.Selepas menggunakan ORGGA Cleansing powder, spraykan ke muka dan leher dalam jarak 6 inci.Pastikan korang goncang setiap kali sebelum guna. Tekap kulit muka dengan lembut menggunakan tapak tangan. Sementara kulit muka masih lembab, teruskan dengan penggunaan ORGGA Luxe Beauty Oil yang Amni akan share dekat bawah ni pulak.

ORGGA Luxe Beauty Oil Tegangkan Dan Meremajakan Kulit

serum muka organik 2018

Dah habis bahagian cleanser dan spray muka,sekarang Amni nak cerita mengenai ‘minyak ajaib’ dari ORGGA pulak.Kenapa Amni panggil minyak ajaib?Sebabnya ORGGA Luxe Beauty Oil ni boleh dipakai pada muka yang berkeadaan lembap dan basah.Maksudnya lepas spray muka atau lepas cuci muka tu,jangan lap air pada muka tu.Terus je sapu Luxe Beauty Oil ni.Haaa ajaib ke tidak?Hehe

Yelah biasanya kalau kita tengok beauty oil jenama lain,diorang suruh lap muka sampai kering kan baru boleh sapu.Tapi ORGGA ni memang pelik sebab basah-basah terus suruh sapu.Tapi itu lah ‘rahsia’ Luxe Beauty Oil Orgga ni yang ramai belum tahu.Amni pun macam tergamam.Tapi untuk kesan yang lebih efektif memang digalakkan untuk terus sapu beauty oil ni pada muka yang basah.Hehe.

Apa Yang Best Dengan Luxe Beauty Oil ORGGA?

🌸 Tidak berminyak dan melekit
🌸 Boleh digunakan sebagai pelembap
🌸 Boleh juga dicampurkan dengan krim dan pelembap
🌸 100% bahan semulajadi yang berkualiti
🌸 Boleh dijadikan base makeup

Kandungan Dan Jenis Orgga Luxe Beauty Oil

Kalau korang nak tahu ORGGA Luxe Beauty Oil diperbuat 100% dari bahan aktif asli dan semulajadi. Bahan bahan yang digunakan diimport dari UK, Italy, Morocco, France dan US bagi memastikan kualiti yang terjamin.ORGGA Luxe Beauty Oil special sikit dari face mist dan cleansing powder sebab dia ada tiga jenis beauty oil mengikut jenis kulit ye.

Luxe Beauty Oil diformulasi menggunakan 10 jenis botanical oils dan 6 Jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan Essential Fatty Acid (Omega 3,6,7, & 9) Vitamin A, C, D, E & K, anti oksida dan juga mineral dan nutrisi yang akan:

🌸Melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran
🌸Membekal kan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit
🌸Mengurangkan tanda tanda penuaan
🌸Memelihara dan melembapkan kulit
🌸Merawat kulit secara intensif

Luxe Beauty Oil – Oliva
Oliva sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering, matang dan pra-matang

Bahan kandungan; Meadowfoam oil, Olive Squalane, Kukuinut oil, Argan oil, Sweet Almond oil, Rosehip oil, Pomegranate seed oil, Raspberry seed oil, Prickly pear oil, Sea Buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Neroli, Frankincense, Sweet Orange, Palmarosa, Clary Sage, Carrot seed.

Luxe Beauty Oil – Libra
Libra pula sesuai untuk kulit normal dan kombinasi

Bahan kandungan: Olive Squalane, Argan oil, Watermelon seed oil, Jojoba oil, Maracuja Oil, Pumpkin seed oil, Hazelnut oil, Camellia oil, Prickly pear oil, Sea buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Rose Geranium, Grapefuit, Rose otto, Cedarwood, Lavender, Carrot seed.

Luxe Beauty Oil – Lindo
Lindo pula untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat

Bahan kandungan: Olive Squalane, Jojoba oil, Kuikuinut oil, Hazelnut oil, Grapeseed oil, Rosehip oil, Marula oil, Pumpkin seed oil, Prickly pear oil, Blackcurrant oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Sweet orange, Bergamot Bergaptene Free, Ylang ylang, Patchouli, Geranium, Cedarwood.

Cara Guna Luxe Beauty Oil ORGGA

Titiskan 2-3 titis ke atas dahi dan pipi dan urut secara lembut hingga meresap atau titis kan 2-3 titis oil ke atas tapak tangan, gosok kedua tapak tangan dan tekapkan ke muka dan urut secara lembut hingga meresap.

So itulah ketiga-tiga rangkaian produk keluaran ORGGA yang Amni nak share dengan korang.Serius talk,korang ‘WAJIB’ masukkan jenama ORGGA ni dalam list favourite skincare korang taw.Dan WAJIB CUBA ! please don’t hesitate more ye.

Untuk makluman,korang boleh PRE-ORDER bermula esok 31 Ogos-21 Sept 2018.Pelancaran rasmi ORGGA akan dilancarkan pada 25 September ini.Amni tak sabar sangat dah ni.Organic lover katakan.haha

Maklumat lanjut korang kena terjah dekat www.orgga.my dan laman instagram diorang di bawah :

🖱 www.orgga.my
📸 www.instagram.com/orggamalaysia
🖥 www.facebook.com/orggamalaysia

skincare organik terbaik

ORRGA CLEANSING POWDER

RM65


NORMAL PRICE RM80

FREE POSTAGE

ORGGA FACE MIST

RM45


NORMAL PRICE RM60

FREE POSTAGE

ORGGA LUXE BEAUTY OIL

RM95


NORMAL PRICE RM110

FREE POSTAGE

You Might Also Like

46 Comments

  • Reply Syafiera Aug 30, 2018 at 6:11 PM

    First skincare I guna yang jenis powder so far i suka rasa kulit wajah lepas sapu cleanser dia… recommended !

    • Reply Dunia Farisya Aug 30, 2018 at 9:53 PM

      sama la.cleanser pertama amni jugak yang tekstur powder.sebelum ni pernah guna bentuk cream dan liquid je.

  • Reply Jueliza Jamani Aug 30, 2018 at 6:47 PM

    yer betul akak suka sebab organik. boleh rasa lepas guna cleanser powder tu. kulit jadi lembut.

    • Reply Dunia Farisya Aug 30, 2018 at 9:52 PM

      kan.amni pun suka gila taw akak.rasa beza gila dengan cleanser lain

  • Reply Zharif Azis Aug 31, 2018 at 9:41 AM

    cleanser dia memang terbaik. rasa bertuah sangat dapat menyaksikan sendiri pembuatan cleanser tu depan mata.

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:16 PM

      kan zharif?cleanser dia bau semulajadi sangat ahahaha.sat bila nak sapu tu macam duk dalam hutan gayanya bau haha

  • Reply Faris Aug 31, 2018 at 11:31 AM

    Dah try semua produk ORGGA. Yang paling best cleanser die sbb lepas pakai tu kulit licin je dan bau wangi bunga tu best dan rasa nk pakai lama2 je ….

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:17 PM

      Sorang lagi jatuh cinta dengan cleanser dia hahaha.memang best gile cleanser dia faris.Amni skang duk pakai cleanser dia je hari2

  • Reply lin liena Aug 31, 2018 at 7:03 PM

    mmg jatuh cinta dengan produk ni..muka jadi bersih dan glowing…baru pakai semingu dah ramai yg tegur

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:18 PM

      ye ke kak?Wahhh!Kulit kak lien jenis cepat nampak kesan gak ek.hehehe.makin muda la kulit dia nanti hehehe

  • Reply Syafiera Yamin Sep 5, 2018 at 10:13 AM

    I dah cuba ketiga-tiga produk dari ORGGA ni sangat rekomen untuk mereka yang ada masalah kulit atau yang nak guna produk organik sahaja pada kulit wajah, bau untuk minyak tu sangat wangi and calming ! <3 <3

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:14 PM

      Yes!Kita geng!memang best gile kot ORGGA ni kan yunk.Maybe lepas ni i continue dengan ORGGA je

  • Reply ciklilyputih Sep 5, 2018 at 10:17 AM

    kak lily suka beauty oil dia, lembut je bila kena kat muka. ari-ari guna cepat meresap ke dalam kulit muka

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:15 PM

      yes kak lily.Amni pun suka taw!tak berminyak langsung beauty oil dia.kulit pun jadi cantik je.

  • Reply Ibu syurga Sep 5, 2018 at 11:04 AM

    Assalamualaikum dan selamat pagi sis farisya, review produk kecantikan untuk wanita ya. Kalau produk ni bagus mesti dapat sambutan ramai dengan testimoni mulut ke mulut

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:13 PM

      Wsalam Ibu.InsyaAllah sama-sama kita doakan ye

  • Reply Mama Hakim Sep 5, 2018 at 11:26 AM

    Mama doakan supaya produk ini mendatangkan hasil yang baik kepada penggunanya. Lepas tu barulah orang percaya sebab dapat banyak testimoni

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:13 PM

      Amin!Tq mama.Tapi so far produk ni memang dah banyak beri review bagus dekat penggunanya

  • Reply Fadzi Razak Sep 5, 2018 at 12:05 PM

    Saya lagi suka kalau produk skincare macam ni. Semuanya guna bahan bahan organik. Ye la kan, nak tepek pada muke, mestilah nak cari yang terbaik dan cuba elakkan bahan bahan kimia yang merbahaya

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:12 PM

      Yes betul fadzi.Amni pun suka yang organik.Sayang muka la takut kena kanser kulit ke apa ke kan.Baik pilih organik selamat sikit

  • Reply Syira Sep 5, 2018 at 12:32 PM

    Wah.. cleanser guna powder ? Menarik. Tak pernah jumpa lagi. Packaging pun nampak exclusive

    • Reply Dunia Farisya Sep 5, 2018 at 1:11 PM

      kan syiera?amni pun first time jumpa cleanser bentuk powder.so far memang best pakai cleanser ORGGA ni taw 😀

  • Reply kylie cre8tone Sep 5, 2018 at 2:18 PM

    Organic products are the best.. good for our skin.. yet to try out this brand.. but looks good from your review..

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:10 PM

      yes kylie.u should try orgga products.they have many choices according to ur skin types.

  • Reply kylie cre8tone Sep 5, 2018 at 2:18 PM

    Organic products are the best.. good for our skin.. yet to try out this brand.. but looks good from your review..

  • Reply Tekkaus Sep 5, 2018 at 2:49 PM

    Memang baik kalau boleh guna ramuan yang organik kan? Semasa pakai pun rasa lebih selamat kerana tak perlu risau jika mengadungi sebarang bahan-bahan yang tidak patut ada. 🙂

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:09 PM

      yes agree.nowadays banyak giler skincare yang ada merkuri which is may lead to many potential disease yang kita tak pernah sangka taw.so organic product is the best one

  • Reply Neeza Sep 5, 2018 at 10:52 PM

    wah siap ada demo.. nampak ketelusan produk ni membuktikan ia adalah bukan timbang kilo… ditambah menarik cleanser yang berasaskan powder.. first time jumpa.. tapi kenapa pre-order? kalau ready stock kan best hehe

  • Reply Neeza Sep 5, 2018 at 10:52 PM

    wah siap ada demo.. nampak ketelusan produk ni membuktikan ia adalah bukan timbang kilo… ditambah menarik cleanser yang berasaskan powder.. first time jumpa.. tapi kenapa pre-order? kalau ready stock kan best hehe

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:08 PM

      yes memang best neeza,pre order sebab first batch ni sangat limited dan eksklusif jadi diorang open preorder dulu hehehe.

  • Reply Zharif Azis Sep 5, 2018 at 11:12 PM

    Nampak sangat meyakinkan untuk guna. Yelah sebabnya 100 organik. Pasti semunya selamat. Zaman skrg nie takut nak cuba sesuatu produk tu sebabnya yelahh takut ada menggunakan bahan kimia yg x elok utk muka. Dengan ORGGA nie, xde lah risau utk cuba. Best cleanser dia ! First time jumpa cleanser dlm bentuk serbuk

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:08 PM

      best kan.lepas ni zharif kena selalu pakai la.hahaha.

  • Reply Liez Sep 5, 2018 at 11:28 PM

    seekrg dh terlampau banyak sgt product yg ada chemical bahaya… ini salah satu option untuk guna brgan organik bg elakkan kulit rosak. Dan sekarang dah byk dipasaran dan mampu milik

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:06 PM

      yes liez betul.amni pun sekarang memang berjaga2.memang cari skincare organik sahaja.sebab fikir untuk jangka masa panjang.

  • Reply nannie isa Sep 5, 2018 at 11:42 PM

    memang kebetulan mencari produk yang dapat Menyegarkan dan melembapkan muka dan paling penting merawat kuliit kering. Sebab tak semua produk boleh . So bolehlah kite cuba .. nampak exclusive sangat

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:07 PM

      yes kak nanie!u should try this one.dah la affordable pastu organik pulak taw.amni pun mula2 memang was2,try once dah try jatuh cinta weh hahah

  • Reply Ayu Rafikah Mohd Amin Sep 6, 2018 at 12:30 AM

    produk ni kalau tengok pada bahan yang digunakan not bad…nampak sangat sesuai untuk semua jenis kulit..bestnya dapat tengok dari dekat cara pembuatannya…

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:05 PM

      yes kak ayu.produk ni ada banyak jenis mengikut jenis kulit kita.foundernya sendiri memang dah buat rnd for many years dekat muka sendiri sebelum dia produce sebab depa pentingkan result,not money only hehehe

  • Reply CINDY TONG Sep 6, 2018 at 1:03 AM

    woowww i nampak rose only mata I dah locked…suka sangat rose..i pun nak try la cleansing powder ni…

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:04 PM

      waaa.roses lover la u ni cindy hehehe.yes u should try this one taw! for sure u akan jatuh cinta sebab 100% organik.

  • Reply azmi writer Sep 6, 2018 at 7:59 AM

    Brand dari mana ni? Tak pernah dengar lagi pun sebelum ni. Sekarang ni banyak sangat produk oem, pengeluar kilang. Kita tinggal pesan saja. Risiko tanggung sendiri

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 1:03 PM

      produk ni bukan produk OEM dan memang bahan2 produknya memang 100% diimport sendiri oleh founder direct dari oversea.plus produk ni memang 100% organik.

  • Reply betty Sep 6, 2018 at 10:14 AM

    I love the pure and clean packaging of Orgga. I also prefer natural ingredients when come to skincare. In long time, it actually good for our skin.

    • Reply Dunia Farisya Sep 6, 2018 at 12:57 PM

      yes agree.for long term,organic product is the best choice for us.despite people still go for instant effect.just dont get it what actually they r looking for hahaha

  • Reply Lia Hasty Sep 6, 2018 at 12:19 PM

    Suka tengok packaging produk ni nampak ekslusif je dengan warna putih yang menyerlah. Sekarang dah banyak produk yang guna bahan organik. So xpayah risau kan . Maybe next time Lia nak cuba produk ni.

  • Leave a Reply