5 Petua Berkesan Hilangkan Parut Jerawat Dengan Selamat
Kalau dikira,dah lama sebenarnya muka Amni tak naik jerawat.Last naik jerawat masa mula-mula kahwin.Masa tu yelah hormon baru nak seimbang.Lepas dari tu memang tak naik mana dah.Kalau naik pun sebijik dua lepas tu hilang tanpa parut.
Yang ada sekarang parut jerawat yang lama sebelum kahwin yang masih menapak dekat muka yang suci ni hehehe.Degil betul nak nyah dari muka ni.Dah macam-macam cara cuba.Kali ni nak cuba 5 cara di bawah pula.Dengar kata memang berkesan nak hilangkan parut jerawat yang degil ni.
Jom sambung baca lagi.
Ini petua hilangkan bekas jerawat yang korang boleh cuba pada bahagian wajah, belakang, atau mana-mana bahagian badan.
1. ALOE VERA
Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya.
Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Jadi, tak perlu risau menggunakannya kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.
Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.

Kredit foto: https://www.medicalnewstoday.com
2. SODA PENAIK
‘Baking soda’ atau soda penaik ini terkenal dengan bahan 1001 kegunaan, termasuklah untuk menghilangkan parut jerawat.
Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.
Caranya, campurkan 2-3 sudu teh soda penaik dengan air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

Kredit foto: https://www.healthline.com
3. TIMUN
Selalu nampak orang gunakan timun untuk hilangkan keletihan atau ‘eyebag’ pada mata saja kan?
Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.

Kredit foto: http://healthandcaretips.com
4. MADU ASLI
Madu asli adalah satu lagi pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada bermacam-macam masalah.
Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.
Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.
Pastikan ia adalah madu lebah asli
5. Guna Jumea Scar Gel
Kelebihan Jumea Scar Gel
Kesan seawal 7 HARI
Sesuai untuk semua jenis kulit (termasuk kulit sensitive)
Tidak melekit
Tidak berminyak
Cepat meresap
Water base
Tidak meleleh dan senang di urus (tidak seperti serum)
Mempunyai COOLING EFFECT
Kaya dengan VITAMIN E semulajadi
LULUS KKM dengan nombor pendaftaran NOT180701426K
Testimoni Jumea Scar Gel
Harga Jumea Scar Gel
Harga asal ialah RM90 sahaja. Tetapi untuk dapatkan harga PROMOSI sila hubungi agen sah JUMEA SCAR GEL yang tertera di laman rasmi diorang iaitu di www.jumea.my .
Jadi korang yang malas nak cuba kaedah tradisional,boleh cuba ubat parut yang terbaik ni iaitu JUMEA SCAR GEL ni.InsyaAllah parut chicken pox akan hilang dengan mudah.
Paling Penting ! JANGAN ‘GATAL TANGAN’ MENGUSIK JERAWAT
Hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat.
Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Maka, lebih banyak bakteria akan hinggap dan menjadikan keadaan lebih buruk.
Pastikan juga anda selalu mencuci muka dengan air bersih dan elakkan bertukar-tukar produk terlalu kerap.
17 Comments
[…] Jerawat ni memang masalah muka yang mana hampir 9/10 orang akan mengalaminya.Cuma bezanya antara teruk ataupun tidak sahaja.Zaman jerawat Amni dah berlalu.Time remaja dulu boleh dikatakan setiap bulan jerawat datang menyinggah ye.Stress jugak bila nak menghadap cermin.Tak tahu kenapa kalau dulu bila jerawat naik dekat muka terus rasa macam ‘akulah manusia paling hodoh’ haha. […]
saya juga ada parut jerawat, bukan senang nak hilangkan. Sekarang ada scar gel boleh cuba untuk hilangkan parut.
Biasanya kalau ada jerawat ni, saya biar kan je sebab jerawat saya cepat hilang. Lagipun memang tak selalu naik jerawat dekat muka pun. Paling teruk pun masa awal awal pregnant kali ni. Atas dahi naik jerawat-jerawat kecil. Dah lepas 3 bulan pertama tu, terus hilang, tak ada dah
betul tu kalau tangan gatal nak usik jerawat confirm tinggalkan parut. kadang penat nak tahan tangan nak usik jugak hahaha tak pernah dengar nama produk tu nanti nak cari laa
whh bagus tip-tip yang dikongsikan..praktikal utk orang yang suka menggunakan bahan semulajadi sebab dia bebas kimia kan..nanti blh refer artikel ni pada anak since dia pun berjerawat
owhhh banyak rupanya home remedy yang kita boleh amalkan utk pudarkan kesan parut. parut nie mmg nightmare betul buat semua indidvidu. bolehlah amalkan petua2 nie nanti
Wow this is interesting, will introduce this to a friend in need, think they will really appreciate this.
Alamak soda penaik tu kita selalu guna untuk cuci periuk yang bekarah dan berkarat hehehe tak tahu lak boleh hilang parut ok lah lepas ni boleh cuba cara yang selamat dan murah ni hehehe harap berkesan ada parut kemalangan tak hilang-hilang lagi..
Alhamdulillah, makin dah tua ni, jerawat dah takut nak naik dah kat muka sis ni. Tapi memang kalau tumbuh jerawat muda2 dulu..sis tepekkan aloe vera je..memang mujarab tapi selalu amalkan lah. La ni dah senang..macam2 produk ada utk hilangkan jerawat
now, aida guna kunyit & madu asli.
alhamdulillah, berkesan utk aida & anak sulung.
ok la. sebab anak sulung baru 13 thn.
ikut nasihat doktor, jerawat dia kalu boleh rawat cara alami dulu.
jumpa la masker kunyit.
aloe vera tu pun pernah guna. sejuk! amik dari pasu.
potong kecik2 lenyek kan. tempek aje kat muka few minutes.
Mudah je kan. Tapi ramai yang tak dapat buat bukan sebab malas tapi tak ada masa. Saya pun kadang2 tak terjaga kulit muka padahal dah ada produk set penjagaan . Hmm ape pun kena konsisten kan. Baru kulit wajah cantik
Fisrt time dengar pasal jumea scar care ni…
Akak pun tengah ada jerawat besar ni..stress tengok..bila ntah nak hilangnya
wah.. macam tau-tau je TB pun tengah mencari penyesaian untuk parut jerawat yang baru timbul selepas jerawat surut hari tu.. hihihi.. boleh cuba ni.. TB ada aloe vera gel .. boleh la try guna
Pernah pakai sesetengah yang diberitahu tu..hehehe…tapi sekarang pakai gel kecutkan jerawat je..senang..hehehe..bila ada jerawat ni memang risau
Thanks untuk petua tu! Dulu2 selalu tepek muka dengan telur yg diperah sedikit limau. Hehe tapi ye la sekarang dah moden so better guna trusted product je kan
I have heard of this tips to reduce scars before but it may take time and lots of preparation work. If the scar gel works than its wonderful.
Sekarang pakai produk Hiruscar tu hilangkan jerawat. Setakat ni berkesan. Pantang tengok jerawat tangan start gatal nak pegang. Sebab tak suka tengok jerawat.