MAKANAN

Kuih Raya ‘Confirm Sedap’ Di My Delicacies!

Jun 9, 2018

Kuih Raya ‘Confirm Sedap’ Di My Delicacies! | Sebut pasal kuih raya ni,mesti semua orang akan jadi sangat cerewet kan?Tapi jangan risau,hari ni Amni share satu tempat yang menjual kuih raya yang confirm sedap dan murah di sekitar KL.

Haa kuih raya menjadi satu kewajipan di pagi raya.Kalau tak ada kuih raya,rasa macam ada yang tak kena.Atas meja kalau meriah dengan kuih raya,barulah raya!hehe.

Amni pulak memang minat betul dengan kuih raya.Antara kuih yang memang tiap tahun wajib beli adalah Almond London,Bangkit Beras,Semperit dan Sarang semut.Dulu rajin buat sendiri,tapi sekarang kuih tunjuk-tunjuk je hehe.Tak sempatlah nak buat semua.

Tapi kuih tunjuk-tunjuk pun Amni cerewet sikit nak beli.Sebelum beli,Amni google dan baca review seller tu dulu.Dah puas hati baru pergi beli.Jadi antara port best beli kuih raya dekat KL ni adalah My Delicacies yang bertempat di Jakel Mall KL dan Busana Mara KL.

My Delicacies diasaskan oleh Puan Suhaily Hamzah pada 9 Mei 2015 di Kuala Lumpur. Kemudiannya, pada tahun 2017, mereka telah membuka cawangan di Jakel Mall. Kini, My Delicacies mempunya 2 kedai, 2 kiosk dan promosi bergerak di sekitar Kuala Lumpur.

Kalau korang nak tahu,serunding di My Delicacies ni sedap giler!Amni makan dengan suami tak cukup! Sejujurnya Amni bukan peminat serunding tapi bila makan serunding My Delicacies ni, nangis tak berlagu.Sedap sangat!Teringat-ingat lagi ni!

Serunding dia memang rare sebab dibuat menggunakan kayu api.Dari proses merebus sehinggalah memasak semuanya menggunakan dapur api.Malas nak cerita panjang takut nanti korang meleleh haha.WAJIB beli taw kalau ke sana.

My Delicacies #pakarserundingdagingtempatan

Selain serunding,kuih raya dan kerepek yang dijual di My Delicacies pun confirm sedap!Kenapa?Sebab sebelum produk dijual, pemiliknya sendiri iaitu Puan Suhaily akan buat ‘test-market’ dulu atau[un penilaian kualiti sebelum produk tersebut berjaya dijual di outlet.Jadi kalau confirm sedap ,baru kuih tu diterima untuk diletakkan di kiosk My Delicacies.

So sebab tulah Amni berani jamin korang mesti akan repeat datang beli kuih dekat My Delicacies ni.Hehe.Senang,dalam satu kedai semua jenis kuih ada dari pengusaha kuih yang semua gerenti sedap punya!

Pengusaha kuih dan kerepek yang bertuah dapat letak produk mereka di My Delicacies sangat beruntung sebab:

  1. Produk akan dipromosikan selama 360 hari di semua kedai,kiosk sera booth bergerak MyDelicacies.
  2. Promosi berterusan media sosial.
  3. Networking dengan vendor-vendor lain.
  4. Khidmat nasihat mengenai production, penglabelan, pembungkusan serta marketing.

LOKASI MY DELICACIES
 
Busana MARA, KL
PC 102,Busana Mara 232,Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur
Jakel Square
Lot G.04, (Ground Floor) ,Signature A&B Lot 159, Jakel Square , Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur.
Telefon:
014-220 9897
Facebook: 
Instagram: 
Email: 

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply