Home KECANTIKAN Ruhainies Diangkat Sebagai Duta Guerisson,Jenama Produk Kecantikan Korea Yang Terbaik

Ruhainies Diangkat Sebagai Duta Guerisson,Jenama Produk Kecantikan Korea Yang Terbaik

90
0
SHARE

Ruhainies Diangkat Sebagai Duta Guerisson,Pencipta Kulit Tanpa Cela | Hari ni Amni akan share satu berita baik dan boleh dikira membanggakan juga di mana Artis tanah air kita Ruhainies telah dilantik sebagai duta bagi jenama produk kecantikan popular di Korea iaitu Guerisson.

Malah ini merupakan kali pertama jenama produk kecantikan Korea yang popular melantik Artis Malaysia menjadi duta mereka taw.Bukan calang-calang artis boleh pegang sebagai duta mereka.Tahniah Ruhainies!

Ruhainies yang popular menerusi drama ‘Hello Mr Perfect’ ini merupakan contoh ikon yang sangat sesuai bagi jenama ini memandangkan beliau sendiri memang sangat mementingkan penjagaan kulit muka yang sangat teliti.

Pelantikan Duta Malaysia Ruhainies sebagai bukti bahawa wanita di Malaysia pun boleh memiliki kulit yang cantik dengan tanpa perlu bersolek tebal.Ya sejujurnya Amni pun tak suka makeup tebal-tebal hehe.Less is more kan?Hehe.

Jadi kalau nak makeup yang nipis tapi still nampak cantik,kenalah bagi dalaman kulit sihat dulu taw.Pilih skincare yang terbaik dan terbukti mampu menyelesaikan masalah kulit macam rangkaian produk dari Guerisson ni.Walau bagaimanapun, cara penggunaan produk yang betul juga amat penting, kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan produk itu.

Ruhainies mendemonstrasikan cara pengunaan produk penjagaan kulit Guerisson yang betul, serta memperkenalkan produk Guerisson terkini, iaitu Guerisson Horse Oil Cream Trio.

Krim Pengimbangan Kelembapan Guerisson – sesuai untuk kulit berminyak, membantu menyeimbangkan minyak dan air di dalam kulit, demi mengurangkan lebihan sebum pada kulit. Juga membantu mengurangkan kesan jerawat dan sebagainya.

Krim Ginseng Merah Guerisson – sesuai untuk kulit kering dan matang. Membekalkan khasiat premium kepada kulit, dengan mengembalikan tenaga kepada kulit agar kulit pulih seperti sediakala.

Krim Kompleks Guerisson 9 – sesuai untuk kulit kombinasi & kulit kering. Membantu membaiki kulit membekalkan kelembapan selama 72 jam. Ketiga-tiga krim ini juga mengandungi minyak kuda.

Jadi bagi korang yang nak mencuba produk Guerisson ni boleh dapatkan di outlet Sasa yang berdekatan atau mana-mana outlet Watsons yang terpilih.

Jangan lupa ikuti Facebook dan Instagram 9Ginseng Malaysia untuk info terkini.

p/s: Next artikel Amni akan share review lepas Amni pakai produk Guerisson ye!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here