Home SEMBANG SANTAI Naturals By Watsons Sambut Hari Tapir Sedunia Untuk Tingkat Kesedaran Pengguna Terhadap...

Naturals By Watsons Sambut Hari Tapir Sedunia Untuk Tingkat Kesedaran Pengguna Terhadap Spesies Tapir

125
0
SHARE

Naturals By Watsons Sambut Hari Tapir Sedunia Untuk Tingkat Kesedaran Pengguna Terhadap Spesies Tapir | Sebut pasal tapir ni rasanya mesti ramai yang confious dengan spesies khinzir kan?Kalau siapa pernah tengok movie “Inside Out” mesti perasan kartun watak Bing Bong tu macam tapir .Haha

Sebelum tu biar Amni bagi sedikit info mengenai tapir ni dekat korang ye.

Apa itu Tapir?

Tenuk Malaysia (Tapirus indicus), merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur yang bermaksud habitat semula jadi spesies.

Tenuk Malaysia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia. Selain itu tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam walaupun tiada pengesahan dibuat dan mungkin juga terdapat di Laos.

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan.

Natural By Watsons World Tapir Day 2018

Jadi bersempena dengan Hari Tapir Sedunia pada 27 April yang disambut saban tahun, Natural By Watsons berkolaborasi bersama Pocotee & Friends dan The Ecotourism and Conservation Society Malaysia (ECOMY) telah melancarkan kempen “We Hug Tapir” pada tahun bermula 27 mac hingga 23 April 2018.

Hasil jualan Natural By Watsons juga telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,524 untuk disumbangkan kepada rogram khas pendidikan alam sekitar untuk kanak-kanak sekolah yang terletak di Taman Negara, tempat tinggal Tapir Malaysia.

Mock Cheque derma ini disampaikan di majlis ringkas Natural By Watsons World Tapir Day 2018 di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jabatan Perhilitan Sungai Dusun, Selangor.

Kempen yang dilancarkan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pencinta haiwan serta rakyat malaysia khususnya mengenai kepentingan memelihara spesies ini yang semakin terancam habitatnya.

Sepanjang majlis sehari bersama media sempena World Tapir Day 2018, kami dijamu dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya lawatan ke kandang tapir dan projek menanam pokok.

Sambil melihat keadaan sekeliling kandang tapir,kami juga diberi taklimat ringkas mengenai tapir dan pusat konservasi tersebut.

Kami juga dibawa melihat kolam yang menempatkan 5 ekor buaya.Tapi masa kami sampai hanya dua ekor yang ‘menunjukkan belang’.Yang lain semuanya menyorok.Hehe

Selesai cuci mata tengok cik buaya,kami diberi peluang setiap seorang untuk menanam pokok.Setidaknya ada juga kenangan kami dekat pusat konservasi ni untuk cik Tapir tu.

Bagi Amni usaha dan pendekatan yang diambil oleh pihak Watsons khususnya sebenarnya banyak memberi perubahan dalam usaha memulihara spesies mamalia yang semakin diancam kepupusan ini.

Diharapkan semua rakyat malaysia di luar sana juga turut sedar dan mengambil pendekatan yang sebegini rupa agar habitat dan spesies ini boleh meneruskan hidup dengan lebih lama lagi.

Jadi jom sama-sama jadi rakyat yang cintakan haiwan taw!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here