FESYEN PARENTING

Koleksi Baju Baby Yang Cantik Dari Luvable Friends Malaysia!

Apr 4, 2018

Bila Adira Bergaya Sakan Dengan Koleksi Baju Baby Yang Cantik Dari Luvable Friends! | Lamanya cuti menulis.Banyak kejap nak kena setel.Sejak dah jadi mak ni kena pandai curi masa.Kalau tidak banyak betul kerja bertangguh taw.Tapi macam Amni,malam la waktu Amni nak setelkan kerja-kerja tertunggak semua tu.

Adira pulak dah masuk fasa mula nak makan makanan selain susu badan.Jadi memang banyak kerja sikit.Kalau dulun time bujang,bolehla nak makan ikut suka hati pukul berapa.Tapi sekarang ada anak,kena ikut masa makan anak sekali Hehe.

Tapi hari ini bukan nak cerita pasal Adira dah mula makan.Hari ni Amni nak share tempat yang jual baju baby yang lawa dan murah taw. Nama tempat ni ialah Luvable Friends Malaysia . Beroperasi secara online dan offline di seluruh Malaysia.

Kalau bab menggayakan anak-anak,kita mak-mak je yang excited lebih.Si bapak biasa je janji anak pakai baju katanya haha.Tapi kalau Amni tak boleh.Tambah lagi kalau anak perempuan,mesti nak anak nampak comel dan cantik.

Info Mengenai Luvable Friends

Jenama Luvable Friends menjual pelbagai jenis produk bayi dengan kualiti yang sangat baik. Rekabentuk pakaian dan produk Luvable Friends sangat cantik dan selesa untuk bayi dan ibu bapa dengan ciri-ciri hebat seperti label tagless, bukaan leher yang terbentang, penutupan snap, dan tali kasut elastik.

Antara jenis produk Luvable Friends termasuklah barang mandian, aksesori tempat tidur, hadiah, bip bayi, kasut dan travel set.

Apa Yang Luvable Friends Jual?

Banyak.Pendek kata banyak kalau nak senaraikan kat sini semua.Tapi antara barang yang best seller dekat sana ialah pakaian baby dan peralatan penyusuan baby yang berkualiti tinggi.

Rompers dia cantik-cantik taw.Kain pun elok sangat!

Hooded towel diorang pun memang banyak design comel!Nasib baik tak ada untuk dewasa punya.Kalau tak dah lama rembat satu haha

rompers dia semua up-to-date ye.Pilihan warna-warna diorang memang citarasa terkini sangat.haha

Sleepsuit baby pun banyak.Design dan corak memang ‘sejuk mata memandang’ taw.

Gift set pun ada kalau korang cari hadiah untuk kawan korang yang baru bersalin tu.

Haa,ok dah-dah.Nak tengok banyak-banyak nanti korang tengok dekat website dan fanpage diorang ye.Jangan muntah pulak tengok sebab banyak sangat koleksi barang baby yang cantik dan murah ok.

Lokasi Vendor Luvable Friends

Kalau mommies yang baca artikel Amni ni,jangan risau ye kalau nak beli semua yang ada di Luvable Friends ni sebab diorang dah banyak vendor di seluruh negara.

Baik utara,selatan,pantai timur dan barat semua dah ada jenama Luvable Friends ni di kedai diorang.Jadi memang mudah sangat kalau mommies nak shopping lepas ni ye.Tengok depan mata lagi puas hati kan? (perasaan mak-mak memang macam ni haha)

ni hooded towel yang Adira pakai dari Luvable Friends.
Cantik kan.Hehe

Hooded towel yang Adira pakai ni memang sangat menyerap air.Senang keje Amni.Tak payah nak lap berulang kali.Tahu jela kalau baby ni bukan nak duduk diam kalau dah siap mandi.Silap hari bulan berperang taw semata-mata nak lapkan badan dia haha.Dan design dia cantik sangat okai.Nampak gaya ‘ada-ada’ gitu haha.

ni satu pakej semua dari Luvable Friends taw. Dari hooded towel,rompers,stokin,headband dan bib sekali.

headband dan bib dekat leher tu pun dari Luvable Friends.

Dah macam gaya kungfu Adira ni haha.Headband dan rompers dari Luvable Friends

pakai baju cantik-cantik dari Luvable Friends,baru semangat sikit mama nak amik ootd Adira pahni haha

Headband ,rompers dan bib yang Adira pakai memang sangat selesa dan lembut ja kain dia.Corak kain memang bergaya habis.Macam beli jenama luar negara uols haha.

Amni bagi 5 bintang dekat Luvable Friends dari segi harga dan kualiti sebab tip top! (bukan amik hati tapi memang kenyataan ye uolss)

Jadi mommies yang rasa nak cuci mata tu boleh singgah dekat mana-mana vendor Luvable Friends yang berdekatan rumah ye.

Dekat bawah ni ada details yang Amni akan share dekat mommies semua.

Selamat bershopping ye! hehe

FB : LVF Wholesaler
Instagram: @luvablefriends_wholesaler
Web : www.luvablefriends.com.my
Tel : +6017 968 2280

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Adira Ke TCE Baby Expo 2018 Di MITEC - Dunia Farisya Sep 13, 2018 at 6:56 PM

    […] Luvable friends pun ada sini taw! […]

  • Leave a Reply