MAKANAN

Kelate Kitchen Tempat Makan Sedap Baru Di Setapak

Mar 9, 2018
nasi kukus terbaik dan sedap di kuala lumpur

Kelate Kitchen Tempat Makan Sedap Baru Di Setapak | Sejak Amni dah habis contract menulis dengan salah satu website yang sangat ‘sibuk’,Amni ada lebih banyak masa untuk sembang kencang di blog sendiri.Hehe.Rindu sangat-sangat la dengan blog sendiri.Serius tak tipu.

Blog nilah punca pendapatan Amni sebelum dapat kerja tetap.Blog ni juga asbab bertemu jodoh dengan suami,blog ni jugak asbab bertemu dan berjodohan lagi dengan sahabat-sahabat baik sekarang.Banyak kenangan nya taw.

Panjang pulak mukadimah kan.Biasalah test skill writing sikit.Hehe.

Sebenarnya hari ni Amni nak share satu tempat makan sedap dan baru di Setapak.Sebenarnya kedai ni dah lama beroperasi.Operasi lamanya di Sri Hartamas.Tetapi disebabkan atas alasan-alasan tertentu,mereka berpindah ke Plaza Prima Setapak,Kuala Lumpur.

Nama kedai ini ialah Kelate Kitchen.Bertempat di corner lot B-G-7 Plaza Prima Setapak,Jalan Prima Setapak 1,Kuala Lumpur, Kelate Kitchen memang merupakan tempat makan yang best dan berbaloi.Mungkin lepas ni korang yang berada di sekitar Setapak boleh jadikan Kelate Kitchen ni sebagai ‘port makan baru korang waktu lunch.So lepas ni tak ada masalah dah nak cari tempat makan tengahari yang sedap dekat Setapak tu.

Okai,menu yang sedap dan laris di Kelate Kitchen ni adalah Nasi Beratur ( ayam cincang ) RM6.00 , Nasi Kukus King RM7.00 , Nasi Penarik ( ikan Tongkol ) RM6.00 , Nasi Kerabu RM5.50 , Nasi Kerabu Ayam Bakar RM7.00 ,Nasi Kerabu Kambing Bakar RM14, Nasi Kerabu Kambing+Ayam RM16.

Tapi tadi tengahari Amni dan suami makan nasi kukus king dan teh ais buih.Memang padu giler nasi kukus dengan teh ais dia.Rasa nak pergi repeat balik hehe.

teh beng madu sedap di kuala lumpur

teh beng madu dia memang padu.

nasi kukus terbaik dan sedap di kuala lumpur

nasi kukus sedap wehh..!
tak macam nasi kukus kat tempat lain.

nasi kukus terbaik dan sedap di kuala lumpur

Dalam nasi kukus king dia ada ayam goreng berempah,kuah dia memang kaw..!Pastu ada sambal bilis kacang tu.Yang ni memang sedap.Serius cakap kalau makan sambal tu dengan nasi kukus memang satu gabungan yang perghh..!!Sambal belacan pun Amni tolak tepi je bila dah ada sambal bilis ni.hehe.

Dua menu ni je yang Amni sempat cuba sebab Adira dah panas nak susu.

Menu lain yang ada di Kelate Kitchen lagi ialah:

menu sedap di kelate kitchen menu sedap di kelate kitchen

Next time Amni nak cuba air kelapa Mixx dengan nasi kerabu dia pulak.Waktu tengahari kat sini memang ramai tapi jangan risau sebab kedai ni besar dan banyak kerusi meja.

Tapi bila datang sini semua self service ye.Dari ambil nasi,order air sampailah ke bahagian bayar.Ala servis sini laju.Bos dia pun peramah taw.Jangan risau.

Kelate Kitchen
B-G-7 Plaza Prima Setapak,
Jalan Prima Setapak 1,Kuala Lumpur
Waze : Plaza Prima Setapak pun boleh jumpa.
Instagram: kelate_kitchen
Facebook: Kelate Kitchen

Kalau pergi sana mention nama iols,kot la dapat murah kens?
Eh gurau je hehe

You Might Also Like

6 Comments

  • Reply adarain Mar 18, 2018 at 10:43 PM

    wow.. nampak sedap je tengok minuman tu sampai meleleh keluar macam lava..

  • Reply Sakwa Mar 30, 2018 at 11:20 AM

    Eh, dekat tempat duduk I saje. Tak pernah perasan ada restoran ini. Mesti pergi cuba nanti.

  • Reply Saps Apr 3, 2018 at 4:49 PM

    Gambar air tu x tahan tgk

  • Leave a Reply