KESIHATAN PARENTING

Cara Sembuhkan Eczema Pada Baby Dengan Selamat

Mar 5, 2018

Cara Sembuhkan Eczema Pada Baby Dengan Selamat | Hari ni Adira dah masuk 6 bulan.Bermakna hari ni Adira dah mula untuk makan!Yeah!Satu perkara baru yang ditunggu-tunggu oleh iols.Tapi hari ni bukan nak cerita pasal makanan pun.iolss nak share macam mana nak rawat eczema dengan selamat pada baby tanpa keluarkan kos yang mahal.Bawah RM50 sahaja!

Masa Adira dapat eczema,iolss macam dah mula gabra.Eh macam ne nak buat?Apaa nak buat ni?Kan?Sekarang zaman dah canggih kan?google la segala mak nenek tips yang ada.Tapi satu pun iols tak buat sebab bukan tak sempat,macam kurang berani sikit nak cuba tips yang pelik-pelik tu.

Sudahnya,iols cuba pakai nasihat doktor.Doktor dekat klinik kesihatan yang Adira selalu check up tu bagitahu suruh beli mandian dan losyen badan jenama Ezerra.

ni mandian Ezzera.ada dua saiz.

ni losyen badan dia.

Amni just amalkan pakai dekat Adira dua benda ni sahaja.Mandian dan losyen Ezerra ni boleh dibeli di mana-mana Farmasi atau Watson yang berdekatan dengan korang ye.Kos dua botol ni anggaran RM50 sahaja.InsyaAllah satu botol tahan dalam sebulan-2 bulan kalau pandai berjimat taw.

Time mandi,guna mandian Ezerra yang botol biru tu.Bila dah siap mandi,keringkan badan baby,lepas tu terus pakaikan Losyen badan Ezerra tu pada tempat yang mengalami eczema.Nak pakaikan satu badan pun tak ada masalah taw.

Best ke produk Ezerra?

So far bagi Amni sangat berpuas hati dan berbaloi.Pada mulanya memang doktor ada bagi Aqeuos cream tu untuk Adira.Tapi since pakai tu,kulit Adira jadi semakin kering dan bersisik.Jadi dia pun tak selesa.

End up,Amni belikan produk Ezerra ni untuk dia.Alhamdulillah dengan izin Allah eczema Adira sembuh dengan jayanya.Tapi satu lagi tips Amni nak bagitahu,selain ikhtiar dengan produk ni,mommies kena pastikan kebersihan diri baby pun terjaga.Jangan bergantung dengan produk semata-mata ye?

Tips PENTING time baby kena eczema:

  1. Pastikan tangan dan kaki baby sentiasa bersih.Kerap cuci tangan apabila baby sentuh benda yang dikhuatiri kotor.
  2. Sentiasa standby sapu tangan bila menyusukan baby.Susu badan yang melimpah dekat pipi baby dan bawah lipatan leher tu sebenarnya sangat menyumbang untuk baby mudah terkena eczema
  3. Lap badan baby sebersihnya dan sekeringnya selepas mandi.Air lebihan mandian yang membasahi lipatan leher dia juga boleh membuatkan baby mudah terkena eczema.
  4. Pastikan tangan ibu/ayah/pelawat yang nak sentuh baby tu bersih!Yang ni sangat penting!
  5. Pastikan baby tidak berada dalam keadaan berpeluh yang melampau.Jadi sebolehnya halakan kipas secara perlahan bagi ada pengudaraan yang elok untuk baby.

Itu je yang Amni amalkan sepanjang Adira terkena eczema.Walaupun eczema Adira dah baik,Amni still amalkan 5 tips penting di atas.

Sebab Amni takut kalau eczema dah terlalu melarat,kesian dekat baby.Ada yang amni pernah nampak,sampai berdarah-darah eczemanya sebab dah teruk.Kesian sangat kat baby. T_T Since jadi mak-mak ni,hati tisu sangat!

Ok mommies sekalian,selamat mencuba !

Kalau dah cuba,share lah dengan Amni nanti ye?

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply