Home SEMBANG SANTAI GAMBAR DAN VIDEO Wisma KWSP Jalan Gasing Petaling Jaya Terbakar

GAMBAR DAN VIDEO Wisma KWSP Jalan Gasing Petaling Jaya Terbakar

324
1
SHARE

GAMBAR DAN VIDEO Wisma KWSP Jalan Gasing Petaling Jaya Terbakar

Tengah khusyuk duk menaip artikel dekat blog sebelah,tiba-tiba masuk mesej dari group.Tak semena beratus whatsapp diorang.

Rupa-rupanya kecoh sebab wisma KWSP tepi federal highway terbakar tengahari tadi baru.Kecoh habis dekat situ.

Wisma KWSP yang terletak di Jalan Gasing,Petaling Jaya tu memang semua orang kenal.Hari-hari duk ulang-alik pergi kerja lalu jalan tu.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.Tapi nampak dari gambar memang teruk juga.Melarat dari tingkat bawah sampai tingkat atas.

Punca kejadian masih dalam penyiasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Memang marak dengan cepat kebakaran tu.Habis satu bangunan nampak gaya.Tambah lagi banyak filling dan kertas dalam bangunan tu,memang makin marak la apinya.

Sehingga kini, asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Pada masa ini, kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat setakat ini, 40 peratus banguinan terjejas dalam kebakaran bangunan KWSP setinggi enam tingkat tersebut.

Setakat ini, tidak dapat dikenal pasti sama ada terdapat kemalangan jiwa dilaporkan.

Sejumlah 39 anggota penyelamat dariĀ  beberapa buah Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas pihak bomba mendapat panggilan tentang insiden tersebut lima minit sebelum itu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here