Home MAKANAN Sabrina Bakery:Kek Sedap Dan “BERHANTU”

Sabrina Bakery:Kek Sedap Dan “BERHANTU”

107
0
SHARE

Sabrina Bakery:Kek Sedap Dan “BERHANTU” | Lama dah duk tangguh nak story pasal kedai kek sedap dan murah di KL dan Selangor ni.Sehari demi sehari duk bertangguh nak story pasal Sabrina Bakery ni.Sebab kek dekat kedai dia semua “berhantu”.

Sebenarnya Amni dah lama ushar kedai kek ni dekat instagram.Boleh kata hari-hari stalk diorang punya insta sebab nak tengok menu dessert dan kek yang diorang buat.Boleh meleleh taw tengok diorang punya dessert.Dalam banyak-banyak kedai kek yang Amni selalu ushar dekat insta,Amni terpaut dekat Sabrina Bakery ni je.Kalau nak tahu,Amni ni jenis cerewet nak membeli sebenarnya.Hehe

 

Bila dah puas survey,baru tergerak hati nak beli dengan Mamasab ni.Mamasab ni ada agent merata riti.Korang jangan risau.Usha je dekat instagram Mamasab ni.Scroll bahagian komen.Tak pun dm terus admin Mamasab.Dengan penuh kasih sayang admin akan reply.Sampai iols yang mulanya nak beli satu slice kek terjebak beli sekotak.Haha.

Kek Dan Biskut Mamasab “BERHANTU”

Amni dah cuba Nutella Belgium Cookies Mamasab dengan combo september yang ada brownies legend,nutella brownies,congo bar dan nutella oat bar.Kali kedua order lagi Nutella Belgium cookies dua bekas dengan Devil Food Choc Cake.Sumpah rasa nak order lagi kali ketiga.Tapi tahan nafsu kalau dak kerat kaki satg makan manis tiap hari.Haha.

Sumpah semua kek dan biskut mamasab sedap-sedap semuanya.Korang yang dah lama cari kat mana kedai kek yang sedap dan murah,Amni sangat recommendkan korang cuba Sabrina Bakery ni taw.InsyaAllah mesti korang terpaut dengan kesedapan kek dan biskut diorang.

Ni combo september

Dalam combo ni,amni paling suka oat nutella.Sebab lembut dan tak manis.Sedap gile.Memang ketagih sangat bila dah makan satu.Hahaha.

ni Nutella Belgium Cookies

Yang Nutella Belgium cookies ni amni sampai berebut dengan husband.Sudahnya kali kedua order dua bekas.Sorang satu bekas.Baru tak berebut.Hehehe.Biskut ni cicah dengan air susu panas,horlicks panas ke memang mengancam.Hehe.

Devil Food Choc Cake yang menjadi kegilaan ramai

No wonder DFCC ni best seller dekat mamasab punya kedai.Sebab cheese dia tak manis tak tawar.Perfect!Yang tak minat manis boleh makan DFCC ni.Sangat sesuai.Satu bekas tak cukup!Sumpah!

Amni nak share sangat dengan korang kesedapan kek dan biskut dari mamasab sebab memang Amni jatuh cinta.Kalau ikut nafsu hari-hari nak order.Dan kalau boleh,nak kerja dengan mamasab.Boleh hari-hari makan kek kat sana.Haha.

Bagi korang yang stay sekitar Cheras,KL dan nak order kek dan biskut dari Mamasab ni,boleh order dengan agent yang Amni order ni taw:

Agent Kas – 0196381448 (Klik terus utk order)

Servis dia tip top dan lemah lembut je layan order taw.Salah satu sebab kenapa Amni nak order dengan dia.Sangat-sangat recommended ye!

Facebook: Sabrina Bakery
Instagram: sabrina_bakery

p/s:Sharing yang Amni tulis ni bukan dibayar oleh Sabrina Bakery taw.Ikhlas dari hati sebab kualiti dan kuantiti produk diorang memang memuaskan hati sangat-sangat!

next target nak cuba ni pulak.hehehe.doakan iols murah rezeki.haha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here