Home MAKANAN MyDelicacies Bantu Usahawan Kecil Tambah Pendapatan

MyDelicacies Bantu Usahawan Kecil Tambah Pendapatan

490
0
SHARE

MyDelicacies Bantu Usahawan Kecil Tambah Pendapatan | Assalamualaikum semua.Baru lepas tidurkan Adira,sekarang curi masa sekejap nak menulis dekat blog ni.Rasa rindu membuak-buak sejak dua menjak ni dekat blog kesayangan.Blog nilah sumber pendapatan Amni taw sejak dari 2011 lagi.Lain orang lain caranya macam nak cari rezeki lebih.

Kalau Amni diberi kelebihan menulis di blog sebagai sumber pendapatan,orang lain mungkin diberi kelebihan lain pula.Ada yang pandai memasak,baking dan menjahit.Kalau yang pandai baking atau buat kuih dan kerepek tu untung sangat taw.Sebabnya kalau sedap orang akan cari banyak kali.Hehe.

Nak lebih untung,korang boleh cuba letak di kedai yang berdekatan.Ambil untung setiap minggu atau bulanan.Bukan susah pun kan?Antara buat atau tidak,mulakan dari sekarang atau jangan buat langsung.Tu je.So alang-alang ni,Amni nak share satu tempat yang boleh korang letakkan produk jualan korang iaitu My Delicacies.

My Delicacies ni diasaskan oleh Pn Suhaily Hamzah dan mula ditubuhkan pada 9 Mei 2015,di Kuala Lumpur.Berkonsepkan ‘vendor-style’,My Delicacies ni sudah mempunyai 2 kedai,2 kiosk dan booth yang bergerak secara aktif di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Cawangan kedua telah dibuka pada 2017 di Jakel Mall Kuala Lumpur.

My Delicacies ni sebenarnya ditubuhkan untuk membantu suri rumah serta usahawan kecil yang mempunyai produk untuk mempromosikan produk mereka.My Delicacies juga berazam untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang mampu berdaya saing dalam suasana perniagaan yang sangat mencabar.Jadi bagi korang yang ada produk makanan kering sendiri,bolehlah cuba cari rezeki dan pendapatan lebih melalui My Delicacies ni.

Dengan My Delicacies,korang tak perlu takut kena tipu ke atau ditipu sebab My Delicacies sudah mendapat kepercayaan dari MARA sebagai “BUYER” di Karnival Usahawan Desa pada 2017 dan usahawan bumiputera boleh meletakkan produk mereka di ruang niaga My Delicacies.Nak tahu macam mana untuk letak produk di My Delicacies,nanti di penghujung artikel,amni kongsikan contact mereka ye.

Malah My Delicacies juga senantiasa menitiberatkan kualiti produk dan juga layanan mesra yang diberikan kepada pelanggan.Ini adalah penting bagi memastikan pelanggan My Delicacies senantiasa berpuashati dengan produk dan hidmat mesra dari team My Delicacies.

salah satu produk yang dijual di My delicacies.Meleleh air liur tengok petai jeruk ni.Makan dengan nasi panas2.

Apa yang best bila korang join sebagai vendor di bawah My Delicacies ni ialah korang tak perlu fikir pasal marketing dah memandangkan My Delicacies akan mempromosikan produk selama 360 hari di semua kedai,kiosk serta booth bergerak MyDelicacies.Malah promosi berterusan di media social My Delicacies juga akan dibuat.Selain itu,korang boleh berkenalan dengan vendor-vendor lain.Networking kata orang.Hehe.Kalau korang perlukan khidmat nasihat mengenai production,penglabelan,pembungkusan serta marketing pun turut disediakan.Banyak kan kelebihan bila join sebagai vendor My Delicacies ni.

Selain korang boleh join sebagai vendor di My Delicacies ni,My Delicacies ni juga menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

1.Membekalkan produk serunding daging tempatan yang dimasak secara tradisional menggunakan api kayu dan kuali tembaga berkualiti.

2.Menjual secara runcit dan borong

3.Menyediakan dan membekalkan makanan tradisional,kuih raya,kerepek,dodol yang berkualiti dan sedap

4.Menyediakan dan membekalkan produk makanan yang sedia di makan.Yang ni bukak je terus ngap.Tak perlu bagi salam dah.hehe

5.Menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran ke lokasi yang berdekatan.Kalau nak tempah untuk doorgift ke,hi-tea ke bolehlah.

Antara hot items yang laris di My Delicacies ialah serunding daging tempatansambal hitam menangis,sambal kicap,sambal tempoyak, wonderchesee, seaweed crunchy, hot crunchy, kerepek ubi hutan, tart nenas bambam, suji almond  dan sambal ikan masin.Dengar je dah meleleh lapar.Belum beli lagi hehe.

Aiman Tino pun mai borong sini.Maknanya memang meluas la promosi depa ni.

Jadi bagi korang yang berminat untuk join sebagai vendor di My Delicacies,boleh hubungi diorang cepat-cepat ye.Takut dah penuh slot nanti melepas la peluang keemasan ni.Bukan senang nak jumpa ‘vendor-style‘ yang bagus macam ni.Siap jaga dari A to Z pulak tu.

LOKASI:

PC 102,Busana Mara 232,Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur.
Lot G.04, (Ground Floor) ,Signature A&B Lot 159, Jakel Square , Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur. 

HUBUNGI KAMI:

HP: 014-220 9897
Facebook: My Delicacies
Instagram: My Delicacies
Email: [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here