Home PARENTING Adira Jatuh Cinta Dengan Offspring Natural Pampers

Adira Jatuh Cinta Dengan Offspring Natural Pampers

180
0
SHARE

Adira Jatuh Cinta Dengan Offspring Natural Pampers | Hari tu tertengok kak Nur Amirah beli pampers Offspring Natural.Masuk dengan kak mirah dah dua orang Amni tengok diorang beli pampers yang sama.Sebelum tu tak tahu apa yang best sampai Amni survey sendiri website diorang.

Lepas je tengok Kak mirah beli,Amni terus usha website diorang.Not bad.Sekeping jatuh harga 83 sen kalau time promosi.Kalau harga biasa jatuh rege 1.04 sen sekeping untuk saiz s 3-7 kg.Sebab Amni beli untuk saiz S dulu.Adira baru pakai saiz S.Paling mahal 1.60 sen sekeping untuk saiz XL.

Apa yang best pasal pampers ni?

  • Penyerapan unggul untuk kegunaan siang dan malam
  • Design yang bergaya-dicipta dengan dakwat yang bebas daripada timbal dan logam berat
  • Lapisan lampin dalam dan luar dibuat dari woodpulp dari hutan lestari yang diperakui FSC (FSC C133010)
  • Sepenuhnya bebas daripada pewarna, wangian, losyen, klorida, phthalates, pencerah optik dan lateks.
  • Menyerap sehingga 750ml cecair (8-10 jam penggunaan purata) *
  • FSC disahkan bebas klorin fluffpulp (FSC C133010) & bebas & vegan bersertifikat
ni lapisan dalam pampers dia

Best Ke Pampers Offspring Natural?

So far bila amni pakaikan pada adira,lepas 3 jam,lapisan dia tak lembab dan kering walaupun pampers berat.Kalau adira poo poo pulak,tahi tu akan menyerap ke dalam lapisan pampers tu.Jadi kalau kita terlambat nak cuci,adira still rasa selesa dan tak meragam.Malah amni tengok kalau adira waktu malam pun lebih lena tidur.Tak macam sebelum ni pakai jenama X,cepat je dia meragam bila pampers dah berat walaupun tengah tidur.

Offspring natural saiz s 48 keping

Selain tu,amni suka sebab corak dekat pampers tu.Nampak stailo pulak.Hehe.Ada 6 design yang uols boleh pilih taw.

 

ini design yang amni beli
ini design yang amni beli

Berbaloi Ke Beli Offspring Natural Diapers?

Bagi Amni berbaloi.Tapi kalau korang tak ada bajet lebih,boleh beli satu pack sahaja.Pakaikan pada waktu awal pagi dan malam hari sahaja.Selang selikan dengan pampers tesco love ke.Sebab offspring natural diapers ni banyak kebaikannya.Paling best amni tengok baby tak naik ruam lampin dan tidur adira lebih lena waktu malam.Lagi satu pampers offspring natural ni pampers organik.

Kalau korang macam was-was nak cuba offspring natural ni,korang boleh cuba trial pack dulu.Amni sebelum decide nak guna pampers ni,amni beli trial dulu.RM10 sahaja trial pack dia.Ada 4 keping dalam tu dan dapat free gift wet tissue offspring natural.Korang boleh cuba beli dekat sini -> TRIAL PACK OFFSPRING NATURAL DIAPERS

ni trial pack yang amni beli sebelum decide beli saiz s satu bundle untuk adira
ni trial pack yang amni beli sebelum decide beli saiz s satu bundle untuk adira

Dekat offspring natural ni jugak ada dua jenis taw,satu diapers dan satu jenis pants.Yang diapers ni ada tape,yang pants ni sarung je macam pakai seluar dekat baby.Yang pants sesuai untuk saiz M ke atas je.Newborn dan saiz s tak ada untuk pants.

Jadi uols yang bercadang nak cuba beli jenama offspring natural ni bolehlah cuba trial pack diorang.Dah selesa dengan baby baru decide nak teruskan ke tidak dengan pampers ni.Kalau cara amni nak saving,amni selang selikan pemakaian untuk adira.Amni selang selikan dengan tesco love.Siang hari amni pakaikan tesco love sahaja untuk adira.Malam baru amni pakaikan offspring natural untuk dia.

offspring natural
nampak tak muka happy dia bila pakai pampers ni?hehe

Okai korang,selamat mencuba taw!Kalau dah cuba,komen sekali dengan amni ye?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here