6 Tempat Makan Sedap Dan Wajib Dikunjungi Di Johor - Dunia Farisya
MAKANAN TRAVEL

6 Tempat Makan Sedap Dan Wajib Dikunjungi Di Johor

Jun 16, 2017
tempat makan sedap di johor

6 Tempat Makan Sedap Dan Wajib Dikunjungi Di Johor

Bila ke sesuatu tempat, mesti kita cari tempat makan yang best dan sedap malah harga murah. Jadi, kali ini Amni kumpulkan beberapa tempat makan yang boleh anda kunjungi bila ke Johor Bahru. Senarai ini diperolehi daripada beberapa bacaan di blog.

tempat makan sedap di johor
1. Tapah Corner. Jika anda mencari tempat makan untuk sarapan, Amni syorkan anda datang ke sini kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap malah harganya sangat murah. Penulis sukakan roti canai, nasi lemak, paru goreng, asam pedas ikan dan pelbagai lagi. Untuk pengetahuan anda, orang Singapura awal-awal lagi turun ke JB dan berhenti sarapan di sini. (Restoran Tapah Corner yang terletak di berhampiran Kampung Melayu)

tempat makan sedap di johor

2. Medan Selera Tepian Tebrau. Β Terdapat sebuah gerai makan yang terletak di hujung medan selera, Gerai Yong Yong. Di sini, terdapat pelbagai jenis seafood dan kesemuanya segar-segar belaka. Anda patut cuba ikan bakar kerana sosnya cukup sedap, membuatkan anda ketagih dan langsung tidak hanyir. Lokasinya, terletak 300m dari Dataran Bandaraya Johor Bahru yang bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah.

tempat makan sedap di johorwritinglikeastoner.wordpress.com

3. Restoran Singgah Selalu. Terletak di Jalan Kolam Air, berdepan dengan Danga Bay tetapi di seberang jalan juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene. Ini boleh dikatakan tempat lepak untuk golongan muda kerana ianya agak happening dan dibuka 24 jam, waktu siang disediakan dengan pelbagai bufet makanan melayu, malam pula pelbagai seafood dan ala carte. Lagi satu, jika anda penggemar shisha, sini tempatnya.

tempat makan sedap di johorblogmakanbest.blogspot.com

4. Restoran Seri Bayu Perdana. Restoran ini terletak di Jalan Susur Larkin Perdana 2 , Larkin, Johor Bahru. Menyediakan lebih daripada 40 jenis aneka lauk-pauk masakan Melayu. Menariknya pernah memasuki rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan juga dikunjungi artis-artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Datuk Siti Nurhaliza, Alleycats, Jalil Hamid.

tempat makan sedap di johorFacebook Wadihana Islamic SteakHouse (WISH)

5. Wadihana Islamic Steak House. Rata-rata ramai recommend tempat makan ini. Terletak di Bandar Baru Uda, bersebelahan Plaza Angsana, deretan kedai di belakang gedung kain Jakel. Di sini terdapat pelbagai aneka steak dan menu makanan barat, wajib cuba Western Steak house. Untuk info, boleh ke Facebook Wadihana Islamic SteakHouse (WISH).

tempat makan sedap di johorwww.realmalaysia.com

6. Senibong Sea Food. Di sini terdapat 3 hingga 4 buah restoran makanan laut di atas pinggir laut antaranya ialah Restoran 6 Corner, Gerai Permata Senibong dan lain-lain lagi. Pemandangan cantik, terutama di waktu malam, sambil makan dapat menikmati lampu-lampu malam jauh di seberang laut, Pulau Singapura dan Sembawang. Lokasinya jauh sedikit dari pusat bandar JB iaitu di Persimpangan Traffic Light di hadapan Jaya Jusco Permas.

Jadi bagi anda yang dalam rancangan untuk ke Johor,bolehlah singgah di tempat yang Amni cadangkan di atas.InsyaAllah nanti kongsikan sekali pengalaman anda ke sana ye?

Selamat mencuba! :)

Sumber: Wanista

 

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Bahrain Jun 16, 2017 at 10:35 PM

    wadihana steakhouse pun ada kat johor.. ingat ada kat bangi je.. hehe

  • Leave a Reply