SEMBANG SANTAI

3 Resepi Biskut Raya Viral 2017 Anda Wajib Cuba

Jun 17, 2017

3 Resepi Mudah Biskut Raya Viral 2017 Anda Wajib Cuba

Assalamualaikum semua.Hari ni dah masuk 22 Ramadhan.Lebih kurang 8 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba.Minggu-minggu terakhir ni semua duk pulun buah kuih raya dekat dapur kan?Hehe.Termasuklah Amni.Curi-curi masa buat kuih raya dengan cik suami.Buat mana yang mampu.

Jadi hari ini Amni nak kongsikan dengan semua pembaca 3 resepi kuih raya yang viral dekat Facebook sekarang.Hehe.Mungkin ada yang cakap kuih tu dah legend.Tapi mungkin ada yang tahu makan sahaja,tapi tak tahu buat.Ye dak?Hehe.Jadi Amni akan kongsikan dengan korang resepi mudah untuk buat kuih raya viral 2017 ni.

Resepi Mudah Biskut Ulat

Bahan-bahan

3 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan buttercup
1 penutup esen vanilla
1 penutup pewarna kesukaan korang
Chocolate chip atau apa2 hiasan kesukaan korang

Cara-cara membuat:

1.Gaulkan tepung jagung,tepung kastard dan buttercup sampai sebati.Jangan gaul over lama sangat nanti dah bakar ulat tu jadi kembang setaman.

2.Masukkan susu pekat dan esen vanilla.Gaul lagi bagi sebati.

3.Letak pewarna kesukaan korang tadi.

4.Uli doh pakai tangan.Bentukkan jadi ulat.Guna pisau tajam atau garpu.Letak hiasan dekat ulat tadi baru berseri.

5.Bakar pada suhu 60-70 degree celcius.Guna api bawah sahaja.

resepi mudah biskut ulat

Credit picture:Hanhanny Photography 2017

 

Resepi Mudah Kuih Semperit Susu Yang Sedap

Bahan-bahan:

1/2 cawan butter (Jenama Buttercup)
1/4 cawan Susu pekat
2 titik Esen Vanilla
2 cawan Tepung Jagung (untuk bagi rasa cair dalam mulut)
1 sb Tepung Beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
1 sb Tepung Custard (untuk bagi creamy pada Semperit)
2 titik pewarna kuning (ikut suka nak warna apa.. dan banyak mana)
Butter untuk sapu kat loyang.

Cara-cara:

1.Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila kedalam bekas.  Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.

2.Selepas sebati, masukkan pewarna kuning.

3.Kacau lagi sampai rata.

4.Masukkan Tepung Jagung 1 cawan dulu, dan diikuti 1 sb tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan ye. Senang sikit..

5.Kemudian masuk lagi baki 1 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Jangan sekali gus ya. Ikut keselesaan doh yang korang nak.Uli doh sampai lembut ye.

Resepi mudah Semperit susu Sedap

Credit gambar: www.norfanil.com

resepi mudah semperit susu

 

Resepi Mudah Cornflakes Madu

Bahan-bahan:

250 gram konfleks
80 gram butter
80 gram madu
100 gram kepingan badam

Cara-cara membuat:

1.Cairkan butter dan madu menggunakan microwave

2.Ramas kasar konfleks dan canpurkan badam

3.Masukkan madu dan butter yang telah dicairkan tadi. Kacau rata

4.Masukkan adunan ke dalam paper cup. Bakar 150 selama 15-20 minit. Sedia dihidang

Credit: Wakethetime

Okai resepi-resepi ni semua Amni bagi yang paling mudah.Orang bujang pun boleh buat punya.Sangat mudah dan simple tetapi rasanya tetap sama dan sedap!

Apa lagi,cepat lah buat!Hehe

Selamat mencuba!

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply