SEMBANG SANTAI

Gambar Kebakaran Di Hosptal Sultanah Aminah Johor Bharu

Oct 25, 2016
gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

Gambar Kebakaran Di Hosptal Sultanah Aminah Johor Bharu

Suasana di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu bertukar cemas selepas sebuah wad unit rawatan rapi (ICU) yang berada di tingkat dua hospital berkenaan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi ini.

Tinjauan  mendapati kakitangan hospital bergegas menyelamatkan pesakit dan meletakkan di tempat selamat.

Sehingga jam 10.45 pagi ini, pasukan bomba masih sedang memadamkan kebakaran, selain terdapat anggota membantu memecahkan cermin bagi memudahkan operasi memadam api.

‎Difahamkan ada mangsa yang terperangkap, namun jumlahnya masih belum dapat dipastikan.

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

gambar-hospital-sultanah-aminah-terbakar-4

Kerajaan negeri Johor sedang menumpukan usaha menyediakan wad alternatif bagi memindahkan pesakit yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat menyeru hospital swasta memberi kerjasama dan membenarkan mangsa mendapatkan rawatan terutamanya bagi pesakit yang kritikal dan wanita bersalin.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan bomba bagi menyiasat punca kebakaran dan kita sedang mencari peluang untuk memindahkan mangsa yang sedang dirawat.

“Hospital Sultan Ismail pada ketika ini sesak dan dipenuhi pesakit, jadi saya berharap hospital swasta dapat membenarkan mangsa mendapatkan rawatan di hospital mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ayub turut melahirkan simpati terhadap mangsa yang dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran itu.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 9 pagi di wad rawatan kecemasan (ICU) selatan, bangunan induk HSA hingga mengorbankan nyawa enam pesakit yang sedang menerima rawatan.

Ketika kejadian terdapat 294 pesakit sedang dirawat serta 193 kakitangan berada di bangunan berkenaan.

Mangsa yang maut termasuk empat pesakit wanita dan dua pesakit lelaki manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan namun dilaporkan melecur 80 peratus.

hospital-terbakar-di-johor

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idrish Shah berkenan mencemar duli melawat mangsa-mangsa yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

Raja Zarith Sofiah tiba di wad Bunga Raya 1 (BR1) kira-kira jam 1.10 petang dan mengambil peluang melihat keadaan pesakit.

Baginda turut diberi maklumat tentang keadaan terkini kejadian tersebut oleh pihak bertanggungjawab sebelum meninggalkan perkarangan hospital.

gambar hopsital sultanah aminah HSAJB terbakar

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Gambar Hospital Sultanah Aminah HSAJB Terbakar Hari Ini - Dunia Farisya Oct 25, 2016 at 2:27 PM

    […] Gambar Hospital Sultanah Aminah HSAJB Terbakar Hari Ini […]

  • Leave a Reply