KECANTIKAN

Mekap Sanding Yatt Di Kelantan

Sep 27, 2016
servis-mekap-sanding-di-kuala-lumpur

Mekap Sanding Yatt Di Kelantan | Yes!Bulan lepas saya berpeluang lepaskan kerinduan pada negeri tempat saya belajar dulu.Allah sumpah rindu sangat-sangat dengan suasana Kelantan.Semuanya!Tak pernah jemu bertandang ke sana.Serius,bila sampai je di sana,hati ni rasa sangat tenang dan aman.Hilang dari kesibukan kota.Walaupun sekarang Kelantan sudah setanding KL tahap trafik nya,tetapi ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengunjungi negeri Cik Siti Wan Kembang ni.

Tujuan saya bertandang ke Kelantan kali ni adalah bagi memenuhi jemputan walimatul urus sahabat sekolej saya dahulu,Yati.Sekaligus menyambut baik pelawaan beliau bagi mencantikkan beliau di hari persandingannya.Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kelantan,yang masih tercari-cari servis mekap terbaik di area Kota Bharu,Kelantan,bolehlah menghubungi saya untuk servis tersebut.InsyaAllah kena masa saya boleh turun ke Kelantan untuk mekapkan korang.InsyaAllah harga yang diberi setimpal dengan servis korang bakal dapat.

Awal pagi 16 September kami bertolak ke Kota Bharu.Alhamdulillah selamat sampai dan check-in di One Station Hotel di Lembah Sireh,Kota Bharu.Malam kedua kami menginap di Dynasty Inn dan malam ketiga di Habib Hotel hadapan Mahkamah Negeri.Antara ketiga-tiga hotel,paling selesa di Hotel Habib.Sangat-sangat berpuas hati!Dengan harga bajet,tapi kemudahan dan saiz bilik sangat-sangat menyelesakan.Memang lepas ni Hotel Habib duduk dalam list teratas!Hehe.

Okai,nak cerita pasal makeup sanding Yatt pada 17 September.Memandangkan baju Yatt berwarna emerald green,jadi saya cuba naik serikan makeup Yatt dengan mekap jenis smokey eyes dan lipstick merah.Baru ada umpph!Hehe.Kulit Yatt normal,jadi Alhamdulillah sangat-sangat mudah untuk cantikkan Yatt.Kebiasaannya mekap sanding kita akan ‘over’ kan sedikit memandangkan raja sehari bakal menjadi tumpuan utama.Nak tengok hasil makeup Yatt?

Jom tengok gambar bawah.

servis-mekap-sanding-di-kuala-lumpur

servis-mekap-sanding-di-kuala-lumpur

servis-mekap-sanding-di-kuala-lumpur

Memandangkan mata Yatt comel sangat,hehe,makanya kita pakaikan eyeliner putih pada bahagian bawah mata untuk kesan mata lebih besar.Alhamdulillah Yatt puas hati dan saya pun happy!

Okai,bagi sesiapa yang masih belum jumpa makeup artist untuk majlis bahagia korang,boleh usha hasil kerja saya di :

Facebook : Makeup by Amni
Instagram: @nuramni11
Whatsapp: 014-5121425

Untuk kelas makeup personal dan kelas lukis kening pun saya ada buat.Boleh Whatsapp cepat-cepat! ๐Ÿ™‚

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply