TRAVEL

Pengalaman Bercuti Di Pulau Langkawi

Aug 1, 2016

Pengalaman Bercuti Di Pulau Langkawi

Hai guys!Mood nak menulis di blog dah mai.So kali ni nak share pengalaman Amni bercuti dengan suami ( eh eh eh dah kahwin upenya! ) .Hehe.Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada 3 Syawal baru ni. *loved3* so untuk ‘short vacation’ honeymoon kami,Amni pilih Pulau Langkawi sebagai destinasi pilihan.

13898250_1327070193977498_1475804069_o

Amni akan cerita secara santai.Apa yang Amni ingat dan apa yang penting sahaja.Sebabnya malas nak cerita meleret,nanti cepat bosan kan.

Pengangkutan Best Ke Pulau Langkawi

Okai perkara pertama Amni buat adalah booking tiket flight sebelum raya.Favourite airlines Amni ialah Malindo Air.Sangat-sangat affordable dan best service ever setakat ini.

Tiket Flight untuk dua orang:

RM194.50 x 2 = RM389

13898250_1327070193977498_1475804069_o

Resort Best Di Pulau Langkawi

Untuk hotel pula,Amni booking Sandy Beach Resort sebab memang Amni nak resort yang betul bukak pintu je nampak pantai.Hehe.kemainnn kau!Di Sandy Beach Resort,Amni booking melalui Agoda.com sebab selalu ada offer kalau booking ikut Agoda.Sampai Amni pun tergoda okai tengok harga kemainn giler murah terbabas.Amni amik bilik Superior Seaside sekali dengan Breakfast untuk 3 hari 2 malam.

Superior Seaside – Breakfast
RM291.90 include GST.

sandy beach resort

Kereta Sewa Murah Pulau Langkawi

Untuk bergerak ke sana ke mari pula Amni booking kereta sewa dengan abang Sham Sibah.Famous beb abang ni dekat Langkawi.Ramai blogger lain review pasal dia juga.So far memang da best service dan rate dia.Murah daripada agen lain.Highly recommended okai!Amni booking Viva,tapi dapat Nissan Latio 1.6cc.Besar dan muat untuk 5 orang.Giler tak best kan?

kereta sewa murah langkawi

Ni kereta yang Amni dapat masa sampai airport.Diorang memang boleh pick up dan hantar kereta balik di Airport.So jangan risau.Dekat jeti Kuah pun boleh.

Kereta Sewa Sham Sibah untuk 3 hari 2 malam
RM150-Refundable RM50
Hisham: 012 444 0109
Nurul: 012 438 0109

Hari pertama di Langkawi Amni sampai sekitar 11 pagi di airport Langkawi.Sampai je perut lapar.Apa lagi terus teringat Laksa Ikan Sekoq tepi airport seperti yang dicanang oleh blogger sebelum ni.Actually sebelum datang Langkawi,Amni dah survey semuanya mengenai Langkawi.Baik dari segi makan mahupun harga tiket dan aktiviti best dekat sini.

Terus tekan minyak pergi cari kedai laksa sedap tu.Kena cari betul-betul yang sedap.Tapi setelah 3 hari Amni di sana,Amni berani cakap semuanya sedap.Tapi yang paling sedap untuk Laksa dan Rojak Pasembur,korang kena singgah kedai bawah ni.

laksa ikan sekoq sedap di langkawi

Credit: www.juliajohari.com

Haaa tu diaa.Jujur Amni cakap memang sedap Laksa dan Rojak Pasembur dia.Char kuew tiaw dia pun terangkat weii..!Perut lapar pulak.Memang kena!Amni sampai tambah dua pinggan rojak dia.Serius sedap sampai termimpi bila balik KL.

Rojak pasembur sedap di langkawi

Tu diaaa.Pekat giler kuah dia.Ishhh!Sedap la senang cite!

Ikutkan plan nak pergi restoran Laman padi di Muzium Laman Padi.Tapi diorang bukak pukul 2.Lambat lagi.Jadi apa lagi,singgah je tepi airport.Syok sangat2 weei!

Lepas makan,kitorang terus pergi check in hotel.Ikutkan pukul 3 baru boleh check in.Tapi cuba nasib kot boleh check in awal,sekali boleh apa lagi,rembat kunci masuk bilik rehat!

Lepas asar,kami round tepi-tepi pantai cari selipar dengan shades ( spek mata )
Kat sini shades murah-murah plus kualiti elok sangat.RM15 je.Tak payah nak survey kedai.Memang semua kedai jual RM15.Buat penat korang je survey.Haha.Tapi sangat-sangat dinasihatkan pakai shades bila di Langkawi ni sebab angin pasir dia sangat kuat.Not bad.Kang tak pasal-pasal mata ko merah masuk pasir.Orang datang nak bercuti,ko menangis pasal mata masuk pasir,haha.

13682530_1327070177310833_382576193_o

Lawa dakk shades kami?Hehe

Selipar pun murah jugak.Dekat Langkawi ni tak payah nak berangan pakai heel konon ko tu model tiptop kat Malaysia.Pakai selipar je weh.haha.Mat saleh lagi hebat.Kaki ayam terus!Haha.Kat sini jugak,tak payah nak acah-acah pakai baju vogue sangat,sekali hujan datang,tak merasa la ko nak libas baju ko tu.Haha.

Petang tu jugak,kami jalan kaki tepi resort dan tepi pantai survey aktiviti air yang best dekat sini.Dekat Pantai Cenang ni,aktiviti yang selalu diorang buat ialah jet ski,banana boat,island hopping dan parasailing.

Jet ski
Time hujan tak boleh main.Range harga dalam RM100-150.Tapi kena pandai tawar menawar dan survey banyak tempat.Biasa dalam 30 minit dia bagi main.
Jangan beli dengan ‘ULAT’.Sebab ULAT ni yang mark up harga lagi tinggi.Pergi terus dekat kaunter.

Banana Boat
Murah je.RM25 satu kepala.Kalau hujan lebat tak leh main jugak.Yang ni kalau pandai cari dapat la RM15/RM10 per head kalau datang ramai.

Island Hopping
Semua kaunter agen cakap ade dua trip sahaja.Trip pertama pukul 8 @ 9 pagi.Trip kedua dalam pukul 11 macam tu kalau tak silap.Island hopping ni diorang akan bawak pergi 3 pulau.Pendek kata 1/2 hari korang kena spend untuk island hopping ni.Sapa yang pandai berenang digalakkan pergi island hopping ni.Amni tak pandai tapi teringin.At last tak pergi sebab masa suntuk.

Parasailing
Ada dua jenis.Satu naik dari bot.Satu lagi naik dari pantai.Nak lagi best naik dari bot wehh.Tapi rega naik dari bot dalam RM120.Kalau pandai cari,dapat dalam RM50/head.Time hujan tak boleh main.

Tu aktiviti air.Tapi semua tu Amni tak main sebab masa suntuk plus memang kitorang dah set nak santai-santai je datang Langkawi ni.Konon nak sweet2 kan sebab first honeymoon giteww!Haha.

Hari kedua kitorang pergi main Adventure Extreme 5 in 1 iaitu Go Kart,Archery,Naik Kuda,ATV Motor dan Flying Fox.Harga satu kepala RM130/head.Sangat jimat wehh.Amni dengan pakej hotel.Kalau stay dekat Sandy Beach Resort,korang pergi je kaunter dia tanya kat mana nak amik pakej ni.Nanti dia tunjuk.

13901662_1327070180644166_72519617_o

Sangat-sangat best main adventure extreme ni.Hehe.Paling best bila cik suami ketaqqqqq lutut weyyy nak naik flying fox.Sudahnya memang tak naik.Takut.hehe.Bagi Amni pulak ATV motor tu yang paling susah.Berat gilerrr handle motor tu.

13901771_1327070167310834_1851645064_o

Nampak tak muka cik suami happy dapat main sport kegemaran dia.Sport kegemaran kita tak nak pulak dia main (flying fox  T_T ) Haha

Game habis sekitar pukul 2 macam tu.Lepas tu gerak balik resort dan rehat-rehat.Petang tu aktiviti santai di sekitar Pantai Cenang.

Hari ketiga pula kami bangun awal pagi.Flight lambat lagi.Pukul 7.20 ptg.So kami decide untuk pergi ke Oriental Village yang mana dekat situ ada kereta kabel,ada muzium 3D terbesar dan macam-macam lagi.Tapi kitorang just masuk muzium 3D sahaja memandangkan ni kan percutian santai.Kereta kabel dan pernah naik so,forget it.

Amni yang teringin sangat masuk muzium 3D ni.Teruja wehh tengok orang post gambar.So kumpul duit untuk masuk sini.Meh layan gambar-gambar dekat sini.

13898758_1327070140644170_737430318_o

13918382_1327070130644171_70839145_o

13898477_1327070157310835_416039415_o

13663415_1327070143977503_1670167979_o

Lawa kan?Haha.Mula-mula masuk memang teruja giler.Tapi jangan risau sebab dalam muzium ni diorang ada bagi guide untuk amik gambar dari point mana untuk nampak real 3D.Giteww!

Habis layan dalam muzium,kami balik ke pantai Cenang balik.Layan angin kat tepi airport sebelum balik KL.Tak banyak sangat tempat Amni pergi sebab trip pertama ke Langkawi ni just untuk santai dan kenal je dulu tempat orang.Tapi tempat ni memang best untuk berbulan madu.Dan tak dinafikan memang ramai Amni tengok pasangan pengantin baru mai sini.Hehe.

13918693_1327070120644172_1077708462_o

Okai,kalau ada nak tanya pape,komen dekat bawah.Ada masa Amni jawab ye.

Tq sudi baca ! ^_^

You Might Also Like

17 Comments

  • Reply apdm Aug 1, 2016 at 9:15 PM

    bestnya bercuti ke langkawi..dah alang-alang kat sana, beli lah barang kan..dengar-dengar murah.hehe

  • Reply mama Aug 26, 2016 at 3:29 PM

    Blog yang bagus

  • Reply Sewa Kereta di Padang Nov 4, 2016 at 11:30 PM

    semoga berjaya terus ya. Sewa Kereta di Padang

  • Reply mrs bad Nov 16, 2016 at 12:21 AM

    Salam , hi amni. sy dlm perancangan ke sana ni.
    nk tanya kot amni bleh recall lg kan, sandy tu bilik dia semua sebelah area pantai ke? sbb dh puas godek xjumpe info. kt agoda cuma kata garden view. kalau boleh xnak la yg seberang jalan tu.

    • Reply admin Nov 17, 2016 at 2:49 PM

      dia ade dua.
      ada sebelah pantai
      ada seberang jalan.blh call diorg utk lebih details 😀

      • Reply meriani Dec 5, 2016 at 5:21 PM

        assalamualaikum,nak tanya kereta tu ok tak conditionnya, kalau cuti sek mesti mahal kan

        • Reply admin Dec 13, 2016 at 10:17 AM

          okai je sis.dont worry 😀

  • Reply meriani Dec 5, 2016 at 5:19 PM

    assalamualaikum,nak tanya kereta sewa tu ok tak, harga masa cuti sek mahal tak?

  • Reply Jazlyn Dec 14, 2016 at 3:19 PM

    salam..amni..saya dan suami dalam perancangan ke sana..insyaAllah by next month..nak tanye untuk kereta sewa tu rate rm 150 utk 3h2m untuk drive sendiri ke ataupun dengan supir skali?sy rase lebih selesa pandu seniri tapi lokasi nya x familiar so rase takut2 tu ade…

    • Reply admin Dec 20, 2016 at 8:09 PM

      WSALAM.
      kereta tu xde supir.hehehe

  • Reply Es. Dec 29, 2016 at 6:35 AM

    Salam Amni. Harga tiket masuk muzium 3d tu brapa ye?

    • Reply admin Jan 5, 2017 at 6:59 PM

      wslm lupa
      igt2 lupa.rasanya bwh RM50/head

  • Reply Nurul Jan 11, 2017 at 11:09 PM

    Sy nk Tanya Sandy Beach Resort yg awk ddk 2 Kayu atau Batu ya? SBB tgok Dari luar mcm kayu/papan DLM macm Batu bata pulak?

  • Reply haslinda kamaruzaman Jan 24, 2017 at 4:22 PM

    assalamualaikum Admin, banyak sungguh aktiviti yg dibuat. hebat sungguh!
    Kak Lin nak tanya adventures extreme pakej tu. boleh bagi reference tak nak buat booking . anak2 kak lin minat aktiviti macam admin ni.

  • Reply Agnes Feb 21, 2017 at 1:45 PM

    Hi Kak…saya nak tnya..sandy beach seaview okay x…toilet bersih x? Sbb next month pergi sana..

  • Reply nabila Feb 2, 2018 at 12:06 PM

    hai amni, nak tanya resort tu buka pintu terus nampak pantai ke ?

  • Leave a Reply