KECANTIKAN

Warna Lipstick Yang Sesuai untuk Natural Make Up

Jan 18, 2016
testimoni kening tanpa cukur

Warna Lipstick Yang Sesuai untuk Natural Make Up | Lama saya menyepi.Sibuk dengan kerja seharian.Hari ni kembali ‘curi masa’ untuk menulis dan berkongsi dengan para pembaca.Saya nak berkongsi mengenai warna lipstick yang sesuai untuk kaum Hawa yang gemarkan makeup secara natural.Hehe.Saya tahu ramai yang suka makeup,tapi tak suka makeup yang over kan?

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai wanita yang menggemari teknik solekan natural atau natural make up technique yang lebih minimal dan ‘fresh’. Sehinggakan teknik solekan ini juga sering menjadi pilihan para pengantin di hari perkahwinan mereka. Berbeza dengan situasi dahulu yang rata-rata wanita mengenakan solekan yang tebal terutama sekali ketika majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan atau jamuan makan malam. Peningkatan popularity natural make up ini menandakan bahawa solekan tebal sudah tidak relevan lagi dan membuktikan wanita kini lebih berkeyakinan.

Basically, teknik natural make up ini tidak terlalu mengubah wajah seseorang itu tetapi hanya membantu untuk menjadikan rupa paras kelihatan lebih berseri. Oleh kerana itu, penggunaan barangan solek seperti warna blusher, eyeshadow dan lipstick juga biasanya dipilih daripada tona warna lembut atau soft tone seperti earth colours dan pastel colours. So berbalik kepada tajuk entri, tahukah anda apakah warna lipstick natural yang paling sesuai dipakai untuk teknik solekan ini?

Pertama sekali adalah lipstick berwarna pink matte atau light pink. Ia sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai tona kulit yang cerah.

 Inline image 1

Bagi wanita yang berkulit sedikit gelap pula, anda  boleh mengenakan lipstick berwarna nude atau beige seperti berikut untuk penampilan yang natural.

 

Inline image 2

Dan bagi pemilik kulit yang sawo matang, pakailah lipstick berwarna light peach seperti berikut untuk mendapatkan kontra warna yang sepadan.

Inline image 3

Haaa.Macam mana?Dah tahu pemilihan warna lipstick yang betul?Harap-harap lepas ni korang dah tahu warna lipstick yang macam mana sesuai untuk korang.Jangan main hentam je weh.Kan tak pasal-pasal jadi macam mulut Maskot Mcdonald tu.Hehe

Okai,next time kita sembang pasal benda lain pulak nah?

Bye-bye!

You Might Also Like

3 Comments

  • Reply Fyda Noh Jan 20, 2016 at 5:33 PM

    Tak boleh buka la gambar… internet lambat kot

  • Reply Liniey Nor Jan 28, 2016 at 1:27 AM

    Liniey singgah sini yeee 🙂

  • Reply Busyra Jan 31, 2016 at 2:40 AM

    tq for the tips.. 🙂

  • Leave a Reply