Buat Duit Dengan Blog Bukan Mimpi Tapi Realiti - Dunia Farisya
SEMBANG SANTAI

Buat Duit Dengan Blog Bukan Mimpi Tapi Realiti

Sep 2, 2015
komisen affiliate

Buat Duit Dengan Blog Bukan Mimpi Tapi Realiti | Malam hari yang dingin terasa nak berkongsi satu kisah benar mengenai diri saya sendiri.Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar kisah perangsang dan motivasi untuk blogger dan para pembaca di luar sana.

Bermula dengan langkah pertama,saya mula melibatkan diri dengan komuniti blogger.Saya mulai mendekatkan diri dan bergaul dengan mereka.Saya cuba selami cara pergaulan komuniti blogger.Alhamdulillah,banyak aura positif yang saya dapat.Tapi di sebalik semua tu,ada juga aura negatif yang singgah lalu.Semua tu asam garam sebagai seorang blogger.Dengan menjadi seorang blogger,kena dengan jiwa saya yang sukakan benda baru dan cabaran baru.Jadi blogger,banyak simpang dan lorong yang kita akan lalui.Mencabar tapi syok!

p1

Masa mula-mula saya bukak blog,sekadar untuk suka-suka,hias cantik-cantik.Tapi lepas setahun ada blog,saya mula mendekati dan kenal dengan rakan-rakan blogger.Orang pertama yang saya kenal dalam dunia blog ini adalah Bro Framestone.Daripada beliau juga,saya kenal dengan lebih mendalam apa sebenarnya yang mewarnai dunia blogging ni.Beliau juga orang pertama yang berkata,blog boleh menjana duit.Saya bingung dan tertanya-tanya malah buntu bagaimana blog boleh menjana duit?

Seusai pertemuan pertama saya dengan Bro,saya mulai faham bagaimana untuk menjana duit dari blog.Banyak juga yang kami sembang pada masa tu.Deq Noor pun ada sekali masa tu.Mulai dari situ juga,saya tekad dan cipta satu matlamat untuk berjaya dalam dunia blogging.Saya nekad untuk memiliki ‘ringgit pertama’ saya melalui dunia blog.Alhamdulillah,kurang setahun selepas itu,saya mula merasai hasil titik peluh saya sendiri.Satu per satu rezeki datang.Walaupun tak datang lebat macam durian runtuh,tetapi setidaknya saya mampu jadikan income dari blog sebagai pendapatan sampingan saya sepanjang menggangur selepas saya habis belajar di Kelantan pada tahun 2013.

Pada mulanya saya juga pernah berapa kali putus asa untuk dapatkan income dari blog.Tapi saya usaha,usaha dan terus usaha.Saya codek ilmu dari mentor yang berlainan.Saya sedut idea dari cabang yang berbeza.Alhamdulillah,semuanya tidak sia-sia.Berkat kesabaran,semuanya dipermudahkan.Janji usaha dan terus berusaha.Bagi merealisasikan matlamat ini,saya anggap ianya sebagai game-changer bagi saya.Saya menjadi terdorong dan semakin tercabar melihat mereka yang bergelar blogger berjaya menjana duit daripada blog.Saya tahu ianya bukan satu benda yang mustahil.Dan saya tahu setiap dari kita mampu sebenarnya untuk menjadi seperti yang lain.

blog p1

Untuk jadi seorang blogger,kena persiapkan diri baik dari segi fizikal,emosi dan mental.Kalau kau tak mampu lepasi 3 perkara ni,tolong simpan angan-angan nak jadi seorang blogger yang boleh buat duit.Dari segi fizikal,kau kena bersedia untuk berlari ke sana ke mari demi sesuap nasi.Cover event sana sini,review produk sana sini,menulis artikel review sampai tak cukup tidur.Dari segi emosi,kau jangan pelik kalau ada corporate person bertanyakan sesuatu yang sensitif.Itu normal.Dan kau kena bersedia bila-bila masa.

Dari segi mental?Kau kena kental.

Jadi blogger kena kental.Kena tahan makian,cacian,tohmahan dan hinaan dari orang luar.Bukan takat orang luar,satu komuniti dengan kita pun ada.Pendek kata,kena ‘hati kering’ sikit bila dah jadi blogger ni.Biar apa orang cakap,kalau kau rasa apa kau buat tu betul,Just go on.Dalam nak jadi seorang blogger,kau kena cepat dan pantas.Umpama reporter.Tapi please jadi blogger yang beretika.Means kalau kau pada mulanya bukan seorang yang suka menulis gosip,jadi please berpegang pada prinsip kau tu.Jangan tetiba bila dah up sikit nanti kau dah hilang prinsip kau.Persiapkan mental dan fizikal kau bimbang nanti bila dah kena jentik dah terngadah.

Kalau 3 aspek tu kau boleh lepas,tak mustahil untuk kau jana duit dari blog.Alhamdulillah saya sembang atas dasar bukti saya mampu menjana duit dari blog.Contohnya saya berjaya jana duit income dari program affiliate.Bukti?Meh tengok gambar bawah ni.

komisen affiliate

Alhamdulillah komisen konsisten masuk setiap bulan walapun tak menimbun tapi ada pergerakan.Janji kena cara,kau boleh dapat.Macam mana cara?Pergi berguru dengan Encik Titan.InsyaAllah kau pun mampu berjaya macam dia.Saya sendiri pun sedang mengatur langkah lebih kemas lagi untuk jana lebih banyak duit dari blog.Yang penting teruskan berusaha dan perkemaskan strategi dengan lebih kukuh.Jangan berhenti di persimpangan jalan.Jangan pernah rasa puas dengan pencapain diri kerana masih ada orang yang lebih berjaya daripada kita.Jadi cepat bangkit dan saingi mereka.

Yang penting sekali dalam dunia blogger ni,kalau kau jatuh,kau jangan cepat melatah.Tapi kena cepat bangun dan bangkit lawan perasaan negatif tu semua.Sebagai contoh,kau tengok syarikat P1 Network.Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan,syarikat mereka masih teguh berdiri sehingga ke hari ni dengan pelanggan yang setia dengan servis mereka.Dan saya sendiri merupakan salah seorang pelanggan mereka.Alhamdulillah di sebalik kejayaan saya sebagai blogger sehingga hari ni,P1 merupakan tunjang belakang pengendali internet pilihan saya.

Terima kasih P1 kerana menyediakan pelan broadband internet yang terbaik untuk saya sebagai seorang blogger.Kini tanpa bayaran pendahuluan untuk pelan broadband internet atau mobile internet, pelanggan ForHome®, ForBiz® atau ToGo® untuk tempoh kontrak minimum 24 bulan, boleh menikmati INTERNET PERCUMA untuk satu bulan (rebat akan dikira di dalam bil).

Kalau rasa malas nak ke centre diorang,korang boleh order secara online.Lagi best bila order online ni,koranga akan diskaun online tambahan.Penghantaran PERCUMA!

Jom #ReadyToP1ay !

Banyak lagi aktiviti menarik dari P1 pada masa akan datangLayari laman web dan media sosial rasmi #P1 #ReadyToP1ay untuk maklumat lanjut.

Facebook : P1 Connect

Twitter :@p1buddy 

Instagram:@p1networks 

p1 network

You Might Also Like

6 Comments

  • Reply Oh Kerjaya Sep 4, 2015 at 11:41 PM

    Betul, saya setuju sangat dengan apa yang admin kongsikan. Menjadi blogger sebenarnya bukanlah mudah, dan nak berjaya mencipta income dalam blog juga bukanlah satu perkara mustahil.

    Memang minda dan mental kena kuat, sebab orang belum nampak apa “faedah” yang dia boleh dapat jika menggunakannnnnnnn khdimat blog kita.

    Semoga terus berjaya admin! Terus kental menghadapi segala dugaan dan cabaran.

    Nak berjaya, bermula dengan kesakitan. ^_^

  • Reply sabree hussin Sep 6, 2015 at 3:10 PM

    teruja betul tengok notifikasi komisyen masuk berderet-deret macam tu :D

  • Reply Mus Sep 8, 2015 at 11:41 AM

    blog kena bina dengan sabar dan berkualiti..
    jika kita berblog untuk suka-suka memang rugilah..
    hosting dan domain kena bayar..
    so, jika ada peluang untuk jana pendapatan, ia semestinya satu bonus kepada pemilik blog.

  • Reply Rani Ishak Sep 13, 2015 at 10:37 PM

    tu la, kena konsisten..kalau mula2 je xcited lepas tu hilang tak guna juga..

  • Reply Adam Sep 16, 2015 at 11:50 PM

    Tahniah, perjuangan belum selesai lagi. Kena ajar orang pula untuk buat duit dengan blog.

  • Reply Laman Viral Sep 17, 2015 at 5:53 PM

    Sekarang nie terlampau banyak blogger tak bertauliah.. Tengok kat facebook je dah ckup..

  • Leave a Reply