MAKANAN

Pisang Goreng Cheese Coklat Yang Sedap Di Kuala Lumpur

Jan 27, 2015
Pisang Goreng Cheese yang Sedap Di Kuala Lumpur

Pisang Goreng Cheese Coklat Yang Sedap Di Kuala Lumpur | Cerita yang ni pun dah lama saya peram dalam handphone.Sehari demi sehari duk bisik dalam hati konon-konon nak update dekat blog.Tapi sampai ke sudah,hari ni baru berkesempatan nak update dalam blog.Okai.Kali ni saya nak berkongsi mengenai lokasi Pisang Goreng Cheese yang sedap sekitar Kuala Lumpur.Dah banyak tempat saya cuba,tapi kali ni lokasi yang paling sedap saya kongsikan kepada anda semua.

Sebelum tu,meh kita layan gambar Pisang Goreng Cheese Coklat ni dulu ye.Mohon jangan terliur ye.Hehe.

Pisang Goreng Cheese yang Sedap Di Kuala Lumpurย Lokasi pertama saya adalah di hadapan Kuarters Hospital Kuala Lumpur.Satu bungkus RM6 sahaja boleh dapat dalam 12 keping pisang.Rasanya boleh tahan dan saya bagi 3 bintang sahaja.

Pisang Goreng Cheese yang Sedap Di Kuala LumpurLokasi kedua pula saya beli di PV 2,Taman Melati,Gombak.Landmark mereka berdekatan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Taman Melati.Satu bungkus RM6 juga boleh dapat dalam 12 keping juga.Lokasi kedua ni saya bagi 4 bintang setengah.Kenapa?

Kerana kesedapan pisang goreng cheese coklat dia tak terlawan.Seriusly memang sedap mengalahkan pisang goreng cheese di Seksyen 7 Shah Alam.Walaupun hanya di jual di tepi jalan,keenakan,kemanisan dan kerangupan pisang dia tak terlawan.Manis secukup rasa.Sampai balik dah habis makan pun saya teringat-ingat lagi.Rela redah jammed dari Cheras nak ke Taman Melati tu.

Pisang Goreng Cheese yang Sedap Di Kuala LumpurKalau korang datang ke Taman Melati,jangan tertukar dengan gerai yang bertentangan dengan gerai ni pula.Memandangkan di seberang jalan yang bertentangan dengan gerai ini juga turut menjual pisang goreng cheese.Tetapi saya sendiri belum pernah merasa memandangkan pelanggan mereka juga tidak begitu rancak serancak gerai warna merah ni.Pastikan gerai mereka berwarna merah seperti dalam gambar di atas,baru beli.

Okai,dah habis sembang pasal Pisang Goreng Cheese Coklat yang sedap sekitar Kuala Lumpur.Bagi yang belum pernah mencuba pisang goreng cheese coklat ni,jangan lupa serbu gerai di Taman Melati,Gombak ni ye.InsyaAllah korang pasti tidak akan menyesal punya.

Selamat mencuba!

 

 

You Might Also Like

19 Comments

  • Reply Sylarius Yusof Jan 27, 2015 at 12:41 PM

    Cewah, macam blog review pisang goreng cheese pulak. Hehe. Sekarang ni memang dah popular pisang goreng cheese ni, cuma saya sendiri pun tak tau kat mana yang betul-betul sedap. Bagus jugak ada review macam ni :-)

    • Reply admin Jan 27, 2015 at 7:26 PM

      Sebab tu lah kena try banyak tempat.Barulah kita tahu mana tempat yang boleh dicadangkan kepada pembaca blog :)

  • Reply Dr Fattah Jan 27, 2015 at 7:26 PM

    memang nampak sedap, dah jadi satu trend sekarang ni.

    • Reply admin Jan 27, 2015 at 7:31 PM

      Dr jangan lupa cuba ye.Memang berbaloi dengan harga yang dijual :)

  • Reply maz jamal Jan 28, 2015 at 1:17 AM

    sbulan sebelum bersalin rasa tak tahan tgk org dok post pasal pisang cheese ni…sekali rasa, hari2 nak makan..at last asben belikan sebuku cheese, setin susu & tiap2 hari bawak balik pisang goreng panas2…

    • Reply admin Jan 28, 2015 at 6:08 PM

      hehe.kalau dah termakan memang tagih taw.tapi kalau buat sendiri,susah nak jadi.

    • Reply admin Feb 7, 2015 at 9:29 AM

      Kuat mengidam aihhh.hehe

  • Reply DRAMATIC UNIQ Jan 29, 2015 at 4:52 PM

    aduhhhh…bikin kecur liur betul lah…!! hehehehehee…
    saya dah cuba beberapa tempat, tak jumpa lagi yang betul2 best…
    huhhh…!! kena pergi Taman Melati jg ni nampaknya… hahahahahaa… :)

    Salam kenal…. :)
    Copy link ye..nak masuk bloglist saya… :)

  • Reply Sani Sini Sana Feb 1, 2015 at 9:13 AM

    Mahal juga kat area KL ni sampai RM6. Di Puchong ni dalam RM2.50 dan RM3.00 aje sebekas…saya suka yang ada cheese..yang ada coklat banyak saya kureng sikit…cepat rasa muakkk..:-)

    • Reply Lolaa Mar 24, 2015 at 6:55 PM

      Salam?. Boleh taw x Puchong dekat area mana??

  • Reply nur zayyani liman Feb 1, 2015 at 10:11 AM

    Hai farisya..memang terliur la tgk pisang cheese tu..mcm nak terjah je..mmg so far susah nk cari yg btul2 sedap..hee

    • Reply admin Feb 7, 2015 at 9:28 AM

      betul tu kak.memang susah nak cari.dah jumpa,terus melekat.hehe

  • Reply emalinmohd Feb 5, 2015 at 12:48 PM

    Boleh try kat PV2 ni nampaknya…

    • Reply admin Feb 7, 2015 at 9:24 AM

      Try ye kak ! HEHE

  • Reply Lolaa Mar 24, 2015 at 7:02 PM

    Help uolss.. Sy Fisrt time try dekat down ton Cheras betol2 sebelah org jual steamboat lori.. Memang sedap gile.. Dekat downtown ney ade 3 gerai yg jual pisang chesee tp kesedapan ny xboleh lawan dgn yg ney.. Nama gerai ny nasi lemak bonda n nme gerai pisang dy pisang goreng chesee leleh.. Memang meleleh uolss!! Hahaa.. Dekat shah alam sy pernah mkn sekali je.. Mmg sesedap lgsg! Nme gerai ny pisang goreng Jakarta tepi kedai mkn Lawangsari sek 7 shah alam.. Chesee n presentation dy menghampakan…….. Xberbaloi dgn harga ny yg mahal……

  • Reply butterflyme Aug 9, 2015 at 12:55 PM

    try @kaptenpisangkl & @kaptenpisangmelaka
    try @piratepisang kt jb…parutan cheese & coklat lbh mampat &padat. sampai langsung tk nampak pisang goreng tu. pisan jg pisang tanduk yang tpilih agar tk tlalu bminyak & muak. blh la cuba, call & order. diorg buat delivery..
    kl – burn 011-1226 3353
    jb – boy 011-123409394

  • Reply adinda Sep 4, 2015 at 2:34 PM

    enak banget kayaknya? :-D

  • Reply SR Oct 9, 2016 at 4:32 AM

    Try The Pisang Layer..satu2 nya pisang goreng cheese kat Uptown Danau Kota. Pakai pisang nipah. Dah semulajadi manis.. pastu rangup gile bila gigit. Istimewa skli die pkai cream cheese taw.. so rasanya sgt sedap dan lain dr yg biasa org pkai cheddar. Klo ckp topping jgn ckp.. byk gile. Terkejut masa mula2 beli. Melelehhhh…Tokey x kedekut.. bole bg 5*
    x caye gi laa try!

  • Reply Amira Husna ? Jan 6, 2017 at 5:16 PM

    Hi kedai ni bukak lagi tak? Thank you

  • Leave a Reply