Home FESYEN Jubah Couple Yang Moden Furqon By Sola

Jubah Couple Yang Moden Furqon By Sola

97
7
SHARE

Jubah Couple Yang Moden Furqon By Sola | Artikel ni acah-acah untuk teaser post atau orang kampung kata nak panaskan enjin dulu.Hehe.Sebelum official gambar keluar dari oven,kita bagi korang sentap sikit dengan gambar teaser koleksi jubah couple Furqon By Sola ni dulu ye.Hehe

jubah couple warna kuning emas

jubah couple yang lawa

jubah couple yang murah

jubah muslimah yang cantik

Macam mana?Tergugat ke tidak tengok gambar teaser jubah couple ni?Warna depa semua mengancam.Memang sangat sesuai dengan couple,laki bini,bakal tunang semua tu kalau nak melaram dengan rekaan jubah yang eksklusif ni taw.Design by Sola ni tak pernah tak cantik malah memang setiap kali keluar design baru,memang meletup,sampai licin taw.

Untuk pengetahuan korang,tak sempat lagi design diorang keluar,dah ramai yang booking nak beli.Laris macam pisang goreng cheese coklat kat luar sana tu.Tak terlawan design lain taw.Air tangan dan sentuhan Sola ni tak pernah mengecewakan peminat jubah di luar sana.Malah saya sendiri kagum dengan hasil kerja Sola sebab dengan rekaan dia,ramai pasangan di luar sana minat untuk berjubah dan menutup aurat.Alhamdulillah.

Untuk rekaan kali ini,Sola telah memilih variasi warna yang sangat mengancam dan memukau siapa sahaja yang memakainya.Antara warna pilihan Sola ialah emerald green,yellow royal,grey dan black.Warna yang sangat feminin dan maskulin untuk pasangan yang sedondon.

Saya sendiri tak sabar nak rembat koleksi jubah couple by Sola ni.Kalau ada rezeki lebih,nak borong untuk ummi dan abah sekali.InsyaAllah.Untuk entri penuh mengenai jubah couple by Sola ni,nantikan pada minggu hadapan InsyaAllah.

*tapi yang ni pun duk rasa macam dah panjang benor entri.hehe

Agak-agak yang mana warna pilihan jubah saya nanti?Hehe.

Sementara nak tunggu entri penuh,korang boleh cuci mata dulu dekat Fanpage dan Instagram Furqon By Sola ni taw.Mana nak tahu kalau dah ‘terkeluar’ jubah Furqon ni,cepat-cepat rembat ye?Sebab takut nanti korang menangis tak berlagu di tepi bucu katil tu.Hehe

Maklumat lanjut :

Fanpage:Furqon By Sola | Jubah Lelaki Hari Raya [KLIK]
Instagram: @furqonbysola [KLIK]
Website:www.furqonbysola.com

7 COMMENTS

Leave a Reply to admin Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here