Apa Azam 2015 Awak?
“..Entahlah tak ada azam kot.Rasa macam sama je dengan tahun lepas.Sebab tahun lepas punya pun tak tertunai.Eh.Hehe.Bab azam-mengazam ni yang malas kan.Azam je lebih,tapi tunainya tidak..”
Tapi saya salute sangat dengan orang yang ada azam baru tiap-tiap tahun ni.Menunjukkan dia seorang yang bersemangat waja untuk ubah diri dia.Tapi lagi bagus kalau dia boleh tunaikan azam dia tu.Kalau setakat berazam bulan dan bintang,tapi usahanya sekadar tabur nasi di daratan pun tak guna jugak.Usaha biar seiring dengan azam yang kita keutarakan itu.Barulah menjadi.
Ditanya pula apa azam saya tahun 2015 ni?Banyak.Tak terkira rasanya.Tapi dipendekkan cerita,azam saya tahun 2015 ni ingin menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain.InsyaAllah.Paling utama,saya nak jauhkan aura negatif.Amin ya rabbal alamin.
Tak kira setinggi mana pun azam dan cita-cita kita,pastikan usaha tu ada.Biarpun sedikit janji berterusan.InsyaAllah.Jadi macam mana dengan azam korang pula tahun ni?Memang la azam tahun lepas tak tertunai,tapi setidaknya kita mencuba.Jadi tahun ni cuba speedkan lagi usaha untuk merealisasikan azam tu.Buang jauh-jauh aura negatif tu.Nak berjaya kena kental,hati mahu kebal,jiwa mahu cekal,badan mahu sado.Baru lah mudah nak naik tangga kejayaan.InsyaAllah.
Dah,jangan renung benda yang dah lepas.Hidup ini terlalu singkat untuk diratapi dengan kesedihan.
Senyum sikit? 🙂
8 Comments
Salah satu azam nak menghasilkan $$$ dari blog 🙂
InsyaAllah!Boleh punya!Yakin dengan diri sendiri taw!! 🙂
samalah, azam saya pon nak capai apa yang nak dicapai dari tahun lepas, mungkin ada azam baru, tapi yang tahun lepas punya kasi setle dulu
Yes!Betul sangat!Gambate!! 🙂
Sama samalah kita kuatkan azam menjadi yang lebih baik dari sebelumnya 🙂
InsyaAllah chaiyok2! 🙂
bila nak belanja gua cendol nih??
Baru balik dari Banting tadi.Hehe.NExt time kita arrange schedule deh sifu! 🙂