SEMBANG SANTAI

Alcatel Onetouch Flash Smartphone Terbaik Si Penggemar Selfie

Jan 19, 2015

Alcatel Onetouch Flash Smartphone Terbaik Si Penggemar Selfie | Selfie dan manusia sekarang memang tak dapat dipisahkan.Semua tu dah jadi trend masa kini.Tapi kalau nak selfie tu,of course la korang akan cari kamera handphone yang lawa-lawa kan?Mana tidaknya.buat penat je selfie,tapi kamera tak lawa.So,hari ni nak sembang dan berkongsi sedikit smartphone yang paling sesuai untuk kaki selfie.InsyaAllah korang akan berpuas hati dengan model ini.

Alcatel Onetouch Flash Smartphone Terbaik !

Dulu memang pernah dengar pasal Alcatel Onetouch ni.Tapi suam-suam kuku jela.Namun 3-4 tahun kebelakangan ni semakin rancak pula penjenamaan mereka.Ok,sedikit maklumat yang korang perlu tahu mengenai Alcatel Onetouch ni.

  • Top 10 Best Selling Smartphone dari French pada tahun 2013,setanding dengan nama-nama besar lain iaitu Samsung,Lenovo dan Sony.
  • Pesaing terhebat Xiaomi Redmi Note
  • Pernah bekerjasama dengan jenama yang beprestasi tinggi iaitu Orange dan Vodafone
  • Menembusi pasaran Euro dan Amerika Syarikat dengan smartphone yang berkualiti tinggi.

Haa.Tak kenal maka tak cinta.Sebab itulah korang kena tahu sedikit sebanyak mengenai Alcatel Onetouch ni.Apa yang lebih menarik mengenai Alcatel ialah,mereka telah melancarkan Kempen #BeaFlasher untuk membolehkan para pengguna mengekspresikan perasaan dan personaliti mereka melalui smartphone keluaran terbaru mereka iaitu Alcatel Onetouch Flash.Ehhhh!Jangan lupa nanti untuk scroll down hashtag #BeaFlasher ni dekat Instagram dan Facebook.

Alcatel_Flash_Poster_1

Alcatel Onetouch Flash Smartphone Untuk Kaki Selfie !

Yeaaaa..Berita baik untuk kaki selfie macam saya.Hehe.Kadang-kadang sahaja saya ni suka berselfie.Kalau dah mai mood meroyan sehari tu bukan main lagi selfie.Hehe.Untuk makluman semua,smartphone Alcatel Onetouch Flash ini baru sahaja di lancarkan di Malaysia pada awal Disember yang lalu.Ok,jom tengok apa kelebihan smartphone Alcatel Onetouch Flash untuk si penggemar selfie.

  • Kamera depan mempunyai saiz 5 MP HD dan 13 MP HD kamera belakang.Ciri inilah yang paling penting untuk kaki selfie.
  • Kamera depan sudah mempunyai Mode untuk setting gambar lebih cantik dan flawless.Tak perlu download application Camera 360 dah.Semuanya sudah tersedia.Hehe
  • Mempunyai screen bersaiz 5.5. Inch HD dan menggunakan Processor Octa-Core di mana ianya sesuai untuk si gamers dan si You Tubers.
  • Jangka hayat bateri lebih lama dengan 3200 mAH.boleh bertahan sehari lebih.Tak perlu pakai powerbank sangat
  • Perfomance yang lebih baik jika dibandingkan dengan Xiami Redmi Note.Korang boleh baca perbezaan ini di artikel INI {KLIK}

Kalau korang nak lebih faham apa yang saya duk meleter kat atas tu,cuba korang layan video dekat atas ni.Kalau korang tengok video kat atas ni,mungkin koran terus faham.Hehe.

Dah habis melayan video,mesti korang nak tahu berapa harga untuk smartphone ni kan?Heeee.Jangan terkejut kalau saya bagitahu harga dia.

RM699 ONLY!!

Yes!RM699 sahaja taw.Murah ke tidak?Bagi saya sangat murah dan sangat berbaloi memandangkan smartphone ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri hebat untuk si kaki selfie.Hehe.Alah membeli menang memakai.

Maklumat lanjut: www.alcatelonetouchflash.com.my {KLIK}

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply ctfand Jan 20, 2015 at 4:01 PM

    perghh..kaki selfiewajib beli ni.. 😀

    • Reply admin Jan 27, 2015 at 7:27 PM

      Yup betul tu.Tengah duk dalam wishlist ni 🙂

    Leave a Reply