SEMBANG SANTAI

Waktu Sesuai Untuk Menulis Artikel Blog

Jul 24, 2014
waktu sesuai tulis blog

Waktu Sesuai Untuk Menulis Artikel Blog | Selalu buntu kan bila waktu sesuai nak tulis artikel blog?Suatu ketika dahulu,masalah ini pernah menghantui diri.Tapi lama-kelamaan,korang akan tahu bila waktu sesuai untuk menulis blog.Bagi saya pula,waktu sesuai untuk menulis blog adalah waktu pagi selepas solat subuh.

Selepas solat subuh,minda kita dalam keadaan ‘fresh and clean’ dari sebarang anasir negatif.Masa tu juga idea datang mencurah-curah.Tiada bebanan di kepala ketika itu dan proses menulis berjalan dengan lancar.Tapi kebanyakan orang suka sambung tidur lepas solat subuh.Saya juga pernah begitu bila terlalu letih.Tapi kita sama-sama atasi sikap sebegitu.InsyaAllah,lama-kelamaan kita menjadi terbiasa untuk tidak tidur selepas subuh.

Selain selepas solat subuh,waktu tengah malam juga menjadi waktu yang sesuai untuk menulis artikel blog.Waktu di mana semua manusia sudah lena dibuai mimpi yang indah.Tetapi kalau korang dalam keadaan letih,jangan paksa diri.Ini merbahaya dan tidak sihat untuk pemikiran kita.Minda kita mudah letih dan stress jika korang memaksa dia untuk bekerja.Santai sahaja.Menulis artikel blog bukan terlalu terikat dengan format.

waktu sesuai tulis blog

Dua waktu tersebut merupakan waktu yang sesuai untuk menulis artikel blog.Cuba cari kesempatan pada kedua waktu ini untuk menulis artikel blog.InsyaAllah,korang akan terbiasa dengannya.Idea untuk menulis juga mencurah-curah.

Tiada lagi alasan:

…’saya buntu’ ,

…’ishh..tak de idea la nak tulis entri’.

Dan bagaimana pula nak tulis artikel yang berkualiti dan mendominasi enjin carian (SEO)?

Yang tu korang kena tengok dan baca di sini->Cara Pandai SEO

Sebenarnya semua tu bergantung kepada diri kita sendiri.Nak berjaya,kena ubah sendiri.Tak ada orang akan tolong kita.Tapi ingat,dalam rancak menulis artikel,jangan ghairah mencari trafik tinggi dengan menulis perkara yang tidak bermanfaat seperti gosip,fitnah dan perkara yang tidak kita ketahui kesahihannya.Bahana kepada diri sendiri nanti.Mungkin hari ni kita tak akan merasa lagi ‘karma’ itu,tetapi ada yang Maha Melihat.Ingat tu.

Wallahua’lam.

You Might Also Like

20 Comments

  • Reply Mazni Azmi Jul 24, 2014 at 8:30 AM

    Kadang kadang idea datang masa memandu.. Memang sukar nak duga. Mungkin kena tengok minat.

    Ada oramg time makan dapat idea.

    Haha

  • Reply nat Jul 24, 2014 at 10:30 AM

    ooo mcmtu ..
    tips yg berguna!

    thanks for sharing

  • Reply Melastik Bintang Jul 24, 2014 at 11:05 AM

    sharing is caring..=)

    nak jadi penulis hebat kena penuh dengan idea dan kreatif..

    waktu nak menulis tu main peranan untuk menghasilkan artikel terbaik…

  • Reply akubiomed Jul 24, 2014 at 11:36 AM

    Saya tidak menetapkan waktu untuk menulis blog tetapi memastikan entri publish di waktu puncak. 🙂

  • Reply sweetkurma Jul 24, 2014 at 1:43 PM

    akak pun banyak menulis sesudah subuh

  • Reply ieta mat saad Jul 24, 2014 at 2:18 PM

    betul tu mmg waktu terbaik utk menulis. apapun bg yg dh berumahtangga, utamakan dulu rmhtangga.
    Akak menulis dah tak kira waktu. ikut mn yg sempat je hehe…

  • Reply Bahrain Jul 24, 2014 at 3:42 PM

    Ada mood nak menulis artikel pada waktu malam lebih kurang pukul 10.00pm. 😉

  • Reply titan Jul 24, 2014 at 5:31 PM

    tulis tak kira masa. Tapi waktu feveret..lepas tengah malam.

  • Reply zool Jul 25, 2014 at 12:56 PM

    tak tentu la waktu tu.. yg penting kena pandai cari waktu

    • Reply Farisya Anastasyia Jul 26, 2014 at 9:16 AM

      bergantung kpd diri masing2 🙂

      • Reply yati adam Aug 6, 2014 at 12:42 PM

        betul.. idea di waktu pagi memang banyak… tapi tulisan yang lahir dari hati or pengalaman sendiri pun bagus juga.. tq farisyah.. idea yg baik..

        jemput datang ke blog kak yati dan tolong tingalkan komen anda.

        http://www.yatiadam.com

  • Reply Azhafizah Jul 27, 2014 at 6:02 AM

    kadang kadang ade idea terus tulis 🙂

  • Leave a Reply