MAKANAN

Tempat Makan Murah Dan Sedap Di Kelantan

Jun 14, 2014
tempat makan sedap dan best di kelantan

Tempat Makan Murah Dan Sedap Di Kelantan | Alhamdulillah,hari ni Allah pinjamkan sedikit nikmat untuk saya kembali menulis.Dah berhabuk blog ni lama sangat ‘bercuti’.InsyaAllah,hari ni saya nak berkongsi mengenai tempat makan murah dan sedap di Kelantan.Sebelum ni saya lebih memfokuskan kepada kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.Tapi hari ni lain sikit memandangkan saya baru pulang dari ‘bercuti’ di Kelantan.

Kelantan bukan lagi satu nama asing bagi saya memandangkan dahulunya saya juga pernah menuntut ilmu di sini selama 3 tahun.Alhamdulillah,jalan-jalan shortcut di sana pun saya masih ingat lagi.Kebanyakan kedai makan yang sedap di Kelantan semuanya murah.Tetapi jarang sekali untuk menemui tempat makan yang sedap,murah dan boleh makan banyak di Kelantan.Susah kan?Tapi sekarang bukan lagi satu masalah sebab saya akan berkongsi apakah nama kedai makan tersebut.

KEDAI MAKAN MURAH DI KELANTAN

Murah,Sedap Dan Banyak

Popular dengan tagline mereka iaitu Murah,Sedap dan Banyak membuatkan Restoran Cikgu Nasi Ulam semakin mendapat tempat di hati penggemar masakan selera kampung.Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari jumaat bermula jam 10.30 pagi hingga 5 petang.Restoran ini juga sedia menerima tempahan.Hampir setiap masa,pelanggan yang datang tak putus-putus memeriahkan suasana kedai ini.Saya sendiri sudah menjejakkan kaki sebanyak 3 kali ke restoran Cikgu Nasi Ulam ni.Setiap kali saya datang juga,setiap kali tu la penuh.Tapi jangan bimbang,sebab restoran ni sangat luas serta selesa.Saya difahamkan restoran Cikgu Nasi Ulam mempunyai cawangan lain juga iaitu Taman Orkid Pengkalan Chepa,Kelantan.

tempat makan sedap di kelantan 2

Apa yang mengujakan saya bila makan di restoran Cikgu Nasi Ulam ini ialah harganya yang murah.Sejujurnya memang sangat murah,sedap dan banyak.Konsep makanan di restoran ini ialah makan hidang seperti makan di rumah.Tak kisah kita amik lauk banyak mana sekalipun.Buat seperti kita makan di rumah.Lebih jimat dan berselera.Di restoran Cikgu Nasi Ulam ini juga turut di sediakan pakej jimat untuk ahli keluarga seperti berikut:

Pakej A:RM 52.00 (5-6 orang)

2 ekor Keli Goreng (Jumbo)
2 ketul Ayam
2 ketul Patin Asam Pedas
2 ekor Ikan Bakar
Sayur Lemak
Buah-buahan
*1 set ulaman
*Budu/Sambal
*Nasi Putih
*Air Sirap/Bandung

Pakej B:RM52.00 (5-6 orang)

2 ekor Cencaru Bakar
2 ketul Ayam
2 ketul Ikan Tongkol Singgang
2 ekor Ikan Bakar
Sayur Lemak
Buah-buahan
*1 set ulaman
*Budu/Sambal
*Nasi Putih
*Air Sirap/Bandung

*BOLEH DITAMBAH TANPA BAYARAN TAMBAHAN

collage_20140611172730011_20140611173026077

Bagi saya sendiri,pakej sebegini sangat menjimatkan sebab kita boleh makan berkongsi.Memang tak puas kalau datang sekali sahaja ke restoran ni.Memang kena datang banyak kali.Masakan selera kampung yang ditonjolkan juga mampu memikat sesiapa sahaja yang datang ke restoran ini.Tak hairanlah Restoran Cikgu Nasi Ulam merupakan tempat makan sedap di Kelantan dan tempat wajib pergi.

Masakan Selera Kampung Pemikat Hati

Selera kampung memang tidak dapat dilupakan walau sejauh mana sekalipun kita merantau.Pergilah makan makanan western ke,chinese ke,indian ke,masakan kampung tetap tersemat dalam hati.Terutamanya ulam-ulaman dan masakan asli Kelantan.Trademark Kelantan iaitu budu juga menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke restoran Cikgu Nasi Ulam ini.Untuk pengetahuan semua pembaca,saya difahamkan oleh anak pemilik restoran Cikgu Nasi Ulam ini bahawa budu yang di sediakan adalah budu yang diproses sendiri oleh mereka.Keaslian air tangan mereka dalam menghasilkan budu yang berkualiti membuatkan pengunjung untuk datang kembali menjamu selera di sini.Budu mereka juga tidak sama dengan budu biasa yang terdapat dalam botol seperti yang dijual kedai.

tempat makan sedap di kota bahru

Variasi Masakan Selera Kampung

Di sini juga,mereka menyajikan hampir 40 jenis ulam-ulaman yang berkhasiat untuk pelanggan.Antara ulaman yang popular ialah pucuk gajus,kacang botol,kacang bendi,jering,petai,pucuk ubi dan ulam raja.Saya sendiri gemarkan pucuk gajus dan ulam raja sebagai pelengkap hidangan.Tak sah kalau tak cicah dengan budu.Memang terangkat! *dah mula lapar balik*

Pendek kata,kalau nak cari tempat makan yang menyajikan masakan selera kampung yang sedap dan murah,anda patut dan wajib datang ke restoran Cikgu Nasi Ulam kerana semuanya ada disini.InsyaAllah,sebut sahaja yang anda nak pasti ada.

Kedai Makan Popular Di Kelantan

Restoran Cikgu Nasi Ulam juga merupakan tempat makan yang popular di Kelantan.Memang tak sah kalau tak singgah di restoran Cikgu Nasi Ulam kalau berkunjung ke Kelantan.Nama restoran ini juga telah dibukukan dalam buku pelancongan Japan oleh kementerian pelancongan Japan.Untung habis la sebab dah naik nama di Japan.Selain itu,restoran ini juga sering keluar di dada akhbar seperti Kosmo,Berita Harian dan Metro.Maka tak hairanlah kalau restoran ini terkenal di serata tempat dan pelusuk.Memang sesuai di angkat sebagai tempat makan sedap  dan murah di Kelantan.

Tempat Wajib Pergi Di Kelantan

Tak boleh cerita banyak sangat mengenai restoran ni.Nanti jadi hambar pula untuk anda merasai sendiri kehebatan dan kesedapan masakan selera kampung mereka.Pada bulan puasa nanti,jangan risau kerana mereka akan menjual juga lauk-pauk bungkus berbuka puasa bermula jam 3 petang sehingga 6:30 petang.Kalau nak rasa lagi syok,kena lah datang sebelum puasa.Hehe.Pendek kata,Restoran Cikgu Nasi Ulam ni merupakan tempat wajib pergi di Kelantan.Jadi,kalau datang Kelantan jangan lupa singgah!

RESTORAN CIKGU NASI ULAM
CAWANGAN 1:KAMPUNG KRAFTANGAN,JALAN HILIR KOTA,15300 KOTA BHARU KELANTAN
CAWANGAN 2:JALAN PADANG TEMBAK,TAMAN ORKID,PENGKALAN CHEPA KOTA BAHRU

TEMPAHAN/PERTANYAAN:
CIKGU MAT
019-940 6066 / 019-961 6665

WAKTU OPERASI:
10:30 PAGI-5 PETANG

FANPAGE:
Restoran Cikgu Nasi Ulam

 

You Might Also Like

11 Comments

  • Reply Bahrain Jun 14, 2014 at 9:49 PM

    Banyak juga pilihan makanan yang disediakan sampai masuk surat khabar.

  • Reply aimie mokhtars Jun 16, 2014 at 2:24 AM

    amy suke masakan kampung, insyaallah kalau ade rezeki g kelantan, insyallah boleh la singgah kedai makan ni :)

  • Reply Azhafizah Md Nor Jun 16, 2014 at 9:33 PM

    masakan selera kampung yang sedap ni..lagi² ade ulam :)

  • Reply nazuwa Jun 20, 2014 at 2:08 PM

    Selalu gak pergi kelantan.. Kene singgah ni

  • Reply Siti Jun 28, 2014 at 10:53 PM

    kedai ni memang syok habissss. Budu dia sedap gitummo. Memang tempat rutin mingguan nih. lagi satu, tempoyak dia sentiasa ada walaupun pada bukan musim durian.

  • Reply ceritamama Oct 9, 2014 at 4:47 PM

    Terima kasih kerana sharing tempat makan yang best2 @ kelantan.
    CeritaMama

  • Reply zaty Dec 16, 2014 at 7:25 AM

    ramai orang cakap kat restoran nasi ulam ni best..Tapi Zaty sendri tak pernah sampai..memang kena p gak nanti ni..tengok makanan pun menyelerakan je.. http://zatytiey.blogspot.com/2014/11/ramuan-cantik-semulajadi-tips-kecantikan.html

    • Reply admin Dec 21, 2014 at 7:33 AM

      Haish ore kelate kena g taw.Hehe

  • Reply abuya Jan 30, 2015 at 11:39 PM

    thorbaikk… budu sedak skalihhh…

  • Leave a Reply