SEMBANG SANTAI

Seminar Asas SEO Siri Dua

May 27, 2014

Seminar Asas SEO Siri Dua | Alhamdulillah.Selamat sampai di Kuala Terengganu semalam.Letih,tapi gembira kerana diberi peluang untuk bercakap di hadapan 22 orang peserta Seminar Asas SEO Siri Dua pada 25 Mei yang lalu.Kalau nak dibandingkan dengan dua orang speaker lagi iaitu Hasryn Hamka dan Farid Laham,saya bukanlah hebat seperti yang diperkatakan.Cuma sekadar ingin berkongsi dengan orang lain ‘secebis ilmu’ yang saya tahu.

Setelah sekian lama tidak bercakap di khalayak ramai,perasaan gementar tetap ada.Mungkin ada sebahagian peserta seminar tempoh hari terkejut dengan ‘suara lantang’ saya yang tegas.Tetapi sebenarnya saya seorang yang peramah *bukan angkat bakul sendiri* ,suka buat lawak.Tapi mungkin disebabkan semalam saya sedikit gementar,tu yang suara jadi kuat kalah mikrofon.Hehe.

seminar asas seo

Alhamdulillah.Semoga perkongsia yang saya berikan dapat memberi manfaat kepada semua pserta.Saya juga masih setahun jagung dalam dunia penulisan blogging.Saya juga masih banyak kekurangan dan perlu menuntut ilmu  dengan lebih mendalam lagi.Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu.Mudah-mudahan semuanya faham.

seminar asas seo

InsyaAllah,semoga diberikan umur panjang dan kesihatan yang baik untuk saya terus berkongsi dengan semua orang apa yang saya tahu.InsyaAllah.Kita sama-sama majukan diri.Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu dari saya walaupun hakikatnya kedua-duanya dari Allah.

Salam Kejayaan!

You Might Also Like

15 Comments

  • Reply Azhafizah May 30, 2014 at 7:52 PM

    Teringin nak masuk class SEO belajar dengan cikgu Syirah dan Cikgu Farid dan juga cikgu SEO yang lain 🙂 InshaAllah kalau ada masa dan berksempatan nak join jugak

  • Reply Pondok Papan May 31, 2014 at 1:04 PM

    Wah-wah..bukan calang2 gak tuan blog ni ekk..hehe..terbaiklah..

  • Reply nabila biela Jun 5, 2014 at 1:37 PM

    terbaeklahhh syirah,….hihi

  • Reply aimie mokhtars Jun 7, 2014 at 4:14 AM

    ok la tu, klo amy nervous, terus gagap haha

  • Reply wan Jun 7, 2014 at 6:43 AM

    terbaikkkkk

  • Reply Hijab Terkini Jun 7, 2014 at 8:05 AM

    Tahniah..bukan senang untuk menganjurkan sesebuah majis ilmu macam ni dan juga tidak mudah untuk bercakap di hadapan audien, menyampaikan ilmu berguna buat mereka..

    Sekali lagi diucapkan…tahniah..

  • Reply reezluv Jun 10, 2014 at 3:56 PM

    oho..ramai juga tuh..tahniah 😀

  • Reply myrujukan Jun 11, 2014 at 2:52 AM

    wahhh, boleh x kongsikan point point tentang seo.. 🙂

  • Reply Ismail N Jun 15, 2014 at 12:27 PM

    Bestnya kalu dapat pegi. Lagipun kawe ni masih terkial-kial dalam bab SEO ni.. Asyik main gasak jer..

  • Reply Tudung Labuh Online Aug 23, 2014 at 10:37 PM

    Tahniah.. semoga makin luas dan banyak pintu rezeki dibukakan lepas ni

    Dah mahir ilmu SEO tu

  • Leave a Reply