Home MAKANAN Resipi Sarapan Pagi Yang Mudah Dan Cepat

Resipi Sarapan Pagi Yang Mudah Dan Cepat

936
22
SHARE

Resipi Sarapan Pagi Yang Mudah Dan Cepat  | Dah lama sebenarnya nak berkongsi mengenai resipi sarapan pagi yang mudah dan cepat.Untuk perkongsian resipi yang sangat senang dan ringkas ini,hanya perlukan masa 10 minit untuk menyediakannya.Sangat menjimatkan masa dan sesuai untuk mereka yang selalu tergesa-gesa ke tempat kerja.Sarapan ini juga sesuai untuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah.

Kentang Goreng Telur

Bahan-Bahan:

  • Telur  1 biji (ikut kehendak masing-masing)
  • Ubi Kentang (Tak kisah yang frozen atau biji,tapi saya lebih suka yang biji sebab fresh)
  • Sos Cili/Sos Tomato

Cara-Cara Membuat:

1.Potong Ubi Kentang Biji mengikut kreativiti tersendiri.Saya lebih gemar memotongnya kepada bentuk sederhana halus(macam yang frozen).

2.Pukul telur sampai kembang.Kalau tak nak pukul tak mengapa tapi kena pastikan telur itu mampu membalut kesemua ubi kentang yang telah dipotong tadi.Pendek kata,banyak ubi kentang,maka banyaklah telur yang perlu diguna.Sebab tu saya pukul telur sampai kembang.Jimat.

3.Panaskan minyak.Masukkan ubi kentang terlebih dahulu.

4.Setelah ubi kentang hampir separuh hendak masak,masukkan telur yang dipukul tadi ke dalam kuali.Tuangkan sahaja telur tersebut ke atas ubi kentang .Pastikan ketika ini api sederhana besar.

5.Tutup kuali untuk beberapa minit.

6.Siap dan angkat untuk dihidangkan.Jangan lupa letak sos pilihan anda.Tapi saya lebih gemarkan sos cili.Baru terangkat.Hehe

7.Sedia di makan!

kedai kek sedap di kuala terengganu

Seriusly memang sedap!Dah rasa macam sarapan western kejap.Hehe.Selain itu,ia merupakan sarapan pagi yang ringkas,cepat dan mudah!

Selamat Mencuba! :)

22 COMMENTS

  1. Masa sentiasa x cukup…apa lg untk siapkn sarapan …memang x smpat lar….dgn menyediakn srapan mcam ni …time dpat save lar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here