Macam Mana Nak Jaga Kulit Berminyak? | Pada artikel yang lalu,saya ada berkongsi dengan pembaca mengenai jenis kulit muka kita.Hari ni saya nak berkongsi pula macam mana nak jaga kulit muka yang berminyak.InsyaAllah,saya akan berkongsi satu persatu cara jaga kulit muka yang berlainan jenis.Tetapi hari ini,kita lihat dulu bagaimana cara penjagaan kulit muka yang berminyak.
Selalu Cuci Muka
Mereka yang mempunyai kulit muka berminyak digalakkan untuk mencuci muka 3 kali sehari.Kalau boleh buat lebih dari itu pun lebih bagus.Tujuan muka perlu dicuci dengan kerap adalah untuk menghilangkan minyak berlebihan yang tersumbat pada pori-pori muka.Saya sejujurnya malas juga nak cuci muka,ulang alik ke bilik air.Tapi demi memikirkan ‘pinjaman Allah‘ kepada kita,tersentap dan mulai sedar.Gunakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka berminyak.Kulit muka berminyak juga berpotensi diserang bakteria dan kuman yang boleh menimbulkan masalah seperti bisul dan jerawat.Saya syak Datuk Siti Nurhaliza ni memang rajin cuci muka sambil pakai pencuci muka Simply Siti.Padanlah kulit cantik je.
Guna Limau Nipis
Teringat petua yang ummi berikan kepada saya.Gunakan perahan limau nipis untuk mencuci muka.Perahan limau nipis ini membantu mengecutkan pori-pori muka dan mengurangkan kadar lemak.Sebaiknya lakukan rawatan dengan perahan limau nipis ini secara rutin.InsyaAllah,kulit muka akan mulus dan bebas jerawat.
Jaga Pemakanan
Sebut perihal pemakanan,saya sendiri pun susah nak kawal.Tapi disebabkan kulit muka saya yang berminyak,memang kena pantang.Bukan tak boleh makan terus,tetapi kawal pengambilan makanan berminyak.Seeloknya jangan makanlah.Selain makanan yang berminyak,mereka yang mempunyai kulit berminyak juga tidak digalakkan untuk makan coklat,makanan pedas,makanan yang mengandungi rempah yang banyak dan makanan bersantan .
Facial Muka
Selain itu,boleh juga cuba facial muka,peeling dan dan urutan wajah.Lakukan selang dua (2) minggu sekali untuk membersihkan tompokan lemak dan pori-pori muka.Pemakaian mask muka juga berkesan untuk penjagaan kulit muka berminyak.Saya syorkan anda menggunakan mask muka ESP Shaklee.Berkesan untuk menghilangkan jerawat dan mampu mengatasi kulit muka berminyak.Boleh rujuk artikel INI untuk cara mendapatkannya.
Guna Air Didih
Teknik yang dipanggil pengewapan muka.Caranya sangat mudah.Saya sendiri pernah cuba.Ambil satu bekas yang mengandungi air yang mendidih.Letakkan tuala bersih pada kepala dan halakan muka kepada air tersebut sehingga wap tertumpu pada muka.Tujuan teknik ini adalah untuk mengecilkan liang-liang pori muka mengeluarkan kotoran dan mengurangkan kadar minyak pada muka.Kalau malas juga,tanak nasi.Masa nasi tu mendidih,buka tudung nasi dan halakan muka.Cara begini juga berkesan
Buat Dan Bertindak Segera!
Kesemua cara telah saya rungkaikan satu persatu dan kini pilihan terletak pada tangan anda semua.Kalau nak cantik,kenalah berusaha sedikit.Lakukan cucian muka secara rutin.Perahan limau nipis juga sangat membantu di samping pemakanan juga perlu dipantau.Sekali-sekala cuba ke spa atau buat facial sendiri di rumah.Kalau malas juga,buat teknik didihan air tu.
Saya akan ceritakan cara penjagaan kulit muka kering pula pada artikel akan datang.Jangan lupa baca!
Selamat Mencuba!
29 Comments
wah rahsia kak siti dah terbongkar le
lepas ni kembali consume ESP..sebab dah memang ID shaklee..lagi² nak bulan puasa ni kan..kena ade tenaga lebih sikit sesambil jaga kulit muka ni 🙂 good sharing syirah 🙂
haa.elok la tu 🙂
Guna asam ,limau tu sakit muka kalau ada ,luka2 jerawat. Saya pernah cuba. Hihihi
mula2 memang sakit.lama2 ok lah.
tq sharing farisya..akak ni slah sorg wanita muka kulit bminyak..huhuu..nnt nk amalkn salah satu tips nih..
sama la kita akak.hehe
dulu rajin amalkan tips guna air didih tu, skrg ni memanjang miss haha
buat sekarang.
Awat muka kak siti tuh masam mencuka jer? sbb kulit muka berminyak yer..hehe
Hehe.tak ada lah
Sis kulit berminyak jugak tpi dibahagian T-Zone..tu yang masalah nye tu…cam ne nak bahagikan product separuh minyak dan sepruh kering..huhuhu fening dibuatnya. Nanti Farisya ajarkan jugak ya..:)
Pemakanan kena jaga bermula dari sekarang.Untuk produk pula,nanti saya kongsikan 🙂
Mesti pedihkan kalau cuci muka guna limau nipis?
Pada awal penggunaan sahaja.Lepas dah biasa,xsakit dah
ok lepas ni nak kene rajin-rajin cuci muka..
Kena rajin taw.Hehe
baguih jugak yee…sebab org laki pun jaga penampilan..hehehe
lelaki pun memang kena jaga.boleh singgah blog faridlaham.com untuk tips mengenai lelaki
saya tak guna produk mana2 pun ..hehe..
saya ada rahsia tersendiri ..krik krik krik ..:P
[…] Mana Nak Jaga Kulit Muka Kering? | Hari tu saya kongsikan mengenai cara penjagaan kulit muka berminyak.Hari ni saya nak berkongsi cara jaga kulit muka kering pula.Bagi mereka yang mempunyai kulit muka […]
[…] barangan make-up pada muka sendiri dek kerana saya dalam proses memulihkan kulit muka sendiri agar sihat secara semulajadi.InsyaAllah,moga usaha dan misi saya tercapai.Tetapi hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan […]
Terima kasih cik Farisya berkongsi artikel ini. 🙂
Gud tips..memang bagus utk org jenis kulit berminyak..bab ESP tu memang betul..sepanjang consume mmg jerawat susah btol nk naik dan plg penting muka kurang berminyak. .nak lagi best guna kolagen..memang terbaik!!
http://Www.adaa-inspiration.com
saya la kulit yang berminyak tu..
Best tips ni… I like it..
Terima kasih ye sis.Jangan lupa amalkan ye 🙂
Bagus juga dimasukkan langkah2 untuk merawat ataupun sekurangnya mencegah kulit muka berminyak nih… Jika di amalkan, seperti zaman nenek moyang kitew, insya-allah ia boleh membantu… penggunaan alat solekan yang sesuai juga perlu ditimbang cara oleh wanita2 moden masa kini.. tks share 😉
[…] kesimpulannya: 1.Kulit berminyak– Blotting sheet tepu dengan minyak pada blotting sheet. 2.Kulit combination- Blotting sheet […]