Kenali Jenis Kulit Muka | Dua hari lepas saya berkongsi mengenai Rawatan Kecantikan Pada Wajah .Hari ini pula saya akan berkongsi mengenai jenis kulit muka.Mungkin ada yang sudah menegtahui jenis kulit muka mereka,tetapi masih ada juga segelintir yang keliru mengenai jenis kulit muka mereka.Adalah sangat penting bagi kita tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk mengetahui jenis kulit muka bagi menyesuaikan penggunaan produk penjagaan wajah.
Kulit Muka Berminyak
Kebanyakan wanita di Malaysia mempunyai kulit muka berminyak kerana gaya pemakanan mereka rata-rata gemarkan masakan yang berminyak.Kulit berminyak adalah kulit yang mengeluarkan minyak secara berlebihan akibat aktiviti kelenjar lemak pada kulit.Kotoran dan debu memang mudah untuk melekat pada kulit yang berminyak yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat dan bintik-bintik hitam.Cuba bayangkan satu permukaan yang di letakkan minyak,kemudian pasangkan satu kipas yang berdebu.Macam mana agaknya?
Antara ciri kulit berminyak ialah:
- Kulit nampak melekit dan berminyak (Jalan sebatu pun dah nampak glowing habis)
- Kulit Alergi dan sering gatal-gatal di muka
- Sekitar hidung nampak seperti menara KLCC yang berkilauan akibat minyak yang berlebihan.
- Kulit mengalami bintik hitam dan jerawat seperti kuih rempeyek.
Kulit Kering
Kulit kering pula ialah kulit yang mengeluarkan minyak dalam kuantiti yang sangat sedikit.Minyak tidak membahayakan kulit muka.Tetapi sekiranya minyak dikeluarkan melebihi atau kurang dari paras normal,itu yang berbahaya.Fungsi minyak adalah untuk melembutkan seperti kita sapukan losyen pada kulit.Pengeluaran minyak yang sangat sedikit akan menyebabkan kulit mudah pecah-pecah dan sensitif.
Mereka yang mempunyai kulit muka sebegini tidak boleh memakai produk kosmetik sembarangan dan perlu merujuk kepada pakar kulit muka terlebih dahulu.Jangan memandai,nanti merana diri.
Antara ciri kulit kering:
- Kulit kelihatan kasar dan tidak bersinar
- Kulit kering dan pecah-pecah seperti sisik ikan
- Kulit sensitif dan kemerahan macam buah epal bunting.
Kulit Kering dan Berminyak
Mereka yang mempunyai jenis kulit muka seperti ini mudah keliru.Hal ini kerana kulit muka mereka mempunyai kombinasi masalah yang memeningkan.Sebahagian kulit muka mereka berminyak,dan sebahagian lagi kering.
Antara ciri kulit muka kering dan berminyak:
- Kulit di kawasan T (hidung,dahi dan pipi) kelihatan berminyak.
Kulit Normal
Untung.Itu perkataan yang selayaknya bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang normal.Bukan mudah nak dapatkan kulit muka yang normal.Pengeluaran minyak bagi kulit normal adalah sangat seimbang Tidak bererti kulit normal tidak memerlukan rawatan wajah.Bukan semua bernasib baik seperti golongan kulit normal ini.
Antara ciri kulit muka normal:
- Tidak mempunyai bintik hitam
- Berpori-pori halus
- Kulit muka bercahaya,cerah ,halus dan lembut macam lepas guna Softlan
- Tidak mempunyai jerawat.Nak tahu macam mana nak hilangkan jerawat?Baca sini pula TIPS HILANGKAN JERAWAT !
Kulit Sensitif
Dalam ramai-ramai,pasti ada yang mempunyai kulit muka yang sensitif.Pegang sikit sahaja dah merengek.Hehe.Punca kulit muka menjadi sensitif adalah berbeza bagi setiap individu.Kulit sensitif boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,resdung,ruam,gatal-gatal pada kulit dan ekzema.
Macam mana nak rawat kulit muka yang berminyak,kering,sensitif dan normal pula?Nantikan bebelan saya pada artikel akan datang.
Selamat Membaca!
p/s:Apa jenis kulit muka anda pula?
25 Comments
Kulit muka saya jenis ape ye.. Jenis normal la kot eh..
Ke bukann.. Entoh ler.. Yg mane satu
Akak kulit macam Datuk Siti la..comel.mulus je.hee
Lyeen kategori kulit berminyak…lebih2 zone T…
Kena kurangkan pemakanan berminyak ya
kena cari product penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit kan..lagi² kulit jenis sensitif ni..huhu
Jangan main hentam je pakai taw,hehe
aku jenis kulit suam2 kuku,.,
Hang kulit baby xpa la -_-
Kulit saya jenis yang sensitif,kena jaga elok-elok 🙂
Lelaki pun sensitif juga ya?
liz kulit berminyak so kena makan vitamin A untk control dr dalam. Prevent pimples
pemakanan pun kena jaga taw liz
Arghhh saya tak suka kulit muka berminya..dan mudah pulak tu naik jerawat..emmm
kena jaga pemakanan
Saya jenis kulit lelaki melayu yang masih teruna lagi…. hik3x
untunglah abang man.hehe
kulit muka saya jenis aaron aziz…hehhehe… lalalallaa
saya kulit kering 🙁
kena pakai moisturizer 🙂
[…] kulit muka mereka.Macam mana nak kenal kalau tak tahu apa ciri-cirinya bukan?Saya ada kongsikan jenis kulit muka pada artikel yang lepas.Nanti korang boleh baca dekat artikel tu.Salah satu cara untuk pastikan […]
[…] semua kulit boleh masuk dengan sesuatu produk tu taw.Yang penting kena kenal dahulu jenis kulit muka kita.Bila dah kenal,barulah buat pemilihan produk muka.Biar berhabis ringgit yang banyak,janji kulit muka […]
Saya sensitif skin. So kena sentiasa jaga2..vitamin kena ambil, produk muka hanya utk sensitif skin jer..skrg ni saya kurangkan makan yg berminyak jugak..
Yes.Tips yang bagus tu akak.Teruskan ye! 🙂
Wow.. Perkongsian yg sgt bermanfaat..
Tip Kecantikan Tanpa Kesan Sampingan
terima kasih sharing yang menarik, kawan saya 7 tahun derita masalah kulit.